My Slide Pages

31 Okt 2015

Muar Station 9M4PMC/9M4CMR in World Jota/Joti 2015



Pada 16, 17 dan 18 Oktober 2015 yang lalu, telah berlangsungnya World Jota/Joti 2015 yang berjalan serentak diseluruh dunia. Di Muar Johor, Persatuan Pengakap Daerah Muar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Muar bersama ahli-ahli radio amatur daerah Muar berjaya menganjurkan World Jota/Joti 2015 bertempat di Sek. Ren. Parit Bakar Tengah Muar Johor. Seramai 226 orang pelajar dari pasukan pengakap dan 25 orang pelajar dari pasukan badan berunifom lain telah menyertai perkhemahan ini dengan jayanya.

Program Director : 9M2DA
Stesen Master : 9M2ESM
Stesen Manager : 9W2ZZS


Pemasangan Antenna oleh Crew Radio Amatur Pasukan Kelana Komunikasi Negeri Johor.


Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Johor mencuba peralatan radio menghubungi stesen JOTA di Sungai Besar Selangor dibantu oleh 9M2DA.


Peserta program telah dapat menghubungi beberapa stesen JOTA di luar dan dalam negara. Para petugas yang yang terdiri daripada ahli-ahli HAM yang juga kumpulan Kelana Komunikasi Negeri Johor telah membantu dalam menjalankan dan melancarkan aktiviti ini diketuai oleh 9W2JMW.


Aktiviti CQ JOTI telah didaftar di web www.jotajoti.info, dan kami memperoleh Jampuz JID 3MY35Q. JID (Jamboree ID) akan digunakan semasa aktiviti CQ JOTI untuk bertukar-tukar ID dan mengesahkan bahawa komunikasi telah dilakukan dengan jayanya. Aktiviti diketuai oleh 9W2ZZS.


Perserta-perserta perkemahan telah berpeluang mengenali sebahagian huruf semaphore dimana semua kumpulan bergilir mempelajari tentang semaphore sepanjang 3 hari perkemahan jota ini berlangsung. Semua perserta diajar menerima dan memberi isyarat semaphore ini diketuai oleh 9W2FXY.


Gambar menunjukkan para pelajar bertanyakan soalan tentang peralatan radio komunikasi dan fungsi-fungsinya. Setelah pelajar selesai berhubung di udara menggunakan radio, tandatangan diberikan di kad mereka sebagai tanda mereka telah menyempurnakan tugasan aktiviti di Stesen Simplex dimana aktiviti diketuai oleh 9W2VWC. 


Peserta juga didedahkan dengan penggunaan morse keyer dan osilator serta banner berkaitan penggunaan sewaktu kecemasan. Peserta juga telah disediakan dengan alatan ringkas untuk menjalankan aktiviti di stesen ini. Aktiviti diakhiri dengan kuiz menjawab kod morse yang diwajibkan kepada setiap peserta diketuai oleh 9M2ESM.


Peserta telah didedahkan tentang kod phonetic dengan sepenuhnya dan cara sebutan yang betul. Setiap peserta telah diminta untuk membuat ejaan nama masing-masing dengan menggunakan Alphabet Code ini dan pada permulaan digalakkan mengeja nama penuh dan kemudiannya di eja pula dalam bentuk nama yang ringkas. Aktiviti diketuai oleh 9W2OBL.


Aktiviti Fox Hunting diadakan pada sebelah malam disertai 10 kumpulan yang terdiri daripada pelajar darjah 6 dan pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini diselaraskan oleh Pengarah Program iaitu En Den b Atan (9M2DA) dengan bantuan semua Ahli HAM yang mengambil bahagian  Program berjalan lancar dan peserta melahirkan rasa puas hati apabila dapat menyelesaikan tugasan dengan cara mencari dan memenuhi kad aktiviti fox Hunt tersebut.


Aktiviti ini dijalankan dengan bantuan ahli pengakap yang mempunyai sijil CPR bagi menunjuk cara asas menjalankan bantuan kecemasan bantuan pernafasan mulut ke mulut. Model yang digunakan adalah peserta sendiri. Tunjuk cara dijalankan dengan diawasi oleh krew HAM yang sentiasa memantau aktiviti ini dari masa ke semasa.


Sebanyak 11 unit antenna Yagi telah dapat disiapkan dan penggunaan antena tersebut telah dipraktikkan lagi dengan jayanya apabila aktiviti Fox Hunting telah menggunakan antena-antena tersebut. Peserta berasa amat puas hati kerana hasil usaha mempelajari untuk membuat dan kemudiannya hasil tersebut digunakan terus menunjukkan bahawa bukanlah satu kerugian untuk mengenali gelombang radio dan antena tetapi ia amat merupakan satu pengalaman yang paling berharga dan tidak dapat dibeli dari mana-mana ilmu dan pengalaman ini. Aktiviti diketuai oleh 9W2ZOB.


Peserta telah diberi tunjuk ajar untuk membentuk wogel menggunakan tali serta digunakan untuk diri sendiri. Pelatih yang memberi tunjuk ajar adalah rakan ham yang baru (SWAL) En Fadhil b Abdullah. Sesi ini diiringi dengan riuh rendah peerta apabila berjaya menjalinkan tali membentuk wogel berkenaan. 


Di antara hampir 300 peserta dan urusetia serta guru-guru yang menyertai Perkhemahan World JOTA/JOTI 2015.

Ucapan terima kasih kepada semua rakan ham yang membantu teribat menjayakan aktiviti ini seperti 9W2MIE, 9W2GCJ, 9W2HJL, 9W2BYX, 9W2PEF, 9W2JJX, 9W2LMC, 9W2DAF, 9W6ACJ, 9W2EYR dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan iaitu 9W2MOA, 9W2MOO, 9W2MKZ, 9W2JBU, 9W2KHH dan 9W2ZWC.

MDXC di 9M4PMC World Jota/Joti 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.