My Slide Pages

9 Jun 2012

May 2012 Report

Dalam bulan May. Band 15m, 20m 12m dan 17m memang cukup mengujakan. Pernah seketika hampir 220+ contact berjaya diperolehi daripada pile-up selama 2 jam lebih. Hampir kebanyakkan laporan yang diberikan over 20dB. Suasana memang cukup bising sampai nak decode callsign pun payah. Pelbagai cara untuk handle pile-up telah digunakan termauklah (i) menggunakan giliran nombor 0-9; (ii) menggunakan split 5-up/ split 3-5 up; (iii) menggunakan giliran nombor 0-9 semasa split 5up. Situasi ini merupakan pilihan terakhir jika benar-benar terpaksa digunakan.

Untuk sekian kalinya100 DXCC untuk band 15m berjaya diperolehi. Nampaknya band ini cukup unik. Untuk berkerja dengan EU, waktu malam dari jam 11.00 pm hingga jam 3.00 pagi cukup baik jika propagasi membuka. Untuk berkerja dengan stesen AS, hampir keseluruhan 24 jam ialah boleh berlaku. Untuk SA, ianya boleh berlaku pada waktu petang dan malam. Untuk OC pula; pagi, petang dan malam dan untuk AF pula pada awal malam. Apepun ianya bergantung kepada kuasa tx, antena dan propagasi. Kadang2 kecekapan pengendalian juga penting. Sekadar andaian.

Ini di antara kad yang paling unik dan berharga diperolehi bulan lepas. Dari PJ4Z Bonaire 'Dutch Caribbean" Iota SA006.

Kad Qsl bersama setem khas radio amatur yang diberikan sumbangan K7ZD. Thanks OM Gerald.

Tak kurang juga banyak sumbangan setem dari stesen DX yang telah berjaya dihubungi di HF. Adat kita, setiap sumbangan dibalas sumbangan.

Antara email yang diperolehi dari stesen USA yang memerlukan kad qsl di SSB setelah menunggu untuk berkerja dengan 9M2 selama 40 tahun.

Tak kurang juga, dalam bulan lepas, rumah kediaman operasi stesen dilawati oleh Norazam 9W2WWW bersama 9W2MMF. Terima kasih sudi datang.

Paling unik yang diterima bulan lepas ialah surat bersama kad qsl kosong dari HA2ESM. Beliau mempunyai suffix yang sama. Memang selalu perhatikan beliau di mode CW. Bahasa Inggeris bukan penghalang untuk kemajuan. Semangat dan iltizam serta kesabaran dan kesungguhan pasti menanti cabaran yang menunggu. 73 De 9M2ESM

2 ulasan:

  1. HI BAHRI OM!

    I receive your QSL card.
    MNI TNX es best wishes!
    Good luck and i hope,see you on
    the bands CW or RTTY MODE!

    HA2ESM (tamás)

    BalasPadam
  2. HI Tamas,

    I so happy to know about it. I wish to work with you again on the air wave. Best 73!

    De 9M2ESM Sam

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.