Beberapa hari yang lalu, saya telah menerima sepucuk surat bersama kad qsl yang didalamnya ada catatan dari saudara ham negara China iaitu BG8BYR hasil komunikasi di 10m FM. Terima kasih atas kiriman surat dan kad.
Apa yang menarik dalam surat ini ialah akan makluman khas dari beliau bahawa akan ada pengaktifan callsign BS7H Iota AS-116 dari Scarborough Reef yang merupakan Most Wanted DXCC ke-21 tahun 2012 menurut sumber http://www.clublog.org/mostwanted.php. Rasanya tak ramai yang tau akan hal ini, mungkin mereka nak buat suprice dan tak mahu orang berebut-rebut cuba menghubungi stesen ini. Cukuplah bagi sesiapa yang melihat gelagat stesen dx sewaktu memanggil 9m0l tempoh hari, yang mencarut pun ada. BS7H ini pernah beroperasi pada tahun 2007 dan mungkin mereka membuat kemunculan kedua. Kawasan yang dipunyai oleh kerajaan China ini terletak berhampiran dengan Laut China Selatan dan cukup payah untuk mendirikan stesen radio disana.
Gambar sumber dari wikipedia menunjukkan rupa mukabumi lokasi Scarborough Shoal ini. Bagi pengejar stesen DX dan DXCC ini masanya untuk menguji keupayaan stesen shack anda. De 9M2ESM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.