My Slide Pages

21 Nov 2014

Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj








Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu bermula tahun 1955 dan Perdana Menteri pertama selepas negara kita mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Tiada siapa dari Malaysia yang tidak mengenali beliau dalam sumbangannya memperolehi kemerdekaan tanah melayu.

Barangkali ramai tidak tahu bahawa, Tunku Abdul Rahman pernah memancar menggunakan ham radio pada sekitar awal tahun 1958 di rumah 9M2DQ ketika beliau bercuti di Pulau Langkawi. Beliau berjaya berhubung dengan stesen dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, Muar dan Kota Baharu dan mengembirakan seramai 60 orang ham radio di seluruh negeri semenanjung malaya pada ketika itu termasuk singapura. 

Berita Harian, 4 January 1958, Page 5



Qsl kd milik J. C. Pershouse sewaktu menggunakan VS2DQ, lokasi di Pulau Langkawi, Kedah.


Qsl kad milik J. C. Pershouse sewaktu menggunakan 9M2DQ, lokasi di Kuala Ketil, Kedah.



Gambar 9M2DQ dan 9V1QG sewaktu di SEANET pertama pada tahun 1971 di Pulau Pinang di mana beliau (9M2DQ) sebagai host bagi SEANET. http://seanet.cc/seanet_1971.htm


Berdasarkan Berita Harian - 4 January 1958, Major J. C. Clinch melaporkan bahawa Tunku Abdul Rahman memberitahu dalam ucapannya, kalau tidak disebabkan ketiadaan masa sudah pasti beliau akan menjadi seorang operator radio amatur.



Berdasarkan The Journal of The Royal Signals Amateur Radio Society Issue-6 January 1964, Major J. C. Clinch yang kemudiaannya Lt. Col. J. C. Clinch merupakan seorang operator radio amatur dengan callsign 9M2ER (VS2ER/DL2ER) yang juga ahli RSARS di mana bersamanya tercatat 2 lagi ahli dari Malaysia iaitu 9M2EZ (G3MLM) iaitu S/Sgt. D. Parker dan 9M2GF milik WOII Craze.


Berdasarkan buku The Vital Link: The Story of Royal Signals 1945-1985 tulisan Phillip Warner terbitan The Royal Corps of Signals 1989, semasa waktu pengistiharan kemerdekaan tanah melayu 1957, J. C. Clinch merupakan individu yang bertanggungjawab menyediakan komunikasi sewaktu hari bersejarah berkenaan. Pada kejadian beliau berjaya menyediakan sejumlah 20 set Pye VHF Mobile dari Telecom dan dipasang pada ke semua kenderaan yang terlibat yang boleh mencapai liputan bagi kawasan Kuala Lumpur.



Gambar Pye Reporter VHF AM mobile transceiver dari web http://www.vk6uu.id.au/fminvk6.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.