Dalam dunia cyber, kini pelbagai cara pengiklanan maya boleh dilakukan bagi menghebahkan operasi DX'ing kita selain dari media konvenstional. Langkah mudah ialah dengan mengemaskini profil callsign yang kita bakal operasi di qrz.com. Walaupun terdapat banyak lagi web database callsign yang sedang dibangunkan, laman web qrz.com cukup popular dan telah cecah jutaan orang pengguna. Jadi, apa yang perlu dalam kita mengemaskini callsign di qrz.com supaya ianya memberi kesan penyampaian kepada pembacanya ? antaranya ialah :
- Pastikan tertulis alamat lokasi program dan persatuan/group yang menganjurkannya.
- Sebaiknya, lebih menarik kalau direka satu logo khas program, janji ada dan kalau cantik ianya bonus untuk tuan-tuan. Logo ni banyak fungsi, boleh buat/tampal/letak pada baju, key chain, banner, sijil, dan paling utama kad qsl selain diletakkan pada qrz.com.
- Jangan lupa maklumkan cara anda menguruskan kad qsl. Kalau program anda memang tak mampu sediakan kad, just maklumkan kat situ agar pihak luar sana tak bazir kertas dan setem pos pada kita hihi. Tak jadi kesalahan kalau tak menyediakan qsl kad, tapi maklumkan aja yang anda tak berminat. Qsl kad ni dah jadi sebahagian dari aktiviti dalam radio amatur sejak dulu lagi, jadi kita tidak boleh salahkan aktiviti ini.
- Pada bahagian 'Biografi', jangan lupa hebahkan maklumat operasi dx'ing yang anda lakukan seperti tarikh, lokasi, operator dan frekuensi operasi. Sebaiknya letak sedikit gambar dan penceritaan.
- Pada bahagian 'Detail', jangan lupa penuhkan maklumat yang ada dengan sebaiknya, terutama koordinat lokasi dx'ing.
Jadi, apa tujuan hebahan ni, kita dapat:
- Sampaikan message tersirat dalam program dxing yang kita jalankan seperti memperkenalkan lokasi dan lain-lain.
- Memaklumkan kepada pengiat dx'er tegar di luar sana supaya support dan stand-by untuk membalas panggilan kita di frekuensi. Jadi tak le orang kata kita dengar bunyi hujan je dalam radio (radio hf) sunyi tak ada orang dan salahkan propagasi tak membuka hihi.
- Dapat menggalakan rakan-rakan baru turut serta menjayakan program ni. Cantek!
Wokey! mudah kan? hihi
Selain daripada qrz.com, kita juga boleh hebahkan aktiviti dx'ing kita pada web-web seperti dibawah ni:
- http://www.ng3k.com/misc/adxo.html - mudah dan ringkas dengan mengisi ruangan yang disediakan dan akan direview oleh auditor web berkenaan.
- http://www.425dxn.org/ - send email pada marioi2mqp@alice.it iaitu yang menguruskan dx info dan majalah mereka.
- http://www.dx-world.net/ - send maklumat operasi anda di bahagian 'contact us'.
- http://dxnews.com/ - hantar email maklumat operasi anda melalui email pada info@at-communication.com.
- http://www.dailydx.com/ - hantar email maklumat operasi anda melalui email pada bernie@dailydx.com.
- http://www.dxcoffee.com/eng/ - send maklumat operasi anda di bahagian 'contact'.
- Facebook https://www.facebook.com/DX-News-228078994032860/
- Mungkin banyak lagi web-web yang saya terlepas pandang seperti dx summit dan lain-lain lagi.
Selamat berDX'ing. 73. Cherio.