My Slide Pages

21 Apr 2012

9M2ESM Personal Achievement Award

Tahun 2012 merupakan di antara tahun dimana 10m band merupakan band pilihan DX bagi seluruh stesen radio amutur di dunia. Atas kesempatan itu, saya ingin mewujudkan satu award khas bagi semua pemegang lesen 9W's di Malaysia yang sanggup terima cabaran untuk bekerja dengan 6 buah stesen di setiap setiap benua termasuk stesen wajib dari asia iaitu 9M2ESM :). Ke semua stesen perlulah dihubungi di jalur 10m SSB dengan kuasa pemancaran 50W. Ke semua stesen yang telah dihubungi perlulah dibuktikan dengan dalam bentuk sama ada video, audio, kad qsl, eqsl kad, poskad atau email.

Hantarkan permohoman anda dalam bentuk log dan maklumat peribadi ke email syam1981@yahoo.com. Award ini sah pada tahun 2012 bermula dari tarikh hari ini iaitu 21 April 2012 sehingga 31 Disember 2012. Hadiah award ialah sijil khas disamping antena G5RV Jr buatan USA serta hadiah misteri. Matlamat dan tujuan adalah untuk memeriahkan lagi band 10m dengan kehadiran stesen dari 9W (Malaysia) sambil beramal :) Selamat Ber-DX. De 9M2ESM

9 Apr 2012

Finally i got VK0TH

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya berhubung dengan stesen dari kawasan antartika iaitu VK0TH terutama di band 10m. VK0 merupakan DXCC bagi bagi pulau Macquarie Island yang terletak berdekatan dengan Australia. Sebenarnya sudah lama menunggu propagasi membuka ke kawasan berkenaan sejak menggunakan 9W2 lagi.

Eqsl yang diperolehi daripada stesen VK0TH iaitu Mr Trevor hasil komunikasi di 10m pada 7 April 2012 (Sabtu) jam 10.47 pagi waktu Malaysia dengan report 56 yang diberikan kepada saya.

Video yang dirakam selepas berjaya menghubungi stesen VK0TH

Menurut laman web rasmi kerajaan Australia dan wikipedia, Pulau Macquarie merupakan sebuah pulau yang dimiliki oleh kerajaan Australia juga merupakan kawasan World Heritage Site dibawah UNESCO yang mempunyai populasi 20-40 orang. Ianya mula dijumpai secara tidak sengaja oleh Frederick Hasselborough pada 1810 lalu diletakkan dibawah jajahan Britain dan berada dibawah pentadbiran Tasmania pada 1890 yang melaksanakan industri minyak berasaskan penguin. Cuaca di pulau ini pernah mencatatkan suhu serandah -9.4 celcius dan setinggi 13.4 celcius purata sepanjang tahun.

Gambar VK0TH dari qrz.com

Antara cerita yang unik berkaitan dengan Pulau Macquarie

Peta menunjukkan lokasi Pulau Macquarie yang boleh dirujuk disini. Dengan berjayanya menghubungi stesen ini, maka hasrat untuk memohon beberapa award termasuk Worked All VK Call Areas. De 9M2ESM

29 Mac 2012

Get the Rare DXCC in 'Radio Contest'

Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya radio contest bagi CQ WPX SSB 2012. WPX adalah merujuk kepada world prefix, terdapat banyak prefix yang aneh-aneh yang akan muncul dalam contest ini dan tidak kurangnya DXCC yang agak jarang ke udara. Situasi seperti ini amat cukup dinantikan oleh sesetengah penggemar pencari DXCC untuk berhubung disamping melibatkan diri dalam radio contest. Dalam contest yang baru-baru ini saya telah berjaya berhubung dengan 100++ stesen bagi band 10m, 20m dan 15m yang berlangsung selama 2 hari. Aktiviti kali ini dijalankan secara santai kerana ada tugasan lain pada sesetangah keadaan.

Gambar shack yang kurang kemas semasa aktiviti radio contest baru-baru ini hihi

Di antara DXCC yang berjaya dihubungi ialah: China, East Malaysia, USA, Jepun, Taiwan, Australia, Indonesia, Cameroon, Belanda, Brazil, Namibia, Cape Verde, Serbia, Austria, Jerman, Itali, England, Russia, Perancis, Slovakia, Ukrain, Afrika Selatan, Hungary, Switzerland, Sepanyol, Bulgaria, Poland, Belgium, Croatia, Bosnia, Republik Czech, Slovenia, Filipina, Thailand, Canary Is, UAE, Madeira Is, Senegal dan Wales.

Manakala DXCC baru yang berjaya dihubungi ialah Barbados 8P5A, Martinque TO5K, Aruba P41P, Curacao PJ4Z, Virgin Is WP2Z dan Italy African IH9YMC. Kesemua DXCC baru ini diperolehi pada tengah malam di 10m. Cukup mengejutkan apabila dapat berhubung dengan DXCC sukar ini terutama yang terletak di kepulauan Carabean. Tahniah buat rakan dari Malaysia yang menyertai radio contest ini. Lagi ramai yang mengikutinya akan datang lagi meriah.

Video yang diambil setelah berjaya menghubungi PJ4Z stesen dari Curacao. Bila main aktiviti DX ini, kita akan dengar banyak negara atau nama entiti jajahan yang pelik dan membuka mata kita diluar dari kebiasaan.
de 9M2ESM

28 Mac 2012

Receiving QSL Cards from MARTS Bureau (Buro)

Pada hari ini iaitu 28 Mac 2012, aku telah menerima sekotak kad qsl yang terkumpul di Marts Buro yang dikumpul oleh Mr Thiam 9M2CJ dan diberikan kepada 9W2TPT yang telah saya rancang untuk berjumpa dan mengambilnya di SKMM Cyberjaya selepas Ujian CW berlangsung. Terima kasih Thiam & terima kasih Pak Hamid. Memang banyak! Jenuh nak membalasnya. Menjadi tanggungjawab seorang pengiat radio amatur untuk membalasnya. Mereka semua mengharapkan balasan kad qsl daripada saya, ada yang mengatakan saya stesen Malaysia pertama beliau di radio.

Buro merupakan salah satu kaedah dalam mengirim mahupun membalas kad qsl dengan cara yang murah. Untuk itu, menjadi suatu kefahaman umum bahawa seharusnya orang seperti saya ini berdaftar dengan Marts bagi menyokong perkhidmatan buro yang dikelolakan oleh Marts. Dalam dunia radio amatur, hampir keseluruhan negara mempunyai perkhidmatan Buro yang hanya dikendalikan oleh suatu badan persatuan radio di negara berkenaan yang sudah diketahui umum diseluruh dunia radio amatur dan di Malaysia ianya adalah Marts. Jadi bagaimana stesen diluar sana mengetahui saya juga menggunakan Buro ? lihat http://www.qrz.com/db/9m2esm ianya boleh dimaklumkan dengan merujuk laman sawang di atas. Ada juga yang memaklumkan terus semasa ber'qso' dan mungkin juga ada cara lain yang saya tidak ketahui.

Apepun sekalung tahniah kepada 12 calon yang lulus dalam ujian penerimaan dan berjaya dalam menghantar kod berkenaan pada peperiksaaan kali ini termasuk rakan radio amatur di 10m band yang dulu kerap saya jumpa di frekuansi iaitu Clare 9W6CMS dan Alpha 9W8ALF, tahniah juga untuk Hamid 9W2TPT yang juga pernah saya hubungi di 10m. Selain itu tahniah juga kepada 9W2CWL dari Melaka yang berjaya, rasanya beliau ialah anak didik our late 9M2WT yang pertama lulus CW.

Dilaporkan ramai rakan 9M2 yang hadir memberi sokongan. Gambar di atas ialah 9M2XRO Pak Samsudin yang juga merupakan guru CW yang mengajar di Wave Communication yang melahirkan ramai 9M2. Terbaru 5 dari 8 pelajar beliau telah lulus.

Gambar Pak Rashad 9M2VOT yang juga guru CW bersama rakan amatur yang mengambil peperiksaan CW. Beliau hadir membawa calon dari Terengganu dan lulus, tahniah. Kaedah belajar CW beliau bagi saya cukup berkesan.

Gambar Aimil 9M2AUR (antara guru CW) bersama Pak Nordin 9M2NM. Kali pertama jumpa Pak Nordin ni. Antara rakan 9M yang sempat saya jumpa ialah 9M2AIR, 9M2AIS, 9M2BAL, 9M2AVB, 9M2VOT, 9M2NDO, 9M2AU, 9M2NZ, 9M6CED, 9M8WAT, 9M2RJ, 9M2NDO, 9M2AGC, 9M2XRO, 9M2PJU, 9M2RT, 9M2MRL dan 9M2USB.

Helaian muka surat kedua keputusan

Helaian muka surat pertama keputusan

Kad qsl yang telah diterima telah berjaya disusun. Dalam 40 DXCC yang diterima. Kad dari negara Jerman adalah antara yang terbanyak, diikuti dari Jepun dan seterusnya Itali. Saya dapat perhatikan majoriti ham dari Jerman memang mengamalkan penghantaran kad menggunakan Buro kerana ianya jauh lebih murah.

Selain daripada kad-kad di atas, terselit juga sedikit kad qsl kepunyaan rakan-rakan lain :)

Dalam banyak-banyak kad, terdapat swl kad dari negara Latvia, beliau merupakan SWL sejak tahun 1958. Hebat! SWL ialah Short Wave Listener yang merupakan hobi mendengar stesen-stesen shortwave di HF band. Istilah SWL jangan sekali-kali digunakan bagi merujuk orang yang selain pememang lesen radio amatur. Lain tu maksudnya :)

Ini pula kad swl dari negara Poland.

Ini diantara kad qsl yang diterima dengan kata-kata yang cukup memberi kepuasan dalam hobi ini.
De 9M2ESM