My Slide Pages

23 Ogo 2012

New Collection for Hari Raya

Alhamdullah. Nampaknye pada bulan yang syawal ni. Berjaya menambah satu lagi koleksi award tapi kali ni award online :) Apa yang menariknya ialah hampir 99% log online yang diterima dari web berkenaan ialah hasil request dari station-station yang berjaya dihubungi.

Sijil yang diterima dari NCDXF

Gambar gotong royong menyusun semua kad bagi permohonan DXCC ke ARRL. Kos diperlukan dalam 75USD. Wow!

Antara kad yang dijumpai yang merupakan kiriman daripada tuan punya 10m beacon di Brazil. Beliau menghantar kad setelah melihat saya rajin spot beacon beliau di cluster.

Gambar antena.

Kad raya yang diterima daripada Cikgu Arie 9W2VVH. Terima kasih.


22 Ogo 2012

Eqsl Collection from 9M Land

Disini di paparkan beberapa koleksi simpanan eqsl saya yang diperolehi daripada rakan2 radio amatur di semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Memang menarik dan ianya lebih menarik disebabkan ianya percuma tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Tidak semua ham diseluruh dunia menggunakan kaedah tradisional dalam pengesahan dalam komunikasi melalui radio amatur. Ada juga yang hanya menggunakan hanya perkhidmatan eqsl sebagai salah satu cara pengesahan dalam komunikasi. Jadi, sudah tak ada alasan yang mengatakan bahawa tak nak berkomunikasi di HF disebabkan kos yang tinggi dalam penghantaran kad. Kita juga boleh memberikan info cara qsl kita melalui paparan qrz.com (atau mana-mana data base web) atau memaklumkan semasa komunikasi sama ada menerima qsl kad secara eQsl atau secara terus atau bureau atau sebaliknya.

Walaupun ada yang tidak setuju dengan cara moden ini tetapi kita juga tidak boleh lari dengan perkembangan era dunia it yang kini menguasai setiap bidang. Setiap orang ada pendapat dan kita mesti hormat pendapat seseorang walaupun mungkin berlainan daripada kita. Radio amatur juga adalah berkaitan dengan 'respect'.

Dalam rekod terkini di eqsl.cc, disenaraikan bilangan station dari Malaysia yang berstatus AG:
- 9M2 - 18 orang
- 9M4 - 3 station
- 9M6 - 4 orang
- 9M8 - 2 orang
- 9W2 - 20 orang
- 9W6 - 3 orang















9 Ogo 2012

Cards Collection from 9M Land during 9W2ESM

Disini diletakkan sebahagian daripada beberapa kad qsl yang berjaya diperolehi dari kawasan 9M (Malaysia) hasil komunikasi di 10m SSB sewaktu menggunakan callsign 9W2. Ada yang gagal dikesan kerana terlalu banyak kad dalam simpanan. Banyak kenangan. Kebanyakkan meraka sudah pun bergelar 9M2/9M6/9M8. 10m merupakan tempat yang melahirkan ramai DX'er yang terbaik.

Kad QSL daripada Aldrin yang kini 9M8WAT. Beliau merupakan penunggu setia 10m yang aktif dalam 2010 dan 2011.

Kad QSL dari Syed yang kini 9M8SYA. Kini agak aktif dalam mode CW.

Kad QSL unik yang diterima daripada 9W8EA. Mungkin kad lama yang dihantar beliau.

Kad QSL daripada 9W8CH, yang merupakan orang kuat radio di Sarawak.

Kad QSL daripada Alpa. Mula mengenali beliau sewaktu beliau SWL ketika mengunjung Sarawak. Kini bakal bergelar 9M8. Tahniah Alpa.

Kad QSL dari Tony yang kini bergelar 9M6TAN.

Kad QSL dari Md Nor Tuaran Sabah 9W6SID

Kad QSL dari kawan ku Zul 9W6ZUL yang agak aktif di mode Satelit.

Kad QSL dari Ranau 9W6HAN.

Kad QSL dari Clare yang kini bakal menyarung 9M6 setelah lulus ujian CW. Tahniah Clare!

Kad QSL dari kawan ku Edy yang lulus sama2 kini 9M6CED.

Kad QSL dari Norzam Kuantan 9W2WWW. Hebat beliau ni. Pemegang 1st 9W2 DXCC 10m SSB. Waktu berhubung dengan beliau dahulu, beliau hanya berbekalkan Inverted V Dipole.

Ya kad dari Cikgu Husairy. Antara orang yang memberi inspirasi kat aku di 10m melalui blog beliau.

Kad QSL daripada Pak Saat.

Kad QSL dari late-9W2TGT. Tertulis kata-kata beliau dalam kad 'Hope we can pass our cw test soon 73's. Hm nampaknya beliau pergi dahulu.

Antara orang hebat di 10m dahulu. Syukur dapat berhubung dengan beliau di 10m sewaktu callsign lama beliau. Kini 9M2RDX

Kad QSL dari Teo yang juga dari Muar.

Kad QSL dari Cikgu Sahbi. Memang hebat di gelanggang 10m. Kini beliau 9M2MSO.

Kad dari Ejat 9W2EJT

Kad dari QRP'er 10m iaitu 9W2DI Abg Din

Kad dari Neoh 9W2CLN yang kini 9M2CLN. Merupakan salah seorang operator 9M0L.

Kad QSL dari Daniel 9W2DAL.

Kad QSL dari Mak Temah / Bonar 9W2CEH

Kad QSL dari CB Lam iaitu 9W2CBL.

Kad QSL dari 9M8Z.

Kad QSL dari kelab station di Sarawak iaitu 9M8RC operated by 9W8ALF

Kad QSL milik Dan daripada Canada yang menggunakan 9M6/VO1AU

Kad QSL dari Mr Bob 9M6BOB yang juga orang kuat 10m sewaktu 9W6SUE.

Kad QSL dari 9M6ISO.

Kad QSL dari 9M4CPD operated by 9W2KNZ Rizal yang merupakan DX'er awal di 10m Malaysia.

Kad QSL dari Zaki, blog Zaki banyak memberi inspirasi sewaktu aku 9W2. Beliau juga bermula di 10m dan antena di rumah pun hasil bantuan beliau. Tq Zaki.

Kad QSL dari 9M2ODY iaitu Ody. Pada waktu ni beliau selalu di band DX sebelum ke sistem Voodoo.

Kad QSL dari 9M2IDJ yang aktif di 10m dan cukup berpengalaman di band DX 10m.

Kad QSL dari Hairie 9M2GET, juga berjaya berhubung dengan beliau ketika beliau menggunakan 9M2SMC sebelum bertukar ke 9M2SM. Aktif di 10m sewaktu 9W2LLK.

Kad QSL dari 9M2CNC Mr Rich.

Kad QSL dari Aimil 9M2AUR yang juga peneroka awal 10m.