My Slide Pages

23 Apr 2019

Sekitar Mesyuarat Agong Khas MARS 2019

MESYUARAT AGUNG KHAS PERSATUAN RADIO AMATUR MUAR, JOHOR BAGI TAHUN 2019

Tarikh : 23 MAC 2019 
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang 
Lokasi : Muarar Hotel, Jalan Abdullah, Muar 














11 Apr 2019

DRK3212 Radio Amatur Sesi Dis 2018 @ PMM

DRK3212 Radio Amatur merupakan salah satu subjek pilihan yang ditawarkan kepada pelajar semester 3. Subjek ini dijalankan selama 15 minggu perkuliahan yang melibatkan sesi pentaksiran dan penilaian. Bagi subjek ini, fokus utama PdP ialah kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran khusus secara holistik bagi mengukuhkan pembentukkan kemahiran insaniah pelajar yang positif. Oleh yang demikian, suatu aktiviti dan pentaksiran telah dijalankan yang bermatlamat untuk:


  • Mempamerkan kopentensi kemahiran yang berkaitan dengan radio amatur.
  • Mengorganisasikan aktiviti berasaskan kemahiran yang telah dipelajari.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah:

- Ceramah berkaitan radio amatur
- Ceramah berkaitan dengan RAE
- Kod Fonetik
- Kod Morse
- Penulisan kertas kertas aktiviti
- Ceramah berkaitan dengan pengurusan dan pengelolaan aktiviti.
- Wifi Fox Games
- Program kesedaran E-Waste
- Penggunaan Handheld (Walkie-talkie)
- Program CSR / Team Building
- Pembinaan antena ringkas
- Fox Oring
- Latihan dan prosedur komunikasi radio amatur
- Penggunaan dan komunikasi radio HF

Pada semester ini, perancangan yang teliti telah dibuat dimana terdapat kesinambungan aktiviti dilakukan bagi Fox Oring di mana pelajar perlu memahami aktiviti-aktiviti yang sebelumnya seperti pengetahuan radio amatur, kod morse, Wifi fox games, pembuatan antena dan penggunaan handheld. Manakala untuk aktiviti komunikasi radio HF, pelajar perlu memahami dan menguasai aktiviti dalam asas radio amatur, kod fonetik dan latihan komunikasi. Aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan juga adalah dikelolakan sendiri oleh para pelajar dengan bantuan saya sebagai tenaga pengajar.