My Slide Pages

13 Feb 2021

Malaysia Amateur Radio Class B : Class of Emission

 

Sumber: https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/Guideline_Amateur_Radio_Service_2012.pdf


Dalam AA bagi pemegang lesen Kelas B Radio Amatur terdapat keterangan bagi kelas pemancaran yang dibenarkan oleh SKMM iaitu : A3E, F1A, F2A, F3E, J3E dan R3E. Mari kita lihat secara terperinci butiran penting maksud bagi setiap abjad.


Jenis Modulasi
A = Amplitude Modulation, Two Sidebands, Full Carrier
F = Angle-Modulated, Straight Frequency Modulation
J = Amplitude Modulation, Single Sideband, Suppressed Carrier
R = Amplitude Modulation, Single Sideband, Reduced Or Controlled Carrier

Sifat Isyarat Modulasi
1 = Digital Modulating Signal, On/Off or Quantified With No Further Modulation
2 = Digital Modulating Signal with Modulation
3 = Saluran Analog Tunggal

Jenis Maklumat Yang Dibawa
A = Telegraf Aural (berkaitan dengan deria pendengaran), umumnya Kod Morse.
E = Telefon, Suara atau Bunyi
F = Video atau Televisyen

Merujuk kepada maklumat diatas kita dah boleh simpulkan bahawa:

A3E :
- Amplitude Modulation, Two Sidebands, Full Carrier
- Saluran Analog Tunggal
- Telefon, Suara atau Bunyi

A3E lebih merujuk kepada komunikasi AM yang digunakan untuk komunikasi aeronautik & radio amatur

F3E :
- Angle-Modulated, Straight Frequency Modulation
- Saluran Analog Tunggal
- Telefon, Suara atau Bunyi

F3E lebih merujuk kepada komunikasi FM yang sering digunakan untuk radio marin dan banyak komunikasi VHF lain.

F1A / F2A :
- Angle-Modulated, Straight Frequency Modulation
- Digital Modulating
- Kod Morse

Merujuk kepada http://www.udxf.nl/ITU-Classification-of-emissions.pdf
F1A ialah Frequency shift keyed (FSK) Morse telegraphy

J3E :
- Amplitude Modulation, Single Sideband, Suppressed Carrier
- Saluran Analog Tunggal
- Telefon, Suara atau Bunyi

J3E biasanya merujuk kepada komunikasi SSB yang digunakan pada jalur HF oleh marine, aeronautical dan radio amatur.

R3E :
- Amplitude Modulation, Single Sideband, Reduced Or Controlled Carrier
- Saluran Analog Tunggal
- Telefon, Suara atau Bunyi

R3E pula merujuk kepada komunikasi SSB dengan reduced carrier (AME) digunakan pada jalur HF biasa oleh pihak ketenteraan.

Jadi boleh atau tidak AA kelas B transmit Kod Morse pada mode FM secara digital, jawapannya boleh jika merujuk kepada kelas pemancaran F2A. Cadangannya, pihak yang berkenaan seperti SKMM boleh menyemak kembali kebenaran kelas pemancaran yang diberikan. Boleh rujuk negara-negara lain yang lebih terbuka dan jelas. 

Antara kelas pemancaran yang mungkin kita terlepas pandang ialah :
F1B : Frequency-shift keying (FSK) telegraphy, such as RTTY.
F2D : Often called AFSK/FM.J2B : Phase-shift keying such as PSK31 (BPSK31)
Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Types_of_radio_emissions
Bagi menggalakkan aktiviti siantifik dan ilmiah serta kreativiti dikalangan rakyat Malaysia, lebih banyak kelas perlu diberikan contohnya Amateur TV dll.

Keterangan lain yang boleh dirujuk :
https://www.qsl.net/lz1iii/html/Modulation%20Codes.html