My Slide Pages

23 Apr 2018

9M2ESM Eyeball @ April 2018

9M2ESM @ Aktiviti eyeball sekitar bulan April 2018

 27/04/2018
Menziarahi sahabat 9W2EJT bersama 9W2BYL bagi sokongan moral selepas kejadian yang menimpa rumah beliau.


27/04/2018
Sistem antenna rumah 9W2EJT habis jatuh akibat hujan dan angin kuat yang membawa khemah kearah bumbung rumah beliau.

24/04/2018
Eyeball ziarah dan berkenalan dengan Mizal 9W2VMC di Bemban Jasin, turut bersama 9W2USM dan 9W2FRP

22/04/2018
Eyeball di Bukit Katil bersama 9W2USM dan harmonik kepada 9M2ELY. Banyak perkara yang dibincangkan terutama aktiviti mendatang dan MARL.

5/04/2018
Eyeball bersama rakan2 selepas program Minggu Sains Negara Peringkat Melaka 2018 di Kg Duyung Melaka


12/04/2018
Eyeball bagi tandatangan 9M2 untuk Dr Firdaus dan isteri dari Segamat. Turut ada bersama 9M2DA dan 9W2URM.

15/03/2018
Membawa 9M2FX ke Jabatan Pesakit Luar Hospital Sultanah Fatimah bagi membuka jahitan di beliau.

15/03/2018
Eyeball di rumah 9M2FX dan 9W2MOY selepas pulang membawa 9M2FX ke hospital.

7/04/2018
Eyeball di Jalan Khalidi bersama 9M2FX, 9W2DAF dan 9W2FYX selepas membawa Pak Kamal cuci luka beliau di Klinik 1Malaysia dekat Jalan Temenggong Ahmad Muar.

29/03/2018
Eyeball di Warung Hj Salleh bersama 9M2DA, 9W2RDC, 9W2FYX, 9W2JRH, 9W2ZZS, 9W2DAF dan 9W2CPJ bagi membincangkan aktiviti mendatang juga siapkan borang callsign untuk harmonic 9W2RDC iaitu Naim.

Sukarelawan Radio Amatur @ Perkhemahan Pandu Puteri & Jambori Pengakap MRSM Zon Selatan 2018

  
Pada 21hb April 2018 yang lalu, saya bersama team dari Persatuan Radio Amatur Muar Johor berkesempatan mengambil bahagian sebagai sukarelawan radio amatur bagi menjalankan aktiviti pameran dan yang berkaitan dengan radio amatur sempena Perkhemahan Pandu Puteri & Jambori Pengakap MRSM Zon Selatan 2018.

Alhamdulillah, kita menerima jemputan berkenaan agak awal dan beberapa persiapan dapat dikenalpasti. Pada awalnya kami merancang untuk menjalan 4 aktiviti yang dibahagikan kepada 4 team kecil iaitu:

Lokasi 1 : Sudat pameran dan komunikasi VHF - 9M4PMC
Lokasi 2 : Komunikasi VHF - 9M4CMR
Lokasi 3 : Kod Morse dan Phonetik.
Lokasi 4 : Ceramah penerangan asas berkaitan radio amatur.

Berikut adalah team yang hadir dalam aktiviti ini: 9M2DA (ketua), 9M2ESM, 9W2ZZS, 9W2LMC, 9W2DAF, 9W2MLS, 9W2URM, 9W2CPJ, 9W2JRH dan 9W2JBU. Berdasarkan tentatif yang diberikan, aktiviti bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seawal jam 7.30 pagi, kami telah hadir untuk persiapan tempat sebelum jam 9.00 pagi. Dianggarkan seramai 100 lebih orang pelajar yang hadir pada perkhemahan ini. Berdasarkan suasana dan persekitaran yang ada, kami bahagikan team kepada dua iaitu Lokasi 1,3 dan 4 di tempat perkhemahan pengakap dan Lokasi 2 di perkhemahan pandu puteri. 


Sepanjang perjalanan aktiviti pelajar didedahkan tentang radio amatur dan mencuba komunikasi dan menunjukkan minat. Kami tamatkan aktiviti kami pada jam 1.45 petang. Terima kasih pada semua yang hadir memberi sokongan dan terima kasih serta tahniah pada MRSM Muar selaku penganjur. Tak lupa pada Cikgu Azlan dari MRSM Muar yang banyak berhubung dengan kami bagi menjayakan aktiviti dari radio amatur, terima kasih diucapkan. 73 De 9M2ESM.
















12 Apr 2018

Attending JASRA 11th AGM @ UTHM


Tarikh : 7 April 2018
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Lokasi : UTHM Parit Raja Batu Pahat Johor

Pada sabtu yang lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri AGM Jasra yang ke-11. Saya hadir bersama isteri 9W2MLS dan anak ke majlis ini. Saya tiba daftar pada jam 10.30 pagi dan mesyuarat telahpun bermula. Ramai ahli JASRA yang hadir termasuk rakan-rakan dari JASRA Melaka. Bagi saya sepanjang 11 tahun penubuhannya, ianya berkembang dengan baik terutama dengan pelbagai aktiviti dan pengwujudan rumah kelab. 

Mesyuarat kali ini juga dihadiri oleh rakan-rakan dari MARL termasuklah 9M2RS, 9M2AU, 9M2SQL dan dari Radio Emergency & Drone Squad 9M8MCC Morgan. Selain itu mesyuarat juga dihadiri oleh 9M2TJO dan 9M2NP. Saya berkesempatan bersalaman dan bergambar dengan Pak Tunku buat pertama kalinya setelah lama mengenali callsign beliau. Setelah pemilihan jawatankuasa baru untuk sesi 2018 hingga 2020, 9W2FRP telah mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan ROIP & VOIP dimana beliau menggalakkan pembinaan gateway supaya ada satu rangkaian komunikasi alternatif boleh dibina disamping penggunaan repeater radio amatur yang tersedia ada. Selesai majlis, kami terus ke WARAS bagi melihat pusat komunikasi yang ada di sana dan kemudian makan jamuan makan tengah hari dari JASRA. Terima kasih dan Tahniah JASRA! Insyallah saya akan cuba bantu apa yang termampu untuk JASRA. De 9M2ESM.

Gambar menunjukkan cenderahati dari pengakap Batu Pahat kepada JASRA yang diserahkan pada 9M2TJO.

Gambar radio komunikasi yang terdapat di WARAS, UTHM Batu Pahat.

Gambar ahli JASRA dan tetamu lain yang hadir dalam AGM JASRA.

Gambar pemandangan luar di pejabat WARAS, UTHM Batu Pahat.


KEPIMPINAN JASRA SESI 2018 / 2020

PENAUNG : 9M2TJO
PENASIHAT : 9M2NP 9M2KN
PRESIDEN : 9W2HOZ
TIMBALAN PRESIDEN : 9W2USM
NAIB PRESIDEN : 9W2JOH
SETIAUSAHA : 9W2OXY
PEN. SU : 9W2SYQ
BENDAHARI : 9W2JHR
PEN. BENDAHARI : 9W2JJX
AJK : 9W2LBY, 9W2USC, 9W2ZXT, 9M2ESM & 9W2FRP
JURUAUDIT : 9W2JCG & 9W2TLX
PEMEGANG AMANAH : 9W2UDD, 9W2GMI & 9W2RLW

PENGERUSI PERHUBUNGAN :
SEGAMAT : 9W2UMA
MUAR / TANGKAK : 9W2JJX
BATU PAHAT : 9W2BPC
KLUANG : 9W2ULX
JB : 9W2ESA
MERSING : 9W2CCO
KULAI : 9W2RSA
PONTIAN : 9W2DCW
KOTA TINGGI : 9W2YNZ
MELAKA : 9W2SFF

BIRO REPEATER : 
9M4RLD  - 9W2SGT
9M4RPL - 9W2UDD
9M4RJB - 9W2JOH
9M4RML - 9W2USM
9M4RJN -  9W2BPC
9M4RJM - 9W2CCO

BIRO DISPLIN : 9W2HOZ / 9W2USM / 9W2JOH
BIRO EDCRT : 9W2JOH / 9W2RSA / 9W2YYY / 9W2EDD / 9W2SSS / 9W2JOC / 9W2LCM
BIRO KEAHLIAN : 9W2OXY / 9W2SYQ / 9W2EDD
BIRO PAMERAN : 9W2BPC / 9W2LBY / 9W2TLX / 9W2ZJB / 9W2YYY / 9W2JJX
BIRO ANTARABANGSA : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2FRP
BIRO MEDIA DAN SERANTA : 9W2USM / 9W2OXY / 9W2FRP / 9W2UMA
BIRO JASRA 2M NET : 9W2UMA / 9W2JCG / 9W2TLX / 9W2BPQ / 9W2IGQ
BIRO KEBAJIKAN : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2SNN
BIRO QSL MANAGER : 9M2ESM / 9M2NZI
BIRO LATIHAN : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2SSS / 9W2JOC
BIRO TEKNIKAL : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2FRP / 9W2EDD
BIRO KEROHANIAN : 9W2LSZ / 9M2UST / 9W2ZXT
BIRO KOKURIKULUM : 9W2VCY / 9W2DCW / 9W2PHM 
BIRO GERAK KHAS : 9W2MBJ, 9W2FLW, 9W2DL, 9W2GCC, 9W2SNN

BIRO CLUBHOUSE : 
BBU:  9W2JOH / 9W2SSS / 9W2EDD / 9W2YYU
KLUANG : 9W2ULX / 9W2TYL / 9W2TLX
BP : 9W2BPC / 9W2LBY
KT : 9W2YNZ / 9W2DES / 9W2ZXT

BIRO PENGAJIAN TINGGI :
UTHM  : 9W2JMR / 9W2IIW / 9W2JOH / 9W2USM / 9W2FRP / 9M2CCC
UTM : 9W2AME / 9W2JOH / 9W2JOC
UTeM : 9W2USM / 9W2SFF / 9W2FRP
UiTM : 9W2SGT
POLITEKNIK : 9W2RSA / 9W2SFF / 9M2ESM

Amateur Radio Satellite Booth on Minggu Sains Negara 2018 @ Melaka


Tarikh : 4hb & 5hb April 2018
Lokasi : Perpustakaan Negeri Melaka, Bukit Baru Melaka
Anjuran : Agensi Angkasa Negara & Kerajaan Negeri Melaka

Pada 4 dan 5 April tempoh hari, saya berkesempatan untuk membantu mendiri gerai atau booth pameran bagi aktiviti komunikasi satelit dalam radio amatur di Perpustakaan Negeri Melaka melalui saluran persatuan MARTS dan kumpulan AMSAT.MY. Ianya bermula apabila Pakdin 9M2DA mendapatkan bantuan saya bagi tujuan berkenaan, juga mendapatkan bantuan rakan-rakan lain setempat yang sudi secara sukarelawan dalam aktiviti ini. Dengan bantuan dari rakan AMSAT.MY iaitu 9W2VRD + 9W2BXN serta setiausaha MARTS iaitu 9M2PRO dan urusetia dari Angkasa Malaysia iaitu Hamka 9W2HVT dan Fairul perancangan aktiviti telah dapat dilakukan. Setelah berbincang dengan 9M2DA serta rakan-rakan lain iaitu 9W2USM, 9W2JOH dan 9W2FRP yang telah berhasrat untuk membantu, beberapa persediaan telah dapat dikenalpasti. 

Sepanjang 2 (DUA) hari pameran, bermula seawal jam 7.30 pagi team pameran telah sampai ke lokasi dan telah membuat persiapan seperti yang dirancang. Pengisian pameran dibahagikan kepada beberapa tugas utama oleh PIC berikut yang diketuai oleh 9M2DA iaitu:
- Edaran brochure berkaitan dan video serta penerangan oleh 9M2ESM.
- Demonsrtasi dan penerangan berkaitan dengan komunikasi satelit dalam radio amatur oleh 9M2DA dan 9W2JOH.
- Demonstrasi penggunaan SDR radio oleh 9W2FRP dan 9W2USM.
Team kami dibantu oleh beberapa rakan radio amatur lain yang hadir bagi pemasangan peralatan dan penutupan booth pameran iaitu 9W2USM, 9W2NWE, 9W2VKS, 9W2VBC, 9M2CCC, 9W2VPZ, 9W2MWZ, 9W2LHO, 9W2ZKU dan YF5VTH. 

Bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang ramai tetamu yang hadir ke booth pameran kami yang kebanyakkannya terdiri daripada pegawai dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran, pelajar dan guru sekolah serta orang awam yang membawa anak-anak mereka ke tapak pameran sempena Minggu Sains Negara peringkat negeri Melaka. Di antara mereka, ramai yang ingin mengetahui tentang apakah itu radio amatur dan perkara atau manfaat yang kita perolehi apabila menjalankan aktiviti ini. Terdapat juga orang awam yang bertanyakan cara mendapatkan callsign termasuk dari rakan-rakan agensi RELA yang menjaga lalu-lintas. Bagi pengunjung daripada kalangan pelajar sekolah pula terutama dari sekolah rendah mereka lebih memerlukan penerangan asas tentang sains radio berkaitan dengan frekuensi dan kefungsian satelit. Antara lain ramai rakan radio amatur sekitar Melaka juga hadir memberi sokongan disamping mempelajari berkaitan dengan komunikasi satelit dalam radio amatur antaranya 9W2DUO, 9W2NUZ, 9M2AWL, 9W2YPK, 9W2NVR, 9W2ZKU, 9W2VCY, 9W2AHZ dan beberapa rakan ham radio lagi yang saya lupa callsignya.

Minggu Sains Negara peringkat Negeri Melaka dirasmikan oleh YB Dato Wira Dr Abu Bakar Md Diah iaitu Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi dengan ucapan yang penuh motivasi berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi yang turut dihadiri oleh ramai VIP lain. Pada kesempatan selama dua hari pameran ini juga, saya sempat melawat dan mendapatkan pelbagai maklumat dari booth pameran lain di antaranya dari ANGKASA Malaysia, SIRIM, MET Malaysia dan dari pelbagai agensi lain termasuk sekolah-sekolah yang ada menghasilkan produk inovasi mereka. Dari ANGKASA Malaysia, pelbagai maklumat penting yang dapat dipelajari tentang satelit atau microsat, antaranya ialah usahasama UiTM dengan ANGKASA Malaysia bersama beberapa agensi luar yang akan melancarkan sebuah microsat pada beberapa bulan akan datang melalui bantuan biro agensi angkasa dari negara Jepun. Dengan harapan Malaysia akan mempunyai sebuah microsat radio amatur mereka sendiri.

Untuk aktiviti pameran akan datang, beberapa penambahbaikan perjalanan aktiviti boleh dilakukan termasuklah, i- menghasilkan satu model microsat yang mempunyai keupayaan crossband VHF/UHF, jangka suhu, elevation meter dll bagi tujuan demonstrasi, ii- menyediakan buku pelawat bagi tetamu yang hadir, iii- menghasilkan peralatan demo yang berkaitan dengan sains radio dan satelit seperti kesan doppler dll. Terima kasih lagi sekali kepada AMSAT-MY atas sokongan dan penyediaan bunting + banner, MARTS dan semua rakan yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Terima kasih khas buat 9M2JOH dan rakan beliau 9M2CCC dan YF5VTH yang datang dari jauh untuk menjayakan program, semangat ham radio yang terbaik ditunjukkan. Semoga usaha kalian diberkati. 73 de 9M2ESM.


Sesi perbincangan aktiviti bersama rakan radio amatur Muar termasuk perbincangan awal pameran komunikasi satelit dalam radio amatur bersama 9M2DA.

Persiapan peralatan komunikasi satelit menggunakan rotator Yaesu G-5500.

Perbincangan dan minum petang bersama rakan dari Angkasa Malaysia sehari sebelum program bagi tinjauan lokasi. 

Banner yang disediakan oleh AMSAT.MY. Terima kasih AMSAT.MY

Jadual perjalanan aktiviti sepanjang 2 hari program.

Pelajar dari Sek Menengah Tinggi St David Bukit Baru Melaka yang hadir ke booth kami.

9M2DA memberikan penerangan berkaitan komunikasi satelit dalam radio amatur.

Bergambar bersama rakan radio amatur sekitar Melaka yang hadir memberi sokongan. Terima kasih diucapkan. Turut bersama Abg Chong 9M2AWL.

9M2CCC dan YF5VTH membuat persiapan antena pada G-5500. 

 
Dari kiri 9W2VBC, 9M2DA, 9M2CCC dan 9W2USM. Terima kasih Pakmus 9W2USM antara orang kuat kita dalam pameran ini.

Gambar bersama rakan radio yang hadir dalam pameran ini termasuk 9W2DUO iaitu Tn Hj Abu Bakar yang juga Pengarah Pelajaran Negeri Melaka.

Bergambar bersama geng ANGKASA Malaysia. Turut ada bersama 9W2HVT Hamka.

Cikgu Zahri dan Cikgu Zaidi yang hadir bersama anak-anak murid beliau ke tapak pameran.

9W2JOH membuat sesi penerangan kepada pelajar sekolah.

Antara rakan ham yang hadir termasuk Eva 9W2NUZ yang baru memperolehi callsign tapi menunjukkan sokongan yang hebat. Terima kasih Eva.

Perisian penjejakan satelit yang digunakan oleh 9W2JOH.

Sesi penerangan kepada pelajar sekolah oleh 9M2ESM.

Model Cubesat dari ANGKASA Malaysia.

 
Kehadiran YB Dato Wira Dr Abu Bakar Md Diah ke booth-booth pameran.

Sesi bergambar setelah tamat aktiviti yang dijalankan. Terima kasih semua.

Video berkaitan dengan komunikasi radio amatur dengan ISS yang banyak menarik minat pelajar.

Video persiapan aktiviti pameran yang dirakam oleh 9W2USM. Tq Pakmus.