My Slide Pages

9 Sep 2018

From Bureau to Bureau



Pada minggu-minggu yang lalu, saya berkesempatan membalas ratusan mungkin cecah ribuan kad qsl yang diterima dari MARTS Qsl Bureau milik saya dan MDXC. Alhamdulillah, semua dah berjaya dipos keluar dengan kos setem sebanyak RM47.80 dan kos pos laju ke MARTS dalam RM7.00.

Mungkin ada yang kurang arif tentang bagaimana cara untuk mengendalikan kad yang diterima daripada Buro. Kita perlu tahu bahawa, telah menjadi amalan sejak bermulanya hobi ini yang mana perhubungan komunikasi terutama jarak jauh (DX) disahkan melalui penghantaran poskad yang dinamakan QSL kad. Ini bukanlah suatu kewajiban tetapi atas semangat hobi yang saya pelajari, sesebuah pemberian perlulah disusuli dengan balasan. Adat melayu juga mengajar kita begitu (balasan yang baik-baik). 

Antara cara untuk kita mengelak penerima kad daripada buro ialah dengan menegaskan dalam platform qrz.com yang mana kita tidak ingin menerima sebarang kad daripada buro. Cara lain ialah menggunakan platform online qsl kad seperti di qsl.cc atau langsung tidak berminat dengan kad-kad ini di qrz.com. Di pihak saya pula, saya mengalu-alukannya dan meraikan hobi sampingan dalam pertukaran kad ini. Jadi, apabila kita menerima kad yang banyak daripada buro ini step yang biasa saya lakukan iaitu:

Pertama:
Menyediakan beberapa keperluan biasa untuk membalas kad iaitu:
i. Cop pengesahan Qso + callsign (untuk dicop pada kad yang dibalas). Biasanya lokasi cop tu saya akan buat tandatangan. Tandatangan penting untuk semua kad yang dibalas.
ii. Stiker Airmail. Stiker ni boleh didapatkan secara percuma di pejabat pos.
iii. Qsl kad dan sampul. Untuk membuat kad anda kena lihat contoh-contoh qsl dari rakan-rakan luar. Sampul pula bergantung kepada kuantiti kad yang terkumpul.
iv. Cop alamat. Cop ini saya buat untuk di cop pada belakang sampul bagi memaklumkan alamat penghantar. Penting tak? Penting, sebab ada sesetengah keadaan surat yang tidak sampai akan dikembalikan semula pada pengirim.
v. Setem. Saya selalu beli setem dengan jumlah yang besar untuk simpanan.

Kedua:
Mengasingkan kad-kad dari buro ini mengikut negara dan kemudian membalasnya. Sebaiknya jika anda mempunyai online log untuk membuat semakan adakah callsign berkenaan ada di log. Jadi anda akan nampak kepentingan log ini. Yang mudah adalah online log.


Alat timbang elektronik untuk dapur. Perhatikan, berat adalah 37gram. Jadi ada lebihan 17 gram iaitu tambahan kos setem RM 0.80 dengan total setem RM 2.80 untuk ke negara Russia. Sebenarnya pejabat pos boleh timbangkan dan nyatakan kos setemnya, tapi saya tidak berminat kerana malas menjawab pertanyaan petugas pejabat pos yang kehairanan saya mengepos banyak-banyak ke pelbagai negara.


Ketiga:
Apabila semua dah dibalas mengikut negara. Langkah seterusnya menghantar kad-kad yang diterima dari buro Marts ke buro Marts. Sebaiknya asingkan dan bungkuskan elok-elok, labelkan alamat, dll sebelum dihantar ke QSL buro Marts. Untuk menggunakan perkhidmatan Marts perlulah menjadi ahli Marts. Apepun kena dapatkan pengesahan dari Setiausaha Marts bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan Outgoing QSL dari Marts QSL Bureau. Apa yang saya lakukan lain sikit caranya dan boleh dilakukan oleh rakan-rakan yang bukan ahli Marts iaitu dengan menghantar sendiri kad-kad ini ke Buro di luar negara. List alamat boleh dicapai melalui web dibawah:



Sebahagian daripada kad saya berikan (pos) kepada Outgoing QSL melalui Marts (berikan makluman awal pada Marts) iaitu bagi Qsl kad dari negara Itali, Jerman dan Jepun yang merupakan negara utama yang sentiasa banyak pemintaan kad dan selainnya saya pos sendiri ke negara buro masing-masing. Kenapa saya buat cara ini? Kerana tidak mahu membebankan Marts dan berharap kad dapat sampai ke penerima lebih pantas. Kos setem kita boleh timbang sendiri dan semak kiraanya di website pos Malaysia.


Kos pos udara. Untuk negara asia pasifik boleh rujuk wikipedia.

Semua surat dan bungkusan yang dah siap untuk dihantar keluar.

Selesai.

Membalas kad-kad ni memang amik masa yang lama. Saya amik masa hampir satu hari setengah (18 jam). Berikut adalah antara kad-kad menarik yang saya terima semasa membalas kad ini.


Menarik qsl kad ni. Untuk TV LED ada x kena ni?

Saya suka gambar ni. Lihat tower dan antennanya.

Nice dance move that refer to math formula.

Qsl kad dari negara Jepun.

Qsl kad dari rakan Taiwan.

SWL kad. Malaysia sepatutnya ada macam ni dan Marts kena wujudkan. Boleh refer kepada banyak persatuan di seluruh dunia yang wujudkan SWL number membership.

Lihat dua-dua antena beliau. Berapa spacing antara antenna?

Nice qsl kad. Macam-macam idea boleh dibuat untuk paparan postcard.

Nice qsl kad dari Jepun.

Qsl kad ini yang menceritakan perjalanan beliau dalam hobi sejak 1960.

Nampak tak carta alir proses untuk membalas kad?

Hobi beliau memang best.

Walaupun dah lapan tahun berlalu, saya masih menerima kad qsl hasil qso 2010.

Antara kad yang bermakna hasil qso pada 2011 di 6m band.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.