My Slide Pages

9 Jun 2012

Qso With Ex-Cosmonaut U4MIR

Semalam terdetik untuk melihat siapakah pemilik callsign U4MIR yang agak unik ini di qrz.com dan beliau merupakan bekas angkasawan USSR. Dalam rekod sudah dua kali dapat berkerja dengan beliau dan semalam sempat mengesahkankan akan pekerjaan beliau dan kami sempat menguji keupayaan antena HF di 17m band. Beliau di antara cosmonaut tunggal yang aktif di frekuensi radio amatur. Nama beliau ialah Aleksandr Aleksandrovich Volkov seorang cosmonaut bekas kerajaan soviet. Callsign U4MIR merupakaan callsign khas diperuntukkan kepada beliau dan hampir kebanyakan cosmonaut yang pernah menggunakan stesen MIR mempunyai suffix berkenaan. Prefex R0-R9/U0-U9 juga lebih senonim dengan pemilik lama bagi veteren perang WWII.

Gambar Kad Qsl beliau di QRZ.com

Gambar kad qsl beliau bagi mereka yang berkerja dengan beliau di stesen MIR.

Gambar beliau untuk kuliah syarahan di Manchester University jemputan The Heaton park Astronomy Group.

Gambar U4MIR bersama krew Soyuz T-14 menjalani latihan. Gambar di ambil di Gagarin Cosmonaut Training Centre, Star City, Russia, 1st September 1985

Semasa U4MIR berada di orbit bersama Sergei K. Krikalev di dalam MIR pada 1991, berlaku kejatuhan soveit dan mereka berdua merupakaan rakyat terakhir USSR yang kembali ke bumi sebagai warganegara Russia. Sepanjang perjalanan hidup beliau, beliau dianugerahkan 10 award dari kerajaan Russia mahupun dari luar termasuk Order of Lenin. Anak beliau Sergei Volkov juga merupakan cosmonaut Russia mengikut jejak ayahnya.

Sumber :
1. http://www.qrz.com/db/u4mir
2. http://ut7ut.org.ua/index.php/russian-call-signs/
3. http://en.wikipedia.org/
4. http://www.w5rrr.org/astros.html
5. http://www.flickr.com/photos/52018942@N05/6497576139/
6. http://www.sciencephoto.com/media/406156/enlarge

15 Mei 2012

Ham Radio & Cartoons

Terbanyak lukisan kartun yang boleh diperolehi di internet yang dikaitkan dengan radio amatur. Ada yang dilukis oleh pemegang lesen ham radio dan ada yang dilukis oleh orang yang berdekatan dengan peminat hobi ini seperti rakan dan keluarga. Apapun ianya mungkin suatu expresi akan perkara yang kita tidak perasan ianya berlaku dikalangan pengiat hobi ini. Apepun terserah kepada pentafsiran anda. Just Enjoy! (Rujukan bagi setiap sumber dinyatakan pada setiap bawah lakaran karton). De 9M2ESM








9 Mei 2012

Animal & Ham Radio

Artikel ini hanya sekadar perkongsian apa yang menarik dalam hobi ham radio. Tiada niat untuk menyakiti sesiapa sama ada yang hidup atau yang mati. Bila dah cinta dengan radio amatur ni, bukan setakat isteri, anak, ayah, mertua, saudara mara, jiran dan rakan sekerja bahkan binatang peliharaan pun dijangkiti dengan virus ini. :) Cheers mate! De 9M2ESM

Nampaknya kucing ni mungkin keletihan selepas pile-up cw mode. Sekarang ni dia dok layan monitor cw.

Sejak dari dahulu lagi dia dah main radio, sekarang ni mungkin elmer hihi.

Dia ni mungkin obesiti kerana selalu duduk depan radio. Tidur pun depan shack, nampaknya kena beli meja baru sebab badan lebih besar dari radio.

Nama dia Sadie, dia bukan setakat aktif di HF tapi siap ada blog lagi. Click la link dibawah dan baca kisah dia.

Is the frequency in use? Dia cekap dengan ham gear lama-lama.


Dalam zaman ict ni dia juga menggunakan komputer untuk scan band yang mana yang ada orang dan kosong. Semua log simpan dalam komputer.

4 Mei 2012

Mail From BG8GYR

Beberapa hari yang lalu, saya telah menerima sepucuk surat bersama kad qsl yang didalamnya ada catatan dari saudara ham negara China iaitu BG8BYR hasil komunikasi di 10m FM. Terima kasih atas kiriman surat dan kad.

Surat dari BG8GYR.

Apa yang menarik dalam surat ini ialah akan makluman khas dari beliau bahawa akan ada pengaktifan callsign BS7H Iota AS-116 dari Scarborough Reef yang merupakan Most Wanted DXCC ke-21 tahun 2012 menurut sumber http://www.clublog.org/mostwanted.php. Rasanya tak ramai yang tau akan hal ini, mungkin mereka nak buat suprice dan tak mahu orang berebut-rebut cuba menghubungi stesen ini. Cukuplah bagi sesiapa yang melihat gelagat stesen dx sewaktu memanggil 9m0l tempoh hari, yang mencarut pun ada. BS7H ini pernah beroperasi pada tahun 2007 dan mungkin mereka membuat kemunculan kedua. Kawasan yang dipunyai oleh kerajaan China ini terletak berhampiran dengan Laut China Selatan dan cukup payah untuk mendirikan stesen radio disana.

Gambar sumber dari wikipedia menunjukkan rupa mukabumi lokasi Scarborough Shoal ini. Bagi pengejar stesen DX dan DXCC ini masanya untuk menguji keupayaan stesen shack anda. De 9M2ESM