23 Apr 2019
11 Apr 2019
DRK3212 Radio Amatur Sesi Dis 2018 @ PMM
DRK3212 Radio Amatur merupakan salah satu subjek pilihan yang ditawarkan kepada pelajar semester 3. Subjek ini dijalankan selama 15 minggu perkuliahan yang melibatkan sesi pentaksiran dan penilaian. Bagi subjek ini, fokus utama PdP ialah kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran khusus secara holistik bagi mengukuhkan pembentukkan kemahiran insaniah pelajar yang positif. Oleh yang demikian, suatu aktiviti dan pentaksiran telah dijalankan yang bermatlamat untuk:
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah:
- Ceramah berkaitan radio amatur
- Ceramah berkaitan dengan RAE
- Kod Fonetik
- Kod Morse
- Penulisan kertas kertas aktiviti
- Ceramah berkaitan dengan pengurusan dan pengelolaan aktiviti.
- Wifi Fox Games
- Program kesedaran E-Waste
- Penggunaan Handheld (Walkie-talkie)
- Program CSR / Team Building
- Pembinaan antena ringkas
- Fox Oring
- Latihan dan prosedur komunikasi radio amatur
- Penggunaan dan komunikasi radio HF
Pada semester ini, perancangan yang teliti telah dibuat dimana terdapat kesinambungan aktiviti dilakukan bagi Fox Oring di mana pelajar perlu memahami aktiviti-aktiviti yang sebelumnya seperti pengetahuan radio amatur, kod morse, Wifi fox games, pembuatan antena dan penggunaan handheld. Manakala untuk aktiviti komunikasi radio HF, pelajar perlu memahami dan menguasai aktiviti dalam asas radio amatur, kod fonetik dan latihan komunikasi. Aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan juga adalah dikelolakan sendiri oleh para pelajar dengan bantuan saya sebagai tenaga pengajar.
- Mempamerkan kopentensi kemahiran yang berkaitan dengan radio amatur.
- Mengorganisasikan aktiviti berasaskan kemahiran yang telah dipelajari.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah:
- Ceramah berkaitan radio amatur
- Ceramah berkaitan dengan RAE
- Kod Fonetik
- Kod Morse
- Penulisan kertas kertas aktiviti
- Ceramah berkaitan dengan pengurusan dan pengelolaan aktiviti.
- Wifi Fox Games
- Program kesedaran E-Waste
- Penggunaan Handheld (Walkie-talkie)
- Program CSR / Team Building
- Pembinaan antena ringkas
- Fox Oring
- Latihan dan prosedur komunikasi radio amatur
- Penggunaan dan komunikasi radio HF
Pada semester ini, perancangan yang teliti telah dibuat dimana terdapat kesinambungan aktiviti dilakukan bagi Fox Oring di mana pelajar perlu memahami aktiviti-aktiviti yang sebelumnya seperti pengetahuan radio amatur, kod morse, Wifi fox games, pembuatan antena dan penggunaan handheld. Manakala untuk aktiviti komunikasi radio HF, pelajar perlu memahami dan menguasai aktiviti dalam asas radio amatur, kod fonetik dan latihan komunikasi. Aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan juga adalah dikelolakan sendiri oleh para pelajar dengan bantuan saya sebagai tenaga pengajar.
31 Dis 2018
7 Dis 2018
10 Years Memories Radio Hams @ PMM
31 Ogos 2008 - Menyertai Fox Hunting di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka anjuran MARC dari Melaka bersama rakan-rakan dari PMM. Ini merupakan program Fox Hunt pertama yang saya sertai. Pada program ini, pertama kali saya bertemu dengan 9M2WT dan 9M2RS.
Dec 2008 - Melawat bilik radio amatur PUO.
3 Feb 2009 - Gambar 9W2USM yang membantu bagi persiapan peralatan bagi bilik Radio Amatur JKE, PMM.
3 Feb 2009 - Aktiviti gotong royong di bilik Radio Amatur JKE, PMM
23 Feb 2009 - Sesi mesyuarat penubuhan Kelab Radio Amatur JKE di PMM. Sedang memberi ucapan ialah 9W2MKZ.
5 April 2009 - Pelajar PMM menyertai Fox Hunt anjuran Wilayah V17 Kuala Lumpur bertempat di Tasek Titiwangsa. Turut bersama saya ketika itu 9M2DA dan XYL beliau.
5 April 2009 - Gambar pertandingan bermula.
May 2009 - Membantu para pelajar memasang antena radio amatur di rumah sewa.
9 Ogos 2009 - Gambar pelajar PMM iaitu Aini, Farahin dan Alif di McD Ayer Keroh berehat selepas menyertai Fox Hunt anjuran MARC di Taman Botanikal Melaka. Di mana mereka ya sekarang. Saya harap mereka semua berjaya.
9 Ogos 2009 - Gambar kenangan semasa di Fox Hunt MARC 2009 bersama 9M2ARR, 9M2AUR, 9M2WT dan turut dalam gambar ialah pelajar dari UTM.
9 Ogos 2009 - Gambar pelajar bersama 9W2ZGZ berbincang bagi membuat sebuah transmitter. Akhirnya terhasillah DSB 80m trasmitter. Rindu pada 9W2ZGZ.
Aug 2009 - Saya dan alif bersama beberapa rakan ham dari Muar menyertai program JOTA di UTM Skudai. Dalam gambar menunjukkan 9W2ZOB menunjukkan cara permainan Fox Hunt kepada pelajar.
21 Jan 2010 - Kelab Radio Amatur JKE, PMM mengadakan latihan Fox Hunt yang turut disertai pelajar PMM dan rakan ham dari Melaka.
30 Jan 2010 - Saya bersama pelajar JKE, PMM yang menyertai UTM ARDF Open 2010.
30 Jan 2010 - Gambar ramai-ramai semasa program UTM ARDF Open 2010.
29 Mac 2010 - Saya, 9M2DA dan 9W2EJT mengadakan kursus membina beacon Fox Hunt dan Handy Finder. Kursus disertai pelajar dari PMM dan rakan-rakan dari ADTEC Taping antaranya 9W2AWA.
29 Mac 2010 - PCB untuk handy finder.
26 Sept 2010 - Saya menyertai Fox Hunt anjuran MARC bertempat di Bandaraya Bersejarah Melaka. Turut bersama join 9M2DA dan Alif (pelajar PMM) . Dalam gambar 9M2LS, 9M2WT (sedang berucap) dan 9M2LC. Ini merupakan program terakhir Fox Hunt dari 9M2WT. Sumber : 9W2YCL.
26 Sept 2010 - Membuat pembayaran pendaftaran Fox Hunt.
Sesi Jun 2018 - Bengkel Antenna dan Fox Hunt
Aug 2017 - Saya dan Arvind (pelajar PMM) menyertai Program ILLW 9M4CSJ di Rumah Api Bukit Segenting Batu Pahat.
Dis 2017 - RAE Siri 2/2017 di PMM. Calon #001 kini 9W2DUO.

17 Feb 2018 - FCC di PMM
Sesi Jun 2018 - Fox Hunt & Radio Communication dengan bantuan MARS dan BBSM Muar
Sesi Jun 2018 - Jamuan perpisahan bersama pelajar-pelajar yang lulus RAE Siri 2/2017

Sesi Jun 2018 - Sesi pertemuan bersama AJK Kelab Radio Amatur Sesi Jun 2018
Langgan:
Catatan (Atom)