My Slide Pages

22 Jul 2015

Dr Lee, 9M2GA

Pada hari raya ke-5 aidilfitri tahun ini, saya telah berkesempatan menemui Dr Lee 9M2GA pertama kali di kediaman beliau Jalan Mariam, Muar iaitu secara kebetulan selepas menziarahi Pak Kamal 9M2FX di QTH beliau Jalan Abdul Rahman, Muar. Sepanjang saya menceburi hobi radio amatur ini kali pertama saya menemui beliau walaupun tinggal sama daerah.

Saya amat berbesar hati jumpa beliau memandangkan beliau orang lama dalam dunia amatur radio dan QTH beliau di Muar. Di Muar hanya tinggal tiga ham orang lama sahaja yang masih boleh ditemui (dua alphabet suffix) iaitu 9M2FX, 9M2GA dan 9M2DA. Selain itu, terdapat beberapa ham lama pernah menjadikan Muar sebagai ham base mereka iaitu 9M2JB (EX-VS3AB s.k), 9M2TR (s.k), 9M2GV (s.k), 9M2DW (s.k) dan 9M2WJ. Walaupun pertemuan ini singkat ianya cukup bermakna bagi saya. Menurut Dr Lee, beliau memperolehi lesen pada 1958 dan guru ham beliau ialah Dato Tan 9M2DW (s.k.). Beliau kini yang berusia 88 tahun mempunyai dua kereta lama yang mempunyai nombor flat 88. Beliau juga mempunyai pelbagai hobi-hobi lain selain radio amatur. Beliau yang masih sihat masih lagi berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan di klinik swasta di bandar Muar. Kini radio HF beliau sudah tidak lagi boleh berfungsi sepenuhnya walaupun antena HF mosley beliau masih kukuh di atas tower rumahnya. Ramai rakan-rakan ham rapat dengan beliau telahpun silent key katanya seperti 9M2FS dll. Beliau cukup ramah dan mengajak saya bersama Pak Kamal untuk ke rumah beliau bila kelapangan. Sekian.


9M2GA Smile




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.