28 Apr 2015

Morse code scene - Interstellar


Pada mula bila saya tengok sekejap preview iklan filem Interstellar, saya ingatkan ianya merupakan cerita kisah angkasawan dan alam mistik di planet Marikh. Rupanya ianya merupakan cerita yang amat menarik untuk disaksikan oleh golongan akademik, keluarga, kanak-kanak mahupun peminat kod morse. Interstellar merupakan filem arahan Christopher Nolan dan dibintangi oleh Matthew McConaughey, Jessica Chastain, Anne Hathaway dan Wes Bentley. Interstellar atau bermaksud penerokaan ke bima sakti secara mudah merupakan filem yang mengesahkan seorang bapa petani (mempunyai latar belakang kejuruteraan) kepada dua orang anak yang menjadi salah satu krew bagi misi ke angkasa lepas bagi mendapatkan status projek Nasa berkaitan dengan keadaan planet lain di berlainan galaksi. Apa yang menarik ialah babak penggunaan kod morse yang dihantar oleh si bapa kepada anaknya apabila beliau terperangkap dalam satu dimensi akibat kemusnahan pesawat di lubang hitam angkasa lepas. Jangan lupa tonton filem ni dan boleh la bagi komen dibawah.