My Slide Pages

15 Okt 2018

Kod Pengendalian DX @ DX Code of Conduct


Kod Pengendalian DX
Sumber http://www.dx-code.org/
Terjemahan oleh 9M2ESM

  1. Saya akan dengar, dan dengar, dan dengar lagi sebelum memulakan panggilan.
  2. Saya hanya akan membuat panggilan jika saya boleh menerima isyarat dari stesen DX dengan jelas.
  3. Saya tidak akan mempercayai sumber ‘DX cluster’ dan akan memastikan stesen DX didengari dahulu sebelum memulakan panggilan.
  4. Saya tidak akan mengganggu stesen DX mahupun sesiapa yang sedang membuat panggilan dan tidak akan sesekali menggangu frekuensi DX atau mana-mana bahagian/slot QSX yang diberikan.
  5. Saya akan mengunggu stesen DX menghabiskan perbualan komunikasi sebelum saya boleh membuat panggilan.
  6. Saya akan senantiasa menghantar / memberikan callsign dengan lengkap sewaktu membuat panggilan.
  7. Saya akan memberikan tempoh yang sesuai untuk berhenti seketika sebelum / selepas membuat panggilan untuk mendengar. Saya tidak akan membuat panggilan secara berterusan.
  8. Saya tidak akan menghantar isyarat apabila stesen DX memanggil callsign orang lain.
  9. Saya tidak akan menghantar isyarat apabila stesen DX meminta ingin membuat panggilan berdasarkan kawasan geografi tertentu yang bukan dari kawasan saya.
  10. Apabila operator DX memanggil saya, saya tidak akan mengulang panggilan saya kecuali saya rasakan dia tidak menerima callsign dengan tepat.
  11. Saya akan mengucapkan terima kasih jika dan apabila berjaya melakukan sesebuah komunikasi.
  12. Saya akan menghormati rakan-rakan ham dan memastikan diri saya juga mendapat penghormatan daripada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.