My Slide Pages

30 Nov 2011

Unless you have been living under a rock!

Ya, itulah kata2 dalam surat yang dihantar dari ARRL bagi jemputan menyertai ARRL 10m Contest yang akan menjelang minggu hadapan pada 10 Disember 2011. Lihat http://www.arrl.org/10-meter. Sejak bulan oktober lagi, 10m band seakan hampir setiap hari membuka ke USA. Ramai yang tak menyedari bahawa ianya amat amat amat jarang sekali berlaku. Tinggal 10 hari lagi persiapan dan ini mungkin peluang rakan2 yang baru berjinak di 10m untuk cuba qso bersama rakan dari USA.

Contest award yang terkini diperolehi hasil qso hanya satu stesen dari USA di 10m pada tahun lepas.

Surat yang dihantar dari pengurus contest.

Contest award yang diperolehi bagi WWDX SSB Contest 2010 dimana markah yang diperolehi merupakan rekod baru bagi DXCC West Malaysia.

Koleksi award yang diperolehi sewaktu menggunakan callsign 9w2. Target sebelum tahun depan, antara award pilihan ialah WAJA, DXCC dan Totem Award.

Gambar bersama 9m2yot, 9m2aur dan 9m2fx yang datang secara mengejut sewaktu memasang CS3. Semoga pertolongan anda semua mendapat ganjaran yang setimpal disana. Sekadar enjoy the hobby. Don't too serious. De 9M2ESM

14 Nov 2011

Successfully overcome the previous tournament record.

Plaque idaman.
Gambar hiasan - milik WQ6X (Sumber http://wq6x.info/jidx/)

Syukur, beberapa rekod kejohanan atau All Time Record bagi JIDX Contest untuk Phone 28MHz berjaya diatasi pada kejohanan tahun ini (2011). Sebanyak 305 stesen daripada Jepun berjaya dihubungi sepanjang 36 jam dengan 44 kawasan Prefecture dengan pungutan markah tidak rasmi ialah 26840. Suatu keputusan peribadi yang cukup mengembirakan. Kesimpulan kecil boleh dikatakan band membuka ke Jepun seawal 7.00 pagi waktu Malaysia hingga jam 9.00 malam.

Rekod kejohanan yang lepas-lepas

Regions & Prefectures of Japan

Dengan adanya contest ini, memudahkan kita untuk apply beberapa radio award dari Jepun seperti WAJA dan AJD. Untuk memohon WAJA perlu bekerja dengan 47 Prefecture dan AJD bekerja dengan 9 Call Area dari Jepun. Semoga hasrat tercapai. De 9M2ESM

5 Nov 2011

Picture of my current antenna systems

Salam, ada beberapa rakan radio pernah bertanyakan sistem antena yang aku gunakan pada bulan yang lepas. Oleh yang demkian, artikel ringkas kali ini berkaitan dengan sistem antena yang aku gunakan. Gambar diambil pada Julai yang lalu. Masa kemas2 fail dalam komputer terjumpa. De 9m2esm

1 Nov 2011

My 6m report for October 2011

Bulan 10 atau oktober merupakan antara bulan terbaik bagi aktiviti di 10m dan bulan yang baik untuk mula berjinak di 6m. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat guna menjelajah antara penghujung VHF yang menghampiri band HF ini.

Sebanyak 25 qso's berjaya dilakukan dalam bulan oktober dan sebanyak 8 DXCC berjaya diperolehi pada bulan ini iaitu dari West Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong, Japan, Phillippines, Australia dan Cocos-Keeling Is.

Gambar : Antena yagi 10 elemen (6m) milik JE6AZU, beliau merupakan penghuni tetap 6m di Asia ni dan beliau merupakan stesen pertama aku di 6m :) - Sumber qrz.com

Hampir kebanyakkan stesen yang berjaya dihubungi adalah stesen yang sama. Apa yang menarik yang boleh dikongsi ialah apabila cq dijawab oleh Pak Teo iaitu 9W2OTD yang juga berada dalam daerah yang sama iaitu Muar, patutlah lama tak dengar beliau di 10m.

Berikut adalah senarai stesen di 6m yang berjaya dihubungi:
9W2OTD, BA4SI, BA7IO, BA7LO, BD4CZX, BD7LAP, BG5LU, BI7LNQ, BM3GFU, BM3GJQ, BM4AIK, BU2AV, DU1GM, JA3MHA, JE6AZU, JS6RGQ, VK6KP, VK8AW, VK9CX, VR2XMT.

Jika tidak digunakan dengan sebaiknya mungkin suatu hari nanti diambil atau diguna-pakai untuk aplikasi yang lain. Apapun yang terbaik datang dari sana. De 9m2esm