My Slide Pages

19 Jul 2017

FAQ Lighthouse & Amateur Radio

Apakah aktiviti radio amatur yang sering dikaitkan dengan rumah api?

Hampir sama seperti Iota (Island on The Air), Sota (Summit on The Air) dan beberapa lagi konsep aktiviti yang hampir serupa, dimana ianya salah satu konsep aktiviti yang melibatkan aktiviti komunikasi radio amatur di tempat atau lokasi unik. Bagi aktiviti radio amatur di rumah api, aktivitinya tidak terikat pada aktiviti tertentu dan terpulang kepada pengiat radio yang menentukannya. Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah DX’ing (komunikasi jarak jauh), field day, gathering dan lain-lain lagi. Ada sesetengah aktiviti yang saya perhatikan diluar sana ianya lebih santai seperti terdapat barbecue dan gathering bersama2 keluarga. Ada juga yang menjalankan aktiviti serius DX’ing yang mungkin kebetulan dijalankan serentak dengan DXpedition dan Iota. Boleh jalan serentak? Boleh, dan ramai di negara luar sana lakukan. Mungkin aktiviti pameran dan ham radio games sport seperti fox hunt juga boleh dilakukan.



Kenapa rumah api ?


Seperti kumpulan-kumpulan pencinta alam yang melakukan program WWFF (Worldwide Flora and Fauna) bersama radio amatur (lihat http://wwff.co/). Terdapat ramai pengiat radio amatur diluar sana terutama dari negara lain yang meminati dan ingin menambah pengetahuan berkaitan dengan lokasi-lokasi rumah api ni. Ianya mungkin berasaskan minat kepada sejarah, kesenian sturktur bangunan dan tidak kurangnya memilih lokasi rumah api ini kerana window komunikasi yang baik boleh dijalankan dilokasi rumah api. Ada juga pengiat radio amatur diluar sana juga yang suka menyimpan koleksi kad QSL dari callsign rumah api ini kerana kad QSL berkenaan memaparkan gambar dan penerangan ringkas berkaitan dengan rumah api. Ianya juga boleh memberi kesedaran kepada orang awam akan kepentingan dan pemuliharaan rumah api ini.


Siapakah yang boleh memasuki dan beraktiviti di rumah api?

Tidak semua rumah api boleh dimasuki oleh orang awam terutama di Malaysia amnya. Terdapat juga rumah api yang dibuka untuk para pelancong. Hampir semua rumah api di Malaysia diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia dan sudah pasti untuk sesetengah lokasi rumah api tertentu ianya memerlukan kelulusan bertulis dari mereka bersama senarai individu-individu yang terlibat. Apa yang saya perhatikan terdapat juga rumah api tinggalan (tidak aktif) juga dijadikan sebagai lokasi aktiviti radio amatur di luar sana. Seperti di Orleans County Marine Park di USA, rumah api yang terdapat disitu tidak lagi digunakan dan dijadikan lokasi perlancongan dan juga aktiviti radio amatur rumah api (lihat https://orleanshub.com/lighthouse-ham-radio-operators-ready-for-big-weekend/)


Adakah ada tarikh dan masa tertentu untuk aktiviti radio amatur di rumah api?

Tidak ada. Terpulang pada anda yang menentukan dan memilihnya. Walau bagaimanapun terdapat satu program yang dipanggil sebagai ILLW atau International Lighthouse and Lightship Weekend (https://illw.net) yang cukup sinonim dengan program rumah api. Program ini dilaksanakan secara tahunan pada setiap hujung minggu (minggu ke-3) pada bulan Ogos. Antara kelebihan menyertai ILLW ialah ianya disertai orang ramai peminat aktiviti komunikasi radio amatur di rumah api di seluruh dunia. Sebaiknya sewaktu komunikasi dapatkan seberapa banyak mungkin callsign rumah api yang beroperasi pada ketika itu berserta dengan laporan isyarat. Barangkali jika berlaku bencana, lokasi rumah api ni boleh digunakan bagi lokasi komunikasi kecemasan serantau mahupun antarabangsa, siapa tahu. Sebaiknya buat lah pada hujung minggu sebagai aktiviti senggang selepas berkerja sepanjang minggu. Jika anda ingin komunikasi jarak jauh atau DXing pada gelombang HF, cuba bermalam dan hunting yang banyak boleh bermula awal petang hingga awal pagi. Anda boleh dapatkan nasihat kaki DXer bagi masa yang sesuai. 



Selain ILLW apa lagi tak program rumah api yang berkaitan dengan radio amatur?


Ada. Iaitu WLOTA atau World Lightouse on The Air (http://www.wlota.com/). WLOTA boleh dilaksanakan sesiapa dan tiada specific tarikh dan masa. WLOTA ini dilaksanakan di rumah api yang terletak di pulau dan WLOTA menggalakkan peserta untuk beroperasi di lokasi yang sukar dan mencabar untuk komunikasi radio amatur. WLOTA juga ada menawarkan award (sijil penghargaan) kepada ekpidisi WLOTA yang terpilih dan perlu menjadi ahli WLOTA bagi memperolehi award berkenaan. Selain itu, terdapat persatuan iaitu ARLHS atau Amateur Radio Lighthouse Society (http://arlhs.com/) yang mengetengahkan dan menggalakkan aktiviti radio amatur di rumah api. ARLHS menyediakan ruangan web untuk pengiat radio amatur berkongsi maklumat dan hebahan berkaitan dengan aktiviti radio amatur di rumah api. Untuk WLOTA dan ARLHS ianya mempunyai senarai nombor rujukan rumah api yang anda boleh lihat di laman web WLOTA dan ARLHS. Nombor-nombor akan dijadikan rujukan oleh peminat rumah api diluar dan kita boleh bawa bersama logo program dan no id lokasi untuk diletakkan pada QRZ.com, pada kad QSL juga pada paparan atau cetakkan lain. Seperti biasa, maklumkan dahulu activation anda pada pengurus WLOTA dan ARLHS secara email dan kebenaran pengguaan logo di kad dan lain2. Siapa sangka dengan paparan no WLOTA dan no ARLHS ni, ada pengumpul kad QSL diluar sana yang akan mohon meminta kad anda. "
Kill two birds with one stone".. fikir-fikirkan.


Ada tak ham radio award yang boleh diperolehi dari aktiviti di rumah api?

Ada iaitu dari WLOTA, ARLHS dan dari Ayan DX Team. Maklumat lanjut boleh open dan cari di  http://www.dxawards.com/ dan http://www.wlota.com/.


Apakah frekuensi yang akan digunakan untuk aktiviti di rumah api?

Semestinya merujuk kepada AA lesen callsign radio amatur yang akan anda gunakan sewaktu di rumah api nanti. Jika callsign yang akan digunakan adalah callsign kelas A ianya memerlukan station master berada bersama (pemegang lesen kelas A) untuk menggunakan callsign berkenaan. Tujuan stesen master ini ialah bagi memastikan perjalanan dan perkara teknikal berkaitan dengan SOP sewaktu komunikasi berjalan dengan baik. Sebaik-baik callsign adalah callsign event khas yang dipohon melalui SKMM. SKMM juga perlu mengetahui program yang akan dijalankan. Rujuk SKMM bagi permohon callsign event khas. Jika renyah atau sukar, gunakan sahaja callsign individu dan jangan lupa mention ‘Portable’ pada hujung callsign bagi memberi tahu yang anda sedang beroperasi secara portable. Berbalik dengan frekuensi tadi, sebenarnya tiada frekuensi khas untuk komunikasi radio amatur di rumah api. U
ntuk mendapatkan secara detail berkaitan dengan frekuensi panggilan bagi komunikasi radio amatur terutama pada band HF, anda boleh rujuk guideline SKMM atau rakan elmers yang berkemahiran berkaitan dengan HF. Option lain, ada boleh rujuk IARU Region 3 bandplan dan jika ingin lebih specific seperti calling frekuensi anda boleh rujuk rakan elmer atau lihat pada web-web sumbangan rakan luar seperti di http://www.kf4l.org/. ARLHS ada menyenaraikan cadangan frekeunsi-frekuensi yang boleh digunakan sepanjang komunikasi iaitu:
80m - CW: 3530 kHz, Phone: 3970 kHz.
40m - CW: 7030 kHz, Phone: 7270 kHz.
20m - CW: 14030 kHz, Phone: 14270 kHz
15m - CW: 21030 kHz, Phone: 21370 kHz
10m - CW: 28030 kHz, Phone: 28370 kHz


Apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk ke program radio amatur di rumah api?


Paling penting adalah surat kebenaran dan makluman keselamatan pada agensi berkaitan. Jika lokasi berkenaan remote jauh, boleh juga mohon untuk insuran berkelompok jika yang perginya ramai (bukan wajib). Jadi sebelum nak jadikannya kepada surat sudah pasti anda dah final tentang perkara-perkara berikut iaitu tarikh, tentatif, bidang tugas, cuti-cuti kerja dah clear, bilangan operator dan lain2 yang dirasakan perlu. Kemudian aspek lain adalah tinjauan lokasi. Tinjauan lokasi ini untuk memastikan perkara berikut iaitu lokasi antena dan lokasi operasi serta lokasi aktiviti. Antara lain ialah sumber air, elektrik dan tandas. Jika bermalam, kenalpasti lokasi tidurnya dan jika tempat berkenaan tak ada kedai atau warung seperti remote pulau .. haa jangan lupa barang2 masak. Barang2 radio dan antena juga penting. Barang2 tool untuk baikpulih juga kena standby. Antara lain katil portable, ubat nyamuk (jika banyak nyamuk), kit ringkas perubatan, capaian liputan selular disemak, pakaian persalinan dan ada beberapa lagi perkara mungkin saya terlepas pandang. Jika buat banner atau bunting bagus juga, boleh buat sesi bergambar kenang-kenangan sebelum bersurai. Kalau ada orang awam yang akan hadir, buatkan pamplet sikit. Komputer dibawa kalau nak catat log pada N1MM atau bawa kertas isi manual pun tak ada hal. Masa nak balik tu pastikan tempat dibersihkan ya, jangan cemarkan imej radio amatur terutama matlamat kita untuk menjaga pemuliharaan rumah api hihi.


Bagaimana aktiviti ini bermula di Malaysia?


Seperti di luar sana ILLW sendiri bermula lewat iaitu pada tahun 1998. Di Malaysia, Mares mempelopori aktiviti ini iaitu pada tahun 2008 sempena ILLW bertempat di Rumah Api Tanjung Tuan Melaka atau Cape Rachado. Ramai yang turut serta menjayakan aktiviti ini. Ringkasan peristiwa boleh buka link ini http://9m2rdx.blogspot.my/2008/08/9m4cme-cape-rachado-illw-2008.html. Arwah 9M2RDX merupakan orang yang sinonim dengan aktiviti rumah api ni. Selain itu MARTS dan MARL juga sering menjalankan aktiviti radio amatur dirumah api. Selain itu terdapat persatuan-persatuan peringkat negeri juga yang aktif menjalankan program rumah api seperi di Pulau Pinang, Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan beberapa negeri lagi.

Sekadar perkongsian. Sebarang penambahan dan cadangan boleh hubungi admin.

18 Jul 2017

Zanzibar

Pada peminat hobi komunikasi jarak jauh atau DX'ing dalam radio amatur sudah pasti biasa mendengar phonetic code ini. Eh.. ada ker? Yaa ... ada, tapi ianya bukanlah phonetic code yang rasmi (official). Ianya merupakan phonetic code yang digunakan secara tidak rasmi sebelum WW2 lagi. Gambar Phonetic Code yang rasmi ada dibawah dan cerita tentang Zanzibar akan saya kupas dibawah nanti.




Phonetic and Morse Code Chart by Jaime AA. Sanchez and edited by Richard G. Clegg



Tetapi kenapa perlu phonetic code ini digunakan? Ianya sebenarnya digunakan bagi pengesanan sesuatu abjad dengan tepat sewaktu komunikasi dan ianya cukup bermakna dalam radio amatur semasa komunikasi pada gelombang HF dengan mode SSB/Phone. Dalam mode ini penerimaan isyarat adalah mencabar diiringi bersama dengan noise level yang kadang2 tinggi dan ditambah kekuatan isyarat yang lemah. Fungsi dan peranan phonetic code ini cukup membantu sewaktu komunikasi pada situasi berkenaan. Persoalan: Misalannya jika phonetic code diatas juga tidak dapat didengar oleh stesen yang dihubung, jadi macam mana pula? Mungkin ada yang QSY, option lain ialah datanglah phonetic code yang tidak rasmi ini terdengar dicorong radio antaranya ialah perkataan Zanzibar yang merujuk kepada huruf Z. Sewaktu pertama kali saya mendengar istilah ini saya agak kekok sewaktu di HF. Yalah orang baru ketika itu dan setelah diamati rupanya beliau ingin menyebut huruf 'Z' kerana perkataan Zulu sukar didengar oleh saya. Ada juga yang memanggil CQ di frequency dengan phonetic code rasmi dan diikuti dengan phonetic code yang lain seperti Papa Yellow Seven Zanzibar Zanzibar. Mari kita lihat phonetic-phonetic code yang tak rasmi ini.


Radiotelegraph & Radiotelephone Codes, Prowords and Abbreviations
By John W Alcorn VK2JWA


Ejaan phonetic kod ini secara antarabangsa mula diperkenalkan pada tahun 1927 dan kemudian beberapa kali disemak sehinggalah secara rasminya ditetapkan pada tahun 1951 untuk kegunaan penerbangan awam dan tidak terpakai untuk sebarang komunikasi ketenteraan. Phonetic code rasmi ini juga dikenali dengan nama International Radiotelephony Spelling Alphabet, atau ICAO phonetic alphabet, atau NATO alphabet atau phonetic alphabet, yang kini secara luas digunakan dalam kegunaan radio komunikasi terutama pada radio amatur.

Berbalik kepada Zanzibar, pastinya ramai yang kurang tahu apakah Zanzibar ini. Ianya merupakan wilayah Semi-Autonomi yang terletak di negara Tanzania. Zanzibar merupakah kepulauan yang pernah dijajah oleh British sehingga tahun 1963 dan juga pernah mempunyai pemerintahan kerajaan Beraja dibawah Kesultanan Zanzibar. Wilayah Zanzibar terdiri daripada dua pulau besar iaitu Pulau Pemba dan Pulau Zanzibar yang terletak di Lautan Hindi. Wilayah Zanzibar mempunyai penduduk seramai 1.3 juta (tahun 2012 sumber Wikipedia) dan mempunyai banyak lokasi-lokasi peranginan yang cantik serta kesan peninggalan sejarah dunia yang kini menjadi disenarai sebagai salah satu tapak sejarah dunia (World Heritage Site) di bandar Stone Town.









Wilayah Zanzibar dahulunya mempunyai callsign sendiri sebagai salah satu entiti DXCC dibawah prefix VQ1 dan kini callsign bagi operasi radio amatur disana dibawah kerajaan Negara Tanzania dengan prefix khas 5H1. Untuk pengetrahuan semua Tanzania merupakan DXCC yang sukar diperolehi bagi pengejar diluar sana. Ingin memancar di Zanzibar? Hubungi:

TANZANIA AMATEUR RADIO CLUB (TARC)
Chairperson: Ms Elizabeth Majori 
Secretary: Osmund Kipengele 5H3OKN
+255 715019288
+255 222 736607340
Link borang: Klik disini (sementara masih ada)


Sumber : DX News Zanzibar Unguja Island 5H1XX QSL