10 Ogo 2011

Ribut solar akan melanda bumi


Sedar ataupun tidak, bumi sebenarnya sedang diserang ribut solar sejak kebelakangan ini. Reuters melaporkan terdapat tiga letusan besar telah berlaku daripada matahari dalam tempoh beberapa hari yang lepas dan kesannya ribut matahari (solar storm) dijangka akan menimpa bumi. Pihak kerajaan U.S.A ini memberi amaran kepada pengguna-pengguna bagi satelit, sistem telekomunikasi dan peralatan-peralatan elektrik diminta bersedia untuk sebarang kemungkinan terjadinya gangguan bagi beberapa hari kehadapan. National Geographic memaklumkan bahawa ‘ribut berkenaan kini berarak pada kedudukan sejauh 150 jutaan kilometer dan apabila ia menghampiri bumi, ianya mungkin akan menggangu sistem komunikasi, GPS dan talian penghantaran elektik’.

Joseph Kunches is the Chief of the Forecast and Analysis Branch at NOAA's Space Environment Center

Joseph Kunches, seorang ‘space weather’ saintis dari U.S NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration) menyebut bahawa ‘ribut magnetik (magentic storm) yang akan terbentuk berkemungkinan dalam keadaan paras sederhana ke paras tinggi’. Menurut Reuters, gangguan utama yang terhasil dari aktiviti solar jarang berlaku walaupun berdasarkan sejarah ianya pernah memberi impak yang besar pada masa yang lalu. Reuters menambah bahawa menurut laporan daripada National Research Council (NRC) pada tahun 2008, ribut yang sama pernah mengakibatkan kemusnahan secara global sebanyak USD 2 trilion. Kunches menyebut, kos kerosakan yang akan berlaku mungkin kurang dari anggaran yang lepas.


International Business Times melaporkan aktiviti solar yang semakin meningkat telah menjadi perhatian utama. NOAA meramal terdapat empat pemancaran (emission) solar yang kuat di mana boleh mengancam bumi. Pada masa yang sama, NASA memberi amaran yang kitaran tenaga magnetik yang tinggi pada matahari dan jumlah titik-hitam matahari (sun spot) sekitar tahun 2013 boleh memberi impak paras radiasi yang terlalu tinggi.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1989, ribut solar telah menghentikan operasi talian penghantaran elektrik di Quebec Kanada yang mengakibatkan 6 juta penduduk terputus bekalan elektrik selama beberapa jam. Pada tahun 1859 pula, ribut solar telah menghentikan semua aktiviti telegraf diseluruh dunia dan mengakibatkan fenomena aurora besar terbentuk dan boleh dilihat sejauh hingga ke kepulauan Caribbean. Sebahagian operator telegraf (morse code) telah mengalami kesan kejutan elektrik dan sistem telegraf dapat beroperasi semula selepas penyambungan bateri dipasang kembali. Tanpa kita sedari, keadaan solar kini berada pada keadaan yang dipanggil solar maksimum – titik tertinggi pada keadaan ini hanya berlaku dalam tempoh 11 tahun menurut National Geographic. Para saintis menjangkakan ribut solar akan menjadi maksimum menjelang 2013. Rich Lordan daripada Electric Power Research Institute (EPRI) pula mengatakan bahawa, berdasarkan data dan senario semasa, sistem penghantaran elektrik mungkin tidak dikesani daripada ribut solar ini.

References:

8 Ogo 2011

New Award

Alhamdulillah agak lama juga menanti award dari IARU Region I dan penantian berakhir petang tadi. Dengan sejumlah 69 entiti dxcc, bahkan lebih daripada itu telah berjaya dihubungi sepanjang perjalanan di 10m SSB bersama callsign 9W2 untuk mengejar award ini. Terdapat tiga class disediakan dalam award ini yang dibezakan dengan jumlah dxcc yang berjaya dihubungi. Saya menanti juga special version award bagi yang berjaya di 28MHz, nampaknya macam sama sahaja dengan yang lain. Maklumat lanjut tentang award ini boleh ke laman web http://www.rsgb-spectrumforum.org.uk/iaru%20reg1%20award.htm

Selain daripada itu, dalam minggu ni telah sampai 2 confirm dxcc terbaru untuk callsign 9w2 iaitu dari Senegal 6V7D dan dari Samoa 5W0IR.

Tidak lupa juga beberapa kad qsl bagi callsign 9w2 dan 9m2 iaitu dari Sudan ST2AR, Indonesia YD0OST, Romania YO2LGH dan termasuk dari rakan dx 10m iaitu Cikgu Khusairi 9W2VVH.

Sumber : http://alimkidsplaygroupusj.blogspot.com
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua pembaca yang mengunjungi blog ini.
De 9M2ESM