My Slide Pages

19 Jan 2014

High Price for 1AW Vintage QSL

Salah satu cabang hobi yang kini semakin berkembang ialah penyimpanan koleksi qsl kad lama. Di sebalik itu, ianya juga boleh dikategorikan sebagai poskad lama yang juga mempunyai ramai pengumpulnya diseluruh dunia. Keunikan poskad lama ini ianya menceritakan dan menggambarkan situasi sesebuah tempat yang penting bagi generasi baru untuk melihat sejarah mereka.

Gambar di atas adalah salah satu poskad berlatar belakang kampung melayu di singapura pada tahun 1908. Perkembangan hobi mengumpul qsl kad lama kini amat baik, berdasarkan sumber internet yang dirujuk dari ARRL Letter Vol. 21, No. 37 September 20, 2002, kad QSL 1923 milik callsign 1AW telah berjaya dilelong pada harga USD 2125 atau dalam Malaysia dalam RM 7000.

QSL kad 1AW tahun 1925.
Sumber : http://qsl-history.webs.com/thepioneerstheusa.htm

Pemilik callsign 1AW sebenarnya bernama Hiram Percy Maxim (1869-1936) yang merupakan pelopor komunikasi radio di Amerika dan seorang pereka-cipta. Beliau juga merupakan co-founder kepaa ARRL. Keluarga dan saudara mara beliau juga adalah pereka-cipta dan mempunyai pelbagai paten. Selain callsign 1AW, beliau juga pemegang callsign SNY, 1WH dan 1ZM. Selepas perang dunia pertama, beliau menggunakan 1AW dan kemudiannya kepada W1AW yang juga kini merupakan callsign khas bagi ibu pejabat ARRL. (Sumber wikipedia).

Gambar Hiram Percy Maxim. Sumber http://www.arrl.org. Radio spark-gap transmitter 'old betsy' beliau kini ditempatkan secara terhormat di ibu-pejabat ARRL.



21 Apr 2013

My Top 5 Ham Radio Blog in Malaysia


Ini sekadar pandangan saya dan pemerhatian saya sahaja .. mungkin ada blog-blog lain yang saya terlepas pandang.. jika ada anda boleh infokan diruang komentar. Saya dapat idea tulis artikel ini selepas melihat terdapat hobi-hobi yang ada menyenaraikan blog-blog terbaik pada pandangan mereka.


Blog-blog ini saya pilih kerana menyampaikan maklumat-maklumat terbaik berkaitan dengan amatur radio dan aktif menulis. Teruskan berkarya tuan. Terdapat juga beberapa blog yang mempunyai informasi yang baik tapi sudah kurang aktif. Anda boleh rujuk (klik disini) untuk mendapatkan maklumat etika penulisan blog. Saya sendiri lebih gemar menulis berdasarkan pengalaman saya. Bagi saya untuk memberikan sesuatu kepada seseorang ada baik nya kita mempunyainya dan mengalaminya dahulu. Terdapat juga blog-blog amatur yang memberikan info-info yang umum. Tapi ada baiknya blog itu biarlah berkisar mengenai radio amatur dan apa sahaja yang berkait dengannya. Kalau kita buat blog hobi mengumpul duit lama tapi menulis pasal hobi memancing nampaknya macam tak kena gaya hehe sekadar berkongsi.. :) 

11 Apr 2013

List of DXCC award holder in Malaysia


Sumber diperolehi daripada website ARRL => http://www.arrl.org/dxcc-standings untuk pembakar semangat saya dan rakan-rakan lain yang ingin mencuba.

Kategori Mixed:
1. 9M2MT
2. 9M2ADX
3. 9M2CQC
4. 9M2CNC
5. 9M6YBG

Kategori Phone:
1. 9M2HB
2. 9M2ESM
3. 9M6YBG
4. 9M6CT
5. 9M6DXX

Kategori CW:
1. 9M2VZ
2. 9M2MRS
3. 9M2JI
4. 9M2ADX
5. 9M2MT
6. 9M2MC
7. 9M2JJ
8. 9M2ZAK
9. 9M6YBG

Kategori RTTY:
1.9M6YBG

Kategori 160m:
1. 9M2AX

Kategori 80m:
1. 9M6YBG

Kategori 40m:
1. 9M6YBG

Kategori 20m:
1. 9M2MC
2. 9M6YBG

Kategori 15m:
1. 9M6YBG

Kategori 10m:
1. 9M2ESM
2. 9W2WWW
3. 9M6YBG

Kategori Challenge:
1. 9M6YBG

Malaysia tiada sebarang wakil bagi kategori 6m, 2m,mode Satelit dan DXCC Honor Roll. Sebenarnya ramai yang dah melepasi 100 DXCC tapi mungkin kekurangan kad atau kos permohohan yang terlalu tinggi. Dikhabarkan Pak Eshee juga pemegang DXCC tapi nama beliau tiada direkodkan, mungkin kita boleh maklumkan pada ARRL jika ada salinannya. Berdasarkan rekod diatas, Go 9M6YBG antara yang terbaik di Malaysia. Tahniah buat beliau. Saya teringat pesanan seorang otai 'Jangan terlalu fokus di 10m, band-band lain tak kurang hebat cabarannya'.

10 Apr 2013

Hot weather and 10m band propagation

Panas ... memang panas ... semalam ada rakan dari Gelang Patah 9W2YBO rakan sepengajian bagitau cuaca memang panas .. bukan siang hari bahkan malam hari hehehe.. Cuaca di Muar pun panas juga. Apek kedai motor tempat saya repair motor minggu lepas pun mengeluh terpaksa pasang air cond kat rumah. Kebetulan semalam 10m band juga membuka, dilaporkan Amzari 9W2GEO dapat menghubugi NA (USA) pada waktu malam melalui Europe. Memang suatu yang hebat! Jarang sekali berlaku.

Adakah setiap kali cuaca panas 10m akan membuka? Jawapannya tidak. Ianya secara kebetulan. Para saintis matahari masih lagi mengkaji perkaitannya. Pelbagai faktor perlu diambil kira apabila mengaitkan keadaan propagasi membuka terhadap sunspot, solar flux, A index dan K index yang didapati daripada matahari. Jika propagasi ini membuka ianya mungkin hanya berlaku setempat. Jumlah sunspot juga bergantung kepada tempoh lama ianya berlaku dan koordinat nya daripada matahari. Beberapa persoalan juga perlu dijawab dalam memperihal keadaan matahari seperti pergerakkannya dan putarannya. Para saintis masih mencari jawapan yang tepat. Pernah juga saya mengalami di mana sewaktu ralaman propagasi HF membuka, radio HF 10m saya hanya mendengar bunyi noise yang amat tinggi sepanjang hari. Adakah ianya propagasi setempat. Propagasi yang dimaksudkan dikalangan ham tempatan ialah sky wave propagation atau propagation jarak jauh. Ianya menggunakan lapisan ionosfera sebagai pembias semulajadi. Walaupun data dari matahari diperolehi ... bentuk keadaan layer ini juga perlu dilihat perkaitannya. Terdapat web iaitu IPS dari Australia (lihat ini) yang mewujudkan peta keadaaan ionosfera ini.

Sumber dari tok pawang angin HF. http://rigreference.com/solar

Apepun kredit diberikan kepada saintis-saintis luar.. mana saintis tempatan ya. Malaysia harus ke depan dalam bidang ini. Memang diketahui Angkasa UKM dan Jabatan Fizik UM berada pada landasan ini. Ahli ham radio pun boleh terlihat sama .. boleh ker? boleh ... kebanyakkan saintis yang mengkaji matahari ini dipanggil ahli radio astronomi. Yaa mungkin akan datang saya akan ceritakan mengenai radio astronomi ini. Secara sejarah, manusia terawal yang mempelopori kajian radio astronomi ini ialah seorang operator radio amatur. Nama beliau ialah Grote Reber W9GFZ (SK) dari Chicago. Beliau menjumpai bunyi yang yang unik di galaksi apabila menghala antena parabolik beliau ke angkasa pada 1938. Baca kisah beliau di sini dan di sini. Antena beliau kini diletakkan di muzium (NRAO) sebagai bahan bersejarah. Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil pada kisah ini.

Apapun cuaca panas memang panas hehe lihat sahaja maklumat yang saya perolehi pada setiap lokasi dibawah:


Dilaporkan cuasa di sesetangah lokasi di Filipina mencecah 38 celcius.

Cuaca panas di Pulau Pinang dilaporkan oleh bernama mencerah 35 celcius pada 1 April lepas.


Cuaca di Bangkok pada hari ni 10 April ialah 37 celcius walaupun mendung? Sumber : http://www.accuweather.com/

Cuaca panas di beberapa daerah besar di Indonesia walaupun hujan lebat di sesetangah tempat?

Cuaca di Mekah hari ini jam 6.25 pm waktu Malaysia.

Apa yang perlu dilakukan? Seperti biasa, cuma kurangkan aktiviti luar ketika cuaca panas, minum air banyak dan berehat bersama keluarga di rumah. Bagi kaki DX 10m, buka radio and let rumble the band hehehe.. Semoga enjoy dengan hobi ini.