Alhamdulillah, mimpi jadi kenyataan... dulu ingatkan macam mustahil tapi tak rupanya. Memang cun award ni hehe. Caranya hanya perlu bekerja dengan 10 stesen 9M2, 1 stesen 9M8 dan 1 stesen 9M6. Kemudian hantar log anda siap dengan tajuk ' Permohonanan WAMA Award' kemudian log anda perlu disahkan oleh 2 orang ahli MARTS (kalau dapat yang 9M lagi baik hehe). Jangan lupa letakkan maklumat peribadi anda terutama nama, alamat dan callsign dan hantar permohonan ke MARTS atau terus ke Pak Eshee 9M2FK (direct) selaku MARTS Award Manager. Dengar-dengar kos award bagi ahli MARTS adalah percuma. Apepun tu kena tanya sendiri pihak sana hehe. Untuk dapatkan maklumat Pak Eshee boleh la tanya otai-otai 9M2 yang lama atau lihat QRZ.com. Terima kasih buat Rizal 9M2RDX sebab bantu saya tentang cara-cara apply WAMA award. 73 Assalamualikum dan ciao2.
13 Dis 2010
Langgan:
Catatan (Atom)