My Slide Pages

9 Nov 2018

My Slide About IOTA During IMDX 2015


Malam ni, sedang saya kemas-kemas fail lama terjumpa satu document berkaitan dengan IOTA. Doc ini saya hasilkan untuk pembentangan semasa program IMDX 2015 di Port Dickson anjuran 9W2PD and their team. Turut membuat pembentangan pada ketika itu ialah Arwah Bang Rizal 9M2RDX berkaitan dengan JOTA rasanya. Mungkin doc berkaitan dengan IOTA ini boleh dijadikan panduan dan rujukan rakan-rakan. Mana-mana rakan yang nak buat proper IOTA boleh lihat slide dibawah atau boleh rujuk terus page IOTA RSGB. Jika ada kesilapan mohon diperbaiki agar ianya terhasil lebih baik. Terima kasih.

 Sila Click (Tekan) Gambar Di Bawah Untuk View Slide 

IOTA IMDX 2015 by 9M2ESM




6 Nov 2018

9M2ESM Activities @ November 2018

9M2ESM @ Aktiviti / Eyeball sekitar bulan November 2018


 4 Nov 2018 - Sesi lawatan dan ziarah ke atas sahabat 9W2ZZS yang mengidap kanser otak. Turut hadir 9W2IYN dan keluarga, 9W2ZWC dan keluarga, 9W2DJW, 9W2HJL, 9W2FYX, 9W2JRH, 9W2CPJ dan 9M2DA.


 12 Nov 2018 - Saya dan 9M2DA menziarahi 9W2KHH yang sedang cuti sakit di Kg Kesang Tasek. Semoga beliau kembali sihat.

 17 Nov 2018 - Saya menziarahi 9W2POB di saltmine baru beliau di Oyster Bay Jalan Salleh Muar. Tempat yang cantik dan bakal menjadi destinasi perlancongan Muar. Semoga sukses sahabatku.

12 Nov 2018 - Menziarahi 9W2FRP bersama 9M2DA dan 9W2MWZ. Pak Romzi kemalangan pada 11 Nov dan mengalami patah tangan dan jari kaki serta beberapa lagi luka dan kesan dibeberapa anggota badan. Semoga beliau cepat sembut. Sabar ya Pak Romzi. Semuanya ujian daripada-Nya.

Attending : Latihan Siapsiaga Bencana Siri 1/2018


Latihan Siapsiaga Bencana siri 1/2018 : Komunikasi Medan
Tarikh : 3 November 2018
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Balai Belia Bersatu Lenga
Yuran RM 5 (Makan tengahari)

Pada hari minggu tempoh hari, saya serta XYL serta harmonic berkesempatan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh BBSM Muar dan MARS seperti tertera pada maklumat diatas. Alhamdulillah, bagi saya program ini ada kejayaannya. Antara pengetahuan yang telah saya pelajari ialah:
  • Kaedah penyampaian maklumat yang berkesan.
  • Pengalaman praktikal memasang kelengkapan komunikasi disamping persiapan makanan dalam tempoh kurang dari 30 minit.
Program oleh beberapa rakan ham dan disertai oleh para pelajar serta guru dari SR Pasir Gudang 3. Antara rakan ham yang turut serta ialah 9M2ESM, 9W2TXP, 9W2ACN, 9W2SPN, 9W2CPJ, 9W2IYN, 9W2JRH, 9W2ZWC, 9W2CWC, 9W2FTJ, 9W2JBU, 9W2MLS, 9W2URM, 9W2MSJ, 9W2HJT dan dari BBSM Muar 9W2HJL, 9W2DJW, 9W2EYC, 9W2VWC serta rakan Kulai DX 9W2WPZ, 9W2JMW, 9W2BUN dan seorang lagi saya lupa callsignnya. Program dibantu oleh BBSM Kluang antara 9W2ZWT sebagai stesen penghubung dengan bantuan JASRA Kluang yang membantu penyediaan lokasi perhubungan. Program dirasmikan pembukaannya oleh 9M2DA selaku Pengerusi MARS dan dirasmikan penutupannya oleh Dato Muhammad 9W2NPJ selaku Pengerusi BBSM Muar.

Maklumat ringkas berkaitan dengan pengisian Latihan KOM-MEDAN

FASA 3 Desktop Excercise - Menulis berita dan menghantar kepada kumpulan lain mengikut Global Amateur Radio Emergency Conferance dan memperbaiki prosedur komunikasi melalui perbincangan dengan penganjur.

FASA 4 Deployed- Melaksanakan setup station di lokasi dan melaporkan berita berdasarkan sampul berita yang diberikan.






"You Can Never Tell" by VS2CP


You Can Never Tell, By Philip Zeid 2018, Xlibris Corporation, 22 Feb 2018

Philip Zied atau juga dipanggil Pak Phil menjelang pada bulan hadapan berusia 96 tahun. Berdasarkan pencarian dan penyelidikan saya, beliau merupakan bekas pemegang callsign Malaya paling lama yang masih hidup dan sihat. Callsign beliau di Tanah Melayu pada ketika itu ialah VS2CP. Beliau memperolehi callsign berkenaan pada tahun 1948. Prefix C Series muncul selepas WWII dalam senarai VS2. Walaupun sudah berusia, beliau masih lagi aktif radio amatur terutama di frekuensi 2m band. Berdasarkan perbualan saya dengan beliau, beliau pada setiap pagi jam 8.00 akan sked QSO dengan beberapa rakan beliau di Nedlands Australia.

Sejarah hidup beliau cukup mengkagumkan dan cukup saya hormati. Kisah beliau boleh dibaca melalui buku-buku beliau yang telah saya berjaya miliki. Antaranya ialah ketika berlakunya WWII pada tahun 1939, Pak Phil baru sahaja tamat persekolahan dan telah mendapat tempat bagi menyambung pengajian di Bristol University akan tetapi beliau memilih untuk berkhidmat untuk negaranya sebagai anggota RAF (Royal Air Force). Setelah mendapat latihan di London, beliau menjalani latihan penerbangannya yang pertama di Oklahama, USA yang pada ketika itu belum berlaku peperangan lagi. Beliau terlibat dengan beberapa kempen perang sewaktu WWII termasuk di Burma.


Phil Zeid bersama pakaian seragam beliau.

Selepas WWII, beliau datang ke Tanah Melayu pada 15 Julai 1948 yang pada ketika itu dalam berada pada penentangan Komunis. Beliau yang mahir dalam Bahasa Melayu, Indonesia dan Tamil mempelajarinya sewaktu bertugas di beberapa ladang di Tanah Melayu juga di Indonesia termasuk di Dublin Estate, Linden Estate, Scarboro Estate. Keperluan berbahasa Tamil disebabkan pekerja ladang yang banyak berbangsa India pada ketika itu. 

The Shortwave Magazine, Vol. VII, No 1, Mac 1949

The Shortwave Magazine, Vol. VII, No 2, April 1949

The Shortwave Magazine, Vol. VIII, No 10, Dec 1950

The Short Wave Listener and Television Review, Volume 5 Number I, January 1951

The Shortwave Magazine, Vol. IX, No 9, November 1951

The Shortwave Magazine, Vol. X, No 9, November 1952. Majalah memaklumkan bahawa Pak Phil berjiran dengan VS2DQ sewaktu di Kedah tahun 1952 dimana Pak Phil baru sahaja berkahwin dengan Nina Zeid.

The Shortwave Magazine, Vol. XI, No 11, January 1954. Pak Phil juga aktif dalam Contest Radio dan mula menyertainya pada tahun 1954.

The Shortwave Magazine, Vol. XIV, No 4, June 1956

The Shortwave Magazine, Vol. XXI, No 3, May 1963. Pada tahun 1963 beliau kembali ke Malaya sebelum Malaysia terbentuk dan menggunakan callsign 9M2CP.


Minat beliau dalam radio amatur bermula dari zaman sekolah lagi. Semasa di sekolah, beliau bersama adiknya menggunakan komponen-komponen terbuang dah terpakai untuk membina sebuah radio penerima sehingga beliau berdua mampu memperbaiki radio rosak. Pada ketika itu, radio mudah dibina dan diperbaiki. Semasa menjadi pendengar radio, beliau terdengar suara dua operator radio amatur sedang berhubung dari luar negara. Pengalaman unik ini jarang sekali didengar berbanding siaran radio broadcast. Secara kebetulan salah seorang operator memaklumkan alamatnya dan lokasinya tidak jauh daripada rumah beliau. Pada suatu hari, beliau ke rumah operator berkenaan dan memaklumkan bahawa beliau berdua berminat tentang radio amatur. Sejak itu, operator berkenaan mengajar beliau berkaitan dengan radio dan kod morse serta akhirnya beliau berjaya memperolehi callsign iaitu 2HAG. Usia beliau pada ketika itu ialah 14 tahun. Sepanjang hidup beliau, beliau pernah menggunakan beberapa callsign termasuklah G2HAG, GM2HAG, VS1BK/ZC2, VS2CP, 9M2CP dan kini VK6PZ. 

Menurut Phil, beliau mendapat callsign sewaktu berada di Kedah iaitu Alor Star. Beliau masih mengingati beberapa ham yang rapat dengan beliau iaitu VS2BS, VS2DW, VS2FK dan VS2BC. Beliau juga menjadi ahli MARTS di Penang dan aktif. Beliau merupakan ham yang pertama di Malaya yang membuat dan menggunakan 3 Element Beam yang dihasilkan menggunakan wire dan tiga batang buluh. Beliau cukup aktif di DX band dan Lower Band sewaktu di Malaya. 





Sumber : http://hamgallery.com




Sedutan rakaman yang diedit hasil perbualan saya bersama Pak Phil dipenghujung bulan lepas. Rakaman tidak berjalan dengan baik disebabkan talian internet yang kurang memberansangkan. Insyallah akan ada penambahan cerita seterusnya.

Selain itu, Pak Phil pernah menjadi AJK MARTS pada pemilihan jawatankuasa 1954.



Kad QSL milik Phil yang berjaya saya perolehi. Saya juga berjaya berhubung dengan beliau di 14MHz dan berharap beliau membalas kad QSL yang telah dihantar pada beliau.


The Shortwave Magazine, Vol. XIV, No 8, Oct 1956


Pak Phil masuk surat khabar Sinar Harian 31 Okt ari tu. Beliau kini merupakan aktivis masyarakat disana. Cukup aktif tanpa mengenakan sebarang bayaran, beliau yang tidak lama lagi berusia 96 tahun ada mengadakan kelas bahasa Malaysia dan Indonesia disana. Beliau juga melukis sebagai mengisi masa lapang selain masih aktif dalam radio amatur.


You Never Know: A Memoir, Balboa Press, 10 Nov 2015