My Slide Pages

27 Okt 2018

Dr George Frederic Bloomfield, VS2CQ

Dr George Frederic Bloomfield, VS2CQ


Kad QSL VS2CQ

Pada bulan ini saya bertuah memiliki sekeping kad QSL lama milik VS2CQ. Berdasarkan rekod yang saya perolehi, beliau yang bernama George Frederic Bloomfield aktif dalam radio amatur di Tanah Melayu pada tahun 1948 hingga 1951 bertempat di alamat 255 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebelumnya itu beliau juga pemegang callsign British iaitu G2NR. Beliau merupakan pemegang PhD pertama di Tanah Melayu yang mempunyai callsign radio amatur. Disebalik minat beliau dalam radio amatur beliau merupakan seorang ahli kimia yang banyak menyumbang kepada pembangunan hasil getah. Beliau yang memperoleh PhD di Imperial College London merupakan tokoh penting dalam pembangunan penyelidikan getah terutama dalam bidang FRS Chemical Modification. 

Karier beliau bermula pada tahun 1935 hingga 1938 di Syarikat Xylonite sebagai ahli kimia. Kemudian, pada tahun 1948 beliau mengunjungi Tanah Melayu dan berkhidmat bagi Malayan Rubber Research and Development Board. Kehadiran beliau ke Tanah Melayu cukup penting dalam melihat perkembangan Malaya yang ketika itu sebelum WWII merupakan pengeluar terbesar getah di dunia. Penyelidikan pada ketika itu meliputi bidang natural rubber hydrocarbon, biosynthesis, clonal dan ciri kimia bagi getah asli. Sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang penyelidikan getah, beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada 60 kertas kajian samaada sebagai penulis atau penulis bersama. 

Pada tahun 1964, beliau menerima anugerah Colwyn Medal atas sumbangan beliau pada industri getah. Sejak itu, beliau mula melibatkan lebih aktif secara world-wide dalam pembangunan sumber getah asli dalam persaingannya kepada getah jenis sintetik. Selain menyumbang di Tanah Melayu dan kemudiaannya pada Persekutuan Tanah Melayu, beliau juga menyumbang kepakaran di USA, Perancis, Jerman, Itali, Australia dan New Zealand. Beliau bersara pada tahun 1970 dan pernah dianugerahkan Johan Setia Mahkota (Kehormat) J.S.M. daripada D.Y.M.M. Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 1971 atas jasa beliau dalam pembangunan sektor getah negara. Beliau merupakan menerima pingat J.S.M. yang ke-10 sejak pingat itu diperkenalkan. Beliau silent key pada tahun 1997 pada usia 87 tahun dan sumbangan beliau yang cukup signifikan akan terus diingati dalam bidang pembangunan perkhidmatan dan nasihat teknikal berkaitan penggunaan getah asli di dunia.

The Shortwave Magazine, Vol. VI No. 10 December 1948

The Shortwave Magazine, Vol VII No. 9 November 1949


The Shortwave Magazine, Vol. VIII No. 12 February 1951.
Radio Receiver BC348 yang digunakan oleh VS2CQ

Sumber
  • The Institute of Materials, Minerals and Mining Website. Awards In Polymers and Elastomers. https://www.iom3.org/.
  • Senarai Penerima Kurniaan Johan Setia Mahkota, http://www.data.gov.my.
  • Dr Peter Alien, Rubber Developments Vol. 50 no 1/2 1997.
  • Majalah-majalah radio amatur antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.