My Slide Pages

28 Sep 2011

Be ready for another contest

Sekejap sahaja dah setahun. Kini Oceania DX Contest (Phone) datang lagi iaitu dari 1 hingga 2 oktober bermula pada jam 8.00 UTC hingga tamat 8.00 UTC pada hari berikutnya. Hati-hati 8.00 UTC bukan 8.00 pagi waktu kita tapi jam 4.00 petang waktu kita. Dalam contest ini kita hanya boleh berkerja dengan stesen dari Oceania sahaja (lihat sini). Harap band membuka dan boleh berkerja diband frekuensi terutama di 10m. Lihat info contest di http://www.oceaniadxcontest.com/. Semoga berjaya de 9m2esm.

Sijil yang diperolehi hasil contest yang lepas (click sini)

Penglibatan stesen dari Malaysia barat dan timur di mana kedua-duanya adalah berlain DXCC dan Malaysia Timur terletak dalam kawasan Oceania :)

Pictures taken from CW-2 Exam at SKMM, Cyberjaya

Terlebih dahulu tahniah kepada semua rakan-rakan radio amatur yang berjaya melepasi ujian rx dan tx dalam peperiksaan cw siri kedua di Cyberjaya .. semoga bersama memajukan radio amatur di Malaysia. Kepada yang tidak bernasib baik, jangan putus asa, cuba lagi.. saya sendiri ambil 2 kali ujian cw hihi :)

Gambar 9w2mso dan 9w2ejt sebelum exam bermula. Tahniah cikgu.

 Gambar 9m2rs dan 9m2zc yang memberi sokongan moral.

 Gambar 9m2mzt

 Gambar 9m2ais dan 9m2air :)

Hasil rx cw daripada Joe 9w2ajo .. tahniah 

 Gambar 9m2pju bersama 9w2knz dan 9w2ceh

 Gambar 9m2ar bersama rakan 9m2 yang lain :)

Sabah yang cemerlang .. kesemua calon dari sabah lulus termasuk rakan dx 10m iaitu 9w6vyn dan 9w6man yang diiringi 9m6tmt

Gambar 9m2get yang cuba membantu rakan-rakan bagi proses tx cw :) 

Ini lah hasil keputusan ujian cw kali ini

9 Sep 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Kemaafan dipinta bagi salah silap yang ada. Cheriooo 73 de 9M2ESM

10 Ogo 2011

Ribut solar akan melanda bumi


Sedar ataupun tidak, bumi sebenarnya sedang diserang ribut solar sejak kebelakangan ini. Reuters melaporkan terdapat tiga letusan besar telah berlaku daripada matahari dalam tempoh beberapa hari yang lepas dan kesannya ribut matahari (solar storm) dijangka akan menimpa bumi. Pihak kerajaan U.S.A ini memberi amaran kepada pengguna-pengguna bagi satelit, sistem telekomunikasi dan peralatan-peralatan elektrik diminta bersedia untuk sebarang kemungkinan terjadinya gangguan bagi beberapa hari kehadapan. National Geographic memaklumkan bahawa ‘ribut berkenaan kini berarak pada kedudukan sejauh 150 jutaan kilometer dan apabila ia menghampiri bumi, ianya mungkin akan menggangu sistem komunikasi, GPS dan talian penghantaran elektik’.

Joseph Kunches is the Chief of the Forecast and Analysis Branch at NOAA's Space Environment Center

Joseph Kunches, seorang ‘space weather’ saintis dari U.S NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration) menyebut bahawa ‘ribut magnetik (magentic storm) yang akan terbentuk berkemungkinan dalam keadaan paras sederhana ke paras tinggi’. Menurut Reuters, gangguan utama yang terhasil dari aktiviti solar jarang berlaku walaupun berdasarkan sejarah ianya pernah memberi impak yang besar pada masa yang lalu. Reuters menambah bahawa menurut laporan daripada National Research Council (NRC) pada tahun 2008, ribut yang sama pernah mengakibatkan kemusnahan secara global sebanyak USD 2 trilion. Kunches menyebut, kos kerosakan yang akan berlaku mungkin kurang dari anggaran yang lepas.


International Business Times melaporkan aktiviti solar yang semakin meningkat telah menjadi perhatian utama. NOAA meramal terdapat empat pemancaran (emission) solar yang kuat di mana boleh mengancam bumi. Pada masa yang sama, NASA memberi amaran yang kitaran tenaga magnetik yang tinggi pada matahari dan jumlah titik-hitam matahari (sun spot) sekitar tahun 2013 boleh memberi impak paras radiasi yang terlalu tinggi.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1989, ribut solar telah menghentikan operasi talian penghantaran elektrik di Quebec Kanada yang mengakibatkan 6 juta penduduk terputus bekalan elektrik selama beberapa jam. Pada tahun 1859 pula, ribut solar telah menghentikan semua aktiviti telegraf diseluruh dunia dan mengakibatkan fenomena aurora besar terbentuk dan boleh dilihat sejauh hingga ke kepulauan Caribbean. Sebahagian operator telegraf (morse code) telah mengalami kesan kejutan elektrik dan sistem telegraf dapat beroperasi semula selepas penyambungan bateri dipasang kembali. Tanpa kita sedari, keadaan solar kini berada pada keadaan yang dipanggil solar maksimum – titik tertinggi pada keadaan ini hanya berlaku dalam tempoh 11 tahun menurut National Geographic. Para saintis menjangkakan ribut solar akan menjadi maksimum menjelang 2013. Rich Lordan daripada Electric Power Research Institute (EPRI) pula mengatakan bahawa, berdasarkan data dan senario semasa, sistem penghantaran elektrik mungkin tidak dikesani daripada ribut solar ini.

References: