My Slide Pages

25 Jun 2012

My SWL Eqsl Cards Collection

Berikut adalah sebahagian daripada SWL card yang diperolehi dari eqsl.cc iaitu salah satu web bagi menghasilkan electronic qsl card. Paling jauh yang diterima ialah dari California dan paling hampir diperolehi daripada Thailand. Terdapat beberapa negara yang mempunyai ahli swl yang berdaftar. Saya tak pasti adakah ianya masih wujud di Malaysia ? Setahu saya dahulu Malaysia punyai callsign SWL. Lihat http://advanced-skynet.blogspot.com/p/kenangan-masa-lalu-newsletter-1981-hari.html.

Band 17m juga merupakan band pilihan daripada SWL seluruh dunia. Radio yang digunakan ialah Icom R-75.

Icom R-75 yang mempunyai panel hadapan hampir serupa dengan Icom 718. Nak beli ? http://www.universal-radio.com/catalog/commrxvr/0175.html

Stesen SWL daripada Ukraine ini bukan sahaja ada callsign SWL tetapi berdaftar di qrz.com lihat http://www.qrz.com/db/ur1004swl

Stesen SWL daripada Russia.

Stesen SWL dari Venezuela. Beliau ada blog untuk dilawati dan beliau menggunakan radio KA1103 yang memang sempoi. Telescopic antena je.

Radio receiver KA1103 yang memang kecil dan sempoi. Sumber : http://www.universal-radio.com/catalog/portable/0028.html

Stesen SWL dari Russia yang monitor di 10m band.

Stesen SWL dari Lithuania yang mendengar qso bersama rare DXCC stesen di kepulauan Rodriguez DXCC #207 sewaktu menggunakan callsign lama

Stesen SWL dari Thailand.

Stesen SWL dari France.

Stesen SWL dari Germany yang mempunyai kelengkapan radio yang hebat FT2000 dengan TH5 Hygain Yagi. Hebat!

Stesen SWL dari Israel juga boleh diperolehi daripada hobi ini.

20 Jun 2012

9M Land 10M CQ Day 2012




9M Land 10M CQ Day 2012

Date : 23rd June 2012 (Saturday)

Time : 09:00hrs UTC

Stations will be partipicate:
9M2GET - 28.010 - Perlis State
9M2KRZ - 28.465 - Selangor State
9M2ESM - 28.417 - Johor State
9W2VAR - 28.460 - Negeri Sembilan State
9W2SBL - 28.470 - Kedah State
9W2MZY - 28.475 - Kuala Lumpur State
9W2SGN - 28.480 - Perak State
9W2ZLH - 28.485 - Kuala Lumpur State
9W2SBD - 28.488 - Perak State
9W2EJT - 28.4988 - Melaka State
9W2GEO - 28.505 - Selangor State
9W2VVH - 28.511 - Selangor State
9W2JDD/9W2CCW - 28.515 - Melaka State
9W2TS - 28.520 - Selangor State
9W2JJF - 28.490 - Johor State
9M2ZAK - 28.403 - Johor State

Supported by:
9M2ZAK
9M2ESM
9M2RMT

9M2GET
9M2BAL

Mengharapkan ramai lagi penyertaan terutama dari kawasan 9M8 & 9M6. All these stations will qrv and make cq on the stated frequency from the different place in 9M2 Land. The purpose of the event is to foster DXing activities in 9M2 Land. We Support DX CODE OF CONDUCT. Will update for the lastest. http://youtu.be/GzBVwl_PkdQ

More detail please contact 9w2sbd@gmail.com / 9w2vvh@gmail.com

16 Jun 2012

New Collection

Syukur. Sijil penghargaan bagi pertandingan AA Contest tahun lepas 2011 berjaya diperolehi minggu ini. Pencapaian masih sama iaitu dalam peringkat West Malaysia dan seperti biasa kurang penyertaan. Apepun tetap berpuas hati terutama dengan penyertaan untuk All Band (Low Power) di mana menggunakan antena vertical dan dipole untuk band bawah 10m. Untuk tahun ini mungkin akan cuba kategori yang lain. Tahniah kepada rakan2 yang mendapat sijil yang sama.

Surat yang diterima pada minggu ini.

Gambar diambil oleh Hj Rashid 9M2RS sewaktu beliau melawat HQ ARRL di USA.

Kad QSL 9M0L yang diterima tapi kepunyaan orang lain.

Antara kad QSL yang diperolehi minggi ini bagi wost wanted DXCC hasil contact di 10m band tahun lepas.

Kad QSL yang unik bersama setem serta info berkaitan diperolehi dari rakan SWL dari Jerman.

Sumbangan setem bersama kad QSL dari rakan USA (Georgia state) yang cukup unik dan cantik.

For DX Visitor this is my song to you! Malaysian Traditional Song. De 9M2ESM

9 Jun 2012

May 2012 Report

Dalam bulan May. Band 15m, 20m 12m dan 17m memang cukup mengujakan. Pernah seketika hampir 220+ contact berjaya diperolehi daripada pile-up selama 2 jam lebih. Hampir kebanyakkan laporan yang diberikan over 20dB. Suasana memang cukup bising sampai nak decode callsign pun payah. Pelbagai cara untuk handle pile-up telah digunakan termauklah (i) menggunakan giliran nombor 0-9; (ii) menggunakan split 5-up/ split 3-5 up; (iii) menggunakan giliran nombor 0-9 semasa split 5up. Situasi ini merupakan pilihan terakhir jika benar-benar terpaksa digunakan.

Untuk sekian kalinya100 DXCC untuk band 15m berjaya diperolehi. Nampaknya band ini cukup unik. Untuk berkerja dengan EU, waktu malam dari jam 11.00 pm hingga jam 3.00 pagi cukup baik jika propagasi membuka. Untuk berkerja dengan stesen AS, hampir keseluruhan 24 jam ialah boleh berlaku. Untuk SA, ianya boleh berlaku pada waktu petang dan malam. Untuk OC pula; pagi, petang dan malam dan untuk AF pula pada awal malam. Apepun ianya bergantung kepada kuasa tx, antena dan propagasi. Kadang2 kecekapan pengendalian juga penting. Sekadar andaian.

Ini di antara kad yang paling unik dan berharga diperolehi bulan lepas. Dari PJ4Z Bonaire 'Dutch Caribbean" Iota SA006.

Kad Qsl bersama setem khas radio amatur yang diberikan sumbangan K7ZD. Thanks OM Gerald.

Tak kurang juga banyak sumbangan setem dari stesen DX yang telah berjaya dihubungi di HF. Adat kita, setiap sumbangan dibalas sumbangan.

Antara email yang diperolehi dari stesen USA yang memerlukan kad qsl di SSB setelah menunggu untuk berkerja dengan 9M2 selama 40 tahun.

Tak kurang juga, dalam bulan lepas, rumah kediaman operasi stesen dilawati oleh Norazam 9W2WWW bersama 9W2MMF. Terima kasih sudi datang.

Paling unik yang diterima bulan lepas ialah surat bersama kad qsl kosong dari HA2ESM. Beliau mempunyai suffix yang sama. Memang selalu perhatikan beliau di mode CW. Bahasa Inggeris bukan penghalang untuk kemajuan. Semangat dan iltizam serta kesabaran dan kesungguhan pasti menanti cabaran yang menunggu. 73 De 9M2ESM

Qso With Ex-Cosmonaut U4MIR

Semalam terdetik untuk melihat siapakah pemilik callsign U4MIR yang agak unik ini di qrz.com dan beliau merupakan bekas angkasawan USSR. Dalam rekod sudah dua kali dapat berkerja dengan beliau dan semalam sempat mengesahkankan akan pekerjaan beliau dan kami sempat menguji keupayaan antena HF di 17m band. Beliau di antara cosmonaut tunggal yang aktif di frekuensi radio amatur. Nama beliau ialah Aleksandr Aleksandrovich Volkov seorang cosmonaut bekas kerajaan soviet. Callsign U4MIR merupakaan callsign khas diperuntukkan kepada beliau dan hampir kebanyakan cosmonaut yang pernah menggunakan stesen MIR mempunyai suffix berkenaan. Prefex R0-R9/U0-U9 juga lebih senonim dengan pemilik lama bagi veteren perang WWII.

Gambar Kad Qsl beliau di QRZ.com

Gambar kad qsl beliau bagi mereka yang berkerja dengan beliau di stesen MIR.

Gambar beliau untuk kuliah syarahan di Manchester University jemputan The Heaton park Astronomy Group.

Gambar U4MIR bersama krew Soyuz T-14 menjalani latihan. Gambar di ambil di Gagarin Cosmonaut Training Centre, Star City, Russia, 1st September 1985

Semasa U4MIR berada di orbit bersama Sergei K. Krikalev di dalam MIR pada 1991, berlaku kejatuhan soveit dan mereka berdua merupakaan rakyat terakhir USSR yang kembali ke bumi sebagai warganegara Russia. Sepanjang perjalanan hidup beliau, beliau dianugerahkan 10 award dari kerajaan Russia mahupun dari luar termasuk Order of Lenin. Anak beliau Sergei Volkov juga merupakan cosmonaut Russia mengikut jejak ayahnya.

Sumber :
1. http://www.qrz.com/db/u4mir
2. http://ut7ut.org.ua/index.php/russian-call-signs/
3. http://en.wikipedia.org/
4. http://www.w5rrr.org/astros.html
5. http://www.flickr.com/photos/52018942@N05/6497576139/
6. http://www.sciencephoto.com/media/406156/enlarge