My Slide Pages

18 Okt 2018

9M02DW - Muar Ham Radio Field Day 1981

Program : Ham Radio Field Day
 Tarikh : 30 Ogos 1981
Lokasi : Tanjung Emas, Muar
Operator : 9M2DW dan SWLs
Sumber : 9M2FX

Sudah 37 tahun ianya berlalu, field day yang dijalankan adalah program separuh hari bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Program field day pada waktu itu merupakan program tahunan yang dijalankan diseluruh negara. Lihat artikel jurukaka dibog beliau (klik sini) Pada tarikh berkenaan yang bertempat di Muar, semua peminat dan pengamal radio amatur akan berkumpul membawa peralatan masing-masing dan membuat pengujian. SWL Den membawa sebuah receiver begitu juga dengan beberapa rakan manakala 9M2DW membawa pelbagai peralatan yang lengkap bermula dari generator hingga ke antena. 9M2DW sempat membuat demonstrasi cara penggunaan generator yang baru dibeli oleh beliau. Sebelum menamatkan program, semua yang hadir sempat bergambar dan ke restoran terdekat untuk makan tengah hari. Sumber dari 9M2DA dan 9M2FX. 73.

SWL Den (9M2DA), 9M2DW, SWL Su Min (9M2SM), SWL Subramaniam dari Telekom Kluang, SWL Unknown.





  



Late Dato Tan menggunakan ptt mic dengan sarung stokin. Saya juga menggunakannya dimana saya perolehi ilmu ini dari 9M2DA. Rupanya dari Dato Tan ianya diturunkan. Banyak orang tak tau kelebihannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.