My Slide Pages

22 Jul 2011

AA Award

Yang ditunggu akhirnya tiba iaitu AA Award atau All Africa Award, bagi mode SSB hasil berkerja di frekuensi 10m. Untuk mendapatkan award yang dikeluarkan oleh SARL (South African Radio League) ini kita perlu berkerja dengan 25 negara-negara afrika diluar negara Afrika Selatan ditambah dengan enam callsign dari ZS1 hingga ZS6 yang mewakili setiap kawasan di negara Afrika Selatan. Perlu diingat bahawa ke semua 25 negara afrika yang diperlukan mestilah berada di tanah benua afrika dan negara-negara kepulauan seperti Madagascar dan selainnya tidak diterima. Sila rujuk laman berikut untuk keterangan lebih lanjut http://www.sarl.org.za/public/awards/awards.asp.

Pembahagian prefix callsign di Afrika Selatan. Sumber SARL

Selain daripada award, beberapa kepingan kad Qsl juga telah sampai ke rumah iaitu dari HB9PHJ - Callsign Khas dari Switzerland , C4W - Contest Callsign dari Cyprus, CT3MD - Kepulauan Madeira, EA6UP - Pulau Belaric, RA2FM - Kaliningrad, IZ1MLQ - Italy.
De 9M2ESM

15 Jul 2011

Receiving of Qsl Cards

Alhamdulillah hari ni, tiba banyak surat yang mengandungi kad qsl dan apa yang mengembirakan serta ingin dikongsikan disini ialah penerimaan kad qsl dari negara-negara yang cukup sukar ditembusi di 10m.

Kad Qsl dari negara Venezuela (YV5EED), Mr Ramon hasil berkerja pada 22 April 2011 di 10m SSB. Isyarat yang diterima adalah dari arah Eropah pada waktu malam (waktu Malaysia). Beliau merupakan confirm dxcc yang terkini bagi callsign 9w2esm.

Kad Qsl dari negara afrika iaitu Sierra Leone (9L5MS) yang merupakan callsign khas dx-pedition yang juga membawa misi kemanusian ke negara berkenaan. Ianya juga merupakan confirm dxcc terbaru hasil berkerja dengan 9w2esm di 10m pada 4 April 2011 waktu malam (Malaysia).

Kad Qsl dari negara eropah iaitu San Marino (T70A) yang merupakan callsign khas kelab ARRSM hasil bekerja pada penghujung bulan April 2011 di 10m yang merupakan confirm dxcc terbaru bagi callsign 9w2esm.

Kad Qsl dari negara Magribi (CN8SG) iaitu Mr. Hassan yang juga merupakan confirm dxcc terbaru hasil berkerja di 10m bersama 9w2esm pada 26 April 2011 waktu malam (Malaysia).

Kad Qsl dari negara kepulauan Kribati Tengah iaitu T31A yang merupakan callsign khas dx-pedition hasil berkerja pada 22 April 2011 waktu pagi (Malaysia). Ia merupakan confirm dxcc terkini hasil berkerja menggunakan callsign 9w2esm

Selain daripada kad-kad diatas, beberapa kad Qsl juga diterima dari negara Fiji, Puerto Rico dan Oman. De 9M2ESM

13 Jul 2011

Rancangan The Colony di Channel 8

Alhamdulillah, baru saje tamat tonton rancangan tv iaitu The Colony Musim Satu di Channel 8, rasanya yang tadi tu baru episod 1. Rancangan ni memang cukup menarik dan sebenarnya saya dah tonton ke semua episod tahun lepas hasil download di internet bersama kawan sepejabat dan menyarankan kepada pengunjung blog saya ini untuk menonton rancangan berbentuk science survival ini.

The Colony ini ada Musim 1 dan Musim 2 dan ianya merupakan rancangan berbentuk realiti terbitan Discovery Channel. Rancangan ini berkisarkan tentang ujikaji yang dijalankan ke atas sekumpulan orang yang diletakkan seperti dalam situasi bencana secara sehelai sepinggang tanpa makanan, air bersih, elektrik, kemudahan pengangkutan dan tempat tinggal di mana kumpulan ini perlu survive di tambah dengan gangguan orang asing yang sengaja diuji kepada kumpulan berkenaan dalam memperlihatkan bagaimana mereka survival dalam situasi yang dikenakan.

Dalam Musim satu, sejumlah 10 orang yang terdiri daripada ahli marin biologi, kontraktor binaan, doktor perubatan, jururawat, jurutera komputer, jurutera aeroangkasa, ahli seni pertahanan diri, ahli mekanik, ahli pertukangan dan jurutera mekanikal telah dikumpulkan dan dijalankan ujikaji survival dalam situasi yang cukup serba kekurangan dengan persekitaran seperti dalam keadaan selepas bencana. Beza di antara Musim 1 dan 2 ialah, Musim 1 terdiri daripada orang yang mahir dalam bidang masing-masing manakala Musim 2 terdiri daripada orang awam.

Walaupun kesahihan rancangan yang ditayangkan boleh dipertikaikan, ada perkara positif yang boleh diambil sebagai motivasi. Apa yang menarik dalam rancangan ini (Musim 1), pelbagai teknologi dan inovasi telah dibangunkan secara homebrew menggunakan bahan yang tersedia ada iaitu termasuklah:
- Menjana elektrik menggunakan solar
- Menjana elektrik menggunakan tenaga wap
- Membina kereta solar dan kereta elektrik
- Membuat alat muzik piring hitam
- Alat membasuh baju.
- Sistem penapis air sulingan dan air 'ozone'
- Senjata elektrik untuk mempertahankan diri
- Bilik mandi air panas
- Alat menangkap ikan
- Alatan komunikasi pemancar dan penerima
- dan pelbagai lagi



Kredit diberikan kepada John Cohn nama sebenar dan watak dalam rancangan ini yang membina alat penghantar kod morse dan tahu menggunakan kod morse. Selamat menonton di Channel 8 selama sejam bermula jam 10.00 malam. Sekadar perkongsian minat.
De 9M2ESM

2 Jul 2011

Sweet memories with QRP stations from Malaysia

Salam mubibah dan ceria kepada semua pengunjung yang meminati hobi ini. Rasanya dah setahun sebulan berada di 10m band menggunakan antena buatan Mr. Daniel dan ianya masih fungsi dengan baik. Kredit untuk 9W2DAL. Syukur. Sepanjang di 10m band, apa yang menjadikan di 10m band ini juga unik ialah dengan kehadiran rakan-rakan QRP dari semenanjung Malaysia. Ramai juga yang tidak mempercayainya, tidak kurang juga ada juga stesen dari Australia yang hairan dan memuji kemunculan stesen QRP dari Malaysia dan ada juga yang cuba mengikutinya seperti rakan-rakan dari China. Walaupun ada yang kurang senang dengan kehadiran mereka di 10m, bagi saya ianya cukup unik dan memberikan kepuasan dari sudut tertentu bagi setiap individu. Dibawah ini ada dua video yang dirakamkan oleh Abg Din 9W2DI yang harus diberi pujian dalam minat yang beliau dan rakan2 QRP beliau yang lain ceburi. Saya disini akan senantiasa menanti kehadiran rakan-rakan QRP yang ingin mencuba di 10m. Jangan biarkan rig anda rosak kerana tidak digunakan hihi. De 9M2ESM



Rakaman yang dibuat oleh Abg Din, hasil komunikasi saya dan 9W2ICQ yang QRP 5 Watts dari Pulau Pinang ke Muar yang menggunakan Delta Loop Single Element Antenna.



Rakaman yang dibuat oleh Abg Din hasil komunikasi beliau dengan saya dari Guar Cempedak Kedah ke Muar Johor hanya menggunakan 0.5 Watt.