20 Jun 2011
Incoming Award & Radio Contest Preparation
12 Jun 2011
Aktiviti Solar & Perkaitan Propagasi Jaluran 10 meter Dalam Komunikasi Radio
10 meter merupakan jaluran frekuensi unik dalam lembaran spektrum frekuensi yang mencabar untuk berkerja dalam komunikasi radio. Dalam melihat perkaitan aktiviti solar terhadap propagasi jaluran 10m, pada waktu kemuncak kitaran solar bersama jumlah sunspot yang tinggi pada permukaan matahari, jaluran 10 meter akan hidup dengan keupayaan penghantaran isyarat pada jarak yang cukup jauh melalui pembiasan lapisan F2 di lapisan ionosfera.
Banyak yang memperkatakan bahawa, jaluran 10 meter merupakan jaluran yang berasaskan aktiviti waktu siang, walaupun begitu, bagi saya tempoh terbaik bagi propagasi membuka ialah apabila aktiviti sunspot meningkat, ianya mungkin bermula seawal matahari terbit dan melangkaui sehingga lewat malam. Saya sendiri pernah berkomunikasi jarak jauh di jaluran 10 meter seawal 0 UTC sehingga selewat 18 UTC dan dapat melihat keberkesanannya terutama apabila melibatkan radio contest dalam radio amatur.
Peluang bagi komunikasi radio melalui lapisan F2 ini seakan mengikut matahari yang melintasi putaran bumi. Sebagai contoh bagi situasi di Malaysia Barat; propagasi jaluran 10m boleh membuka seawal 0UTC bemula dari Amerika Utara dan Brazil, diikuti negara-negara berdekatan dengan Jepun dan Australia sebelum menjelang tengah hari, diikuti pula membuka sebelah lewat petang ke Eropah, Asia Barat dan Afrika dan sebelum menjelang tengah malam ke negara-negara berdekatan dengan kepulauan Caribbean, benua Amerika Utara dan Selatan.
Sungguhpun begitu, semasa aktiviti solar berada dalam keadaan minimum (di mana F2 tidak terhasil), kebarangkalian untuk berkomunikasi melalui jaluran 10 meter masih boleh dilakukan. Propagasi melalui lapisan Sporadic E (E-Skip) juga boleh membawa isyarat yang dihantar sejauh beribu-ribu kilometer. Keadaan propagasi Sporadic E ini jarang sekali berlaku dan boleh dikatakan ianya seperti bermusim. Banyak yang mengatakan bahawa kebiasaanya ianya berlaku pada lewat musim bunga dan awal musim panas (terutama bagi negara-negara yang beriklim sejuk dan panas). Terdapat juga maklumat yang mengatakan ianya juga boleh berlaku dalam tempoh yang pendek semasa pertengahan musim sejuk iaitu di antara waktu perayaan hari natal sehingga menjelang tahun baru masihi.
Selain daripada faktor Sporadic E, propagasi membuka di jaluran 10 meter juga boleh berlaku tanpa diduga. Semasa aktiviti solar dalam keadaan minimum, bukaan F2 juga boleh terjadi pada laluan transequatorial dan secara equatorial. Propagasi jaluran 10 meter juga boleh membuka sepanjang kitaran solar di laluan khatulistiwa dimana ianya terjadi pada keadaan aktiviti solar yang minimum. Saya masih ingat lagi, terdapat kajian daripada profesor tempatan yang mendapati bahawa pada keadaan tertentu lapisan F2 di ionosfera ini boleh terpisah kepada dua lapisan yang berlainan, adakah ianya juga memberi faktor dalam propagasi di jaluran 10m sewaktu kitaran solar yang sering berubah ?

11 Jun 2011
Kitaran Solar : Pengaruhnya terhadap bumi
youtube
Terdapat beberapa perbincangan dan kajian mendalam telah dilakukan terhadap kesan saintifik aktiviti solar matahari kepada permukaan bumi, diantara kesan-kesan secara umumnya ialah :
1. Organisma-Organisma Permukaan Bumi
Kesan kitaran solar terhadap organisma di permukaan bumi ini telah lama dikaji oleh para penyelidik diseluruh dunia. Terdapat dakwaan bahawa ianya mempunyai kesan langsung kepada kesihatan manusia. Diketahui bahawa, jumlah cahaya ultraviolet dengan panjang gelombang 300 nm yang sampai dipermukaan bumi sebenarnya dipecah-pecahkan sebanyak 400% (sepanjang kitaran solar) divariasikan pada seluruh lapisan pelindung ozon. Pada lapisan stratosfera ini, lapisan ozon akan terus dihasilkan melalui pemisahan molekul O2 oleh sinaran ultraviolet. Semasa solar dalam keadaan minimum, penurunan cahaya ultraviolet yang diterima daripada matahari menyebabkan pengurangan penumpuan pada ozon, seterusnya membolehkan ultraviolet mudah untuk menembusi ke permukaan bumi.
2. Komunikasi Radio
Bagi komunikasi radio yang menggunakan medium ruang udara dalam talian penghantaran, ia menggunakan lapisan ionosfera bagi membuat pembiasan gelombang radio. Semasa kitaran solar berada pada keadaan puncak, lapisan ionosfera akan ter'ion' oleh photon-photon daripada solar dan sinar kosmik. Ianya akan mempengaruhi laluan (propagasi) terhadap gelombang radio dalam cara yang kompleks di mana ianya menutup ataupun membuka laluan komunikasi setempat ataupun komunikasi jarak jauh. Dalam keadaan ini, peramalan terhadap propagasi merupakan suatu maklumat penting bagi pengangkutan komersial marin, komunikasi pesawat uadara, stesen radio amatur dan stesen radio broadcast. Di mana pengguna-pengguna tersebut menggunakan jaluran spektrum HF (High Frequency) yang dipengaruhi oleh variasi solar dan lapisan ionosfera. Perubahan yang berlaku pada keluaran solar memberi kesan kepada penggunaan sepenuhnya sesebuah frekuensi dan membataskannya dalam komunikasi radio.
3. Iklim Permukaan Bumi
Kenaikan suhu global baru-baru ini banyak dikesani oleh perubahan solar matahari yang tidak menentu. Secara pengamatan dan pemerhatian, kita dapat lihat kolerasi kitaran kepanjangan tempoh solar matahari terhadap perubahan suhu atmosfera bumi. Dokumentasi awal yang cukup terkenal yang mengkaji perubahan aktiviti solar terhadap suhu ialah Maunder Minimum (juga dikenali sebagai prolonged sunspot minimum) bagi situasi sejuk negara-negara Eropah. Kajian dari Maunder Minimum mencadangkan bahawa bagi setiap 90 tahun yang baru akan menghasilkan pengurangan suhu purata global sekitar 0.3° C yang cukup bagi mengimbangi kenaikan suhu yang membawa kepada pemanasan global.
Rujukan:
- http://www.newscientist.com/article/mg20527494.700-a-quiet-sun-wont-save-us-from-global-warming.html
- http://www.solarstorms.org/SClimate.html
- http://www.medical-hypotheses.com/article/S0306-9877%2807%2900443-4/abstract
- http://consensus.nih.gov/1989/1989SunUVSkin074html.htm
9 Jun 2011
Ledakan Solar Massive

NASA/Solar Dynamics Observatory
Pada 7 Jun 2011 yang lalu, suatu letupan besar telah berlaku pada permukaan matahari. Ianya memberitahu kepada kita bahawa suatu perpindahan tempoh kitaran aktiviti solar yang semakin meningkat. Menurut Dr. C. Alex Young dari Goddard Spaceflight Center; beliau belum pernah lagi melihat suatu bahan yang dilepaskan dengan suatu amaun yang besar dan jatuh kembali dengan keadaan yang mengkagumkan, ianya seperti seseorang yang menendang segumpulan kotoran raksasa ke udara dan jatuh kembali.
Gambarajah memberitahu kita bahawa suatu berbilion tan bahan telah disadurkan jauh dari matahari sebelum runtuh megah ke permukaan. Ianya merupakan letusan yang paling kuat pada tahun ini iaitu berkedudukan M2.5 bersaiz medium-sized flare, dalam perihal tenaga. Menurut NASA Solar Dynamics Observatory ianya memang cukup spectacular.
Sumber : http://www.universetoday.com
Langgan:
Catatan (Atom)