My Slide Pages

6 Nov 2018

"You Can Never Tell" by VS2CP


You Can Never Tell, By Philip Zeid 2018, Xlibris Corporation, 22 Feb 2018

Philip Zied atau juga dipanggil Pak Phil menjelang pada bulan hadapan berusia 96 tahun. Berdasarkan pencarian dan penyelidikan saya, beliau merupakan bekas pemegang callsign Malaya paling lama yang masih hidup dan sihat. Callsign beliau di Tanah Melayu pada ketika itu ialah VS2CP. Beliau memperolehi callsign berkenaan pada tahun 1948. Prefix C Series muncul selepas WWII dalam senarai VS2. Walaupun sudah berusia, beliau masih lagi aktif radio amatur terutama di frekuensi 2m band. Berdasarkan perbualan saya dengan beliau, beliau pada setiap pagi jam 8.00 akan sked QSO dengan beberapa rakan beliau di Nedlands Australia.

Sejarah hidup beliau cukup mengkagumkan dan cukup saya hormati. Kisah beliau boleh dibaca melalui buku-buku beliau yang telah saya berjaya miliki. Antaranya ialah ketika berlakunya WWII pada tahun 1939, Pak Phil baru sahaja tamat persekolahan dan telah mendapat tempat bagi menyambung pengajian di Bristol University akan tetapi beliau memilih untuk berkhidmat untuk negaranya sebagai anggota RAF (Royal Air Force). Setelah mendapat latihan di London, beliau menjalani latihan penerbangannya yang pertama di Oklahama, USA yang pada ketika itu belum berlaku peperangan lagi. Beliau terlibat dengan beberapa kempen perang sewaktu WWII termasuk di Burma.


Phil Zeid bersama pakaian seragam beliau.

Selepas WWII, beliau datang ke Tanah Melayu pada 15 Julai 1948 yang pada ketika itu dalam berada pada penentangan Komunis. Beliau yang mahir dalam Bahasa Melayu, Indonesia dan Tamil mempelajarinya sewaktu bertugas di beberapa ladang di Tanah Melayu juga di Indonesia termasuk di Dublin Estate, Linden Estate, Scarboro Estate. Keperluan berbahasa Tamil disebabkan pekerja ladang yang banyak berbangsa India pada ketika itu. 

The Shortwave Magazine, Vol. VII, No 1, Mac 1949

The Shortwave Magazine, Vol. VII, No 2, April 1949

The Shortwave Magazine, Vol. VIII, No 10, Dec 1950

The Short Wave Listener and Television Review, Volume 5 Number I, January 1951

The Shortwave Magazine, Vol. IX, No 9, November 1951

The Shortwave Magazine, Vol. X, No 9, November 1952. Majalah memaklumkan bahawa Pak Phil berjiran dengan VS2DQ sewaktu di Kedah tahun 1952 dimana Pak Phil baru sahaja berkahwin dengan Nina Zeid.

The Shortwave Magazine, Vol. XI, No 11, January 1954. Pak Phil juga aktif dalam Contest Radio dan mula menyertainya pada tahun 1954.

The Shortwave Magazine, Vol. XIV, No 4, June 1956

The Shortwave Magazine, Vol. XXI, No 3, May 1963. Pada tahun 1963 beliau kembali ke Malaya sebelum Malaysia terbentuk dan menggunakan callsign 9M2CP.


Minat beliau dalam radio amatur bermula dari zaman sekolah lagi. Semasa di sekolah, beliau bersama adiknya menggunakan komponen-komponen terbuang dah terpakai untuk membina sebuah radio penerima sehingga beliau berdua mampu memperbaiki radio rosak. Pada ketika itu, radio mudah dibina dan diperbaiki. Semasa menjadi pendengar radio, beliau terdengar suara dua operator radio amatur sedang berhubung dari luar negara. Pengalaman unik ini jarang sekali didengar berbanding siaran radio broadcast. Secara kebetulan salah seorang operator memaklumkan alamatnya dan lokasinya tidak jauh daripada rumah beliau. Pada suatu hari, beliau ke rumah operator berkenaan dan memaklumkan bahawa beliau berdua berminat tentang radio amatur. Sejak itu, operator berkenaan mengajar beliau berkaitan dengan radio dan kod morse serta akhirnya beliau berjaya memperolehi callsign iaitu 2HAG. Usia beliau pada ketika itu ialah 14 tahun. Sepanjang hidup beliau, beliau pernah menggunakan beberapa callsign termasuklah G2HAG, GM2HAG, VS1BK/ZC2, VS2CP, 9M2CP dan kini VK6PZ. 

Menurut Phil, beliau mendapat callsign sewaktu berada di Kedah iaitu Alor Star. Beliau masih mengingati beberapa ham yang rapat dengan beliau iaitu VS2BS, VS2DW, VS2FK dan VS2BC. Beliau juga menjadi ahli MARTS di Penang dan aktif. Beliau merupakan ham yang pertama di Malaya yang membuat dan menggunakan 3 Element Beam yang dihasilkan menggunakan wire dan tiga batang buluh. Beliau cukup aktif di DX band dan Lower Band sewaktu di Malaya. 





Sumber : http://hamgallery.com




Sedutan rakaman yang diedit hasil perbualan saya bersama Pak Phil dipenghujung bulan lepas. Rakaman tidak berjalan dengan baik disebabkan talian internet yang kurang memberansangkan. Insyallah akan ada penambahan cerita seterusnya.

Selain itu, Pak Phil pernah menjadi AJK MARTS pada pemilihan jawatankuasa 1954.



Kad QSL milik Phil yang berjaya saya perolehi. Saya juga berjaya berhubung dengan beliau di 14MHz dan berharap beliau membalas kad QSL yang telah dihantar pada beliau.


The Shortwave Magazine, Vol. XIV, No 8, Oct 1956


Pak Phil masuk surat khabar Sinar Harian 31 Okt ari tu. Beliau kini merupakan aktivis masyarakat disana. Cukup aktif tanpa mengenakan sebarang bayaran, beliau yang tidak lama lagi berusia 96 tahun ada mengadakan kelas bahasa Malaysia dan Indonesia disana. Beliau juga melukis sebagai mengisi masa lapang selain masih aktif dalam radio amatur.


You Never Know: A Memoir, Balboa Press, 10 Nov 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.