My Slide Pages

12 Apr 2011

10m Band

Antara kumunikasi radio jarak jauh yang unik ialah radio amatur dan band yang cukup unik ialah 10m. Banyak stesen jauh-jauh kini bukan lagi mustahil di 10m. Saya pernah cerita tentang komunikasi dua hala kepada rakan-rakan lain dan ramai terpinga-pinga dan tidak kurang ada yang perli dengan mengatakan "boleh cakap dengan orang kutub utara tak?". Dah dua kali kena perli macam tu hehehe. Hobi ni mungkin hanya sesuai untuk orang tertentu sahaja. Pada tahun ini sahaja lebih daripada 1200 contact telah saya perolehi termasuk lebih daripada 1500 contact pada tahun lepas dan semuanya hanya di 10m SSB. Band 2m? mungkin ada sendiri tahu senario komunikasi band 2m di Semenanjung Malaysia khususnya.

Apa yang perlu untuk di 10m:
1. Lesen radio amatur kelas A atau kelas B.
2. Radio HF
3. Antena.

Perkara-perkara lain yang perlu ialah:
1. Sebaik-baiknya anda perlu mendaftar callsign (lesen) anda di www.qrz.com ataupun mana web yang seumpama dengannya. Web berkenaan memaparkan tentang maklumat anda seperti koordinat, alamat, email, cara penghantaran kad qsl dan gambar-gambar berkaitan anda. Majoriti stesen dx mempunyai database ini.
2. Seperti menjadi suatu keperluan anda perlu punyai kad qsl. Saya sendiri telah belanja lebih daripada seribu ringgit untuk proses kad qsl ini. Kepada rakan-rakan dx yang ada terima kad qsl hasil qso sebaik-baiknya balaslah kerana hormatilah kos yang perlu dibelanjakan oleh si penghantar kad qsl seperti sampul surat, setem dan kos kad qsl itu sendiri. Jagalah nama baik rakan ham Malaysia.
3. Gunakan SOP yang baik dan berqso dengan budi bahasa. Monitor dahalu frekuensi sebelum melakukan qso. Berikan report qso rakan dx anda. Sila basa DX Code of Conduct.
4. Catatkan semua qso anda di logbook. Mungkin ada kurang praktikkan di band 2m. Tetapi di HF ianya menjadi suatu keperluan.
5. Keperluan tambahan lain ialah bahasa inggeris, jam UTC, peta prefix dan jangka suhu lokasi. Jangan terkejut jika ada stesen jauh seperti Italy dan Jepun yang fasih berbahasa Melayu.
6. Jika ada mendengar stesen contest, sebaik-baiknya anda baca dan faham dengan jelas kaedah dan peraturan radio contest sebelum menjawap panggilan dx anda.
7. Jumpalah rakan-rakan 9m dan 9w yang pengalaman dalam dx di 10m sebelum bergiat dalam HF ini.

Band 10m memang cukup bergantung kepada propagasi. Selamat ber-dx di 10m. Cukup seronok lebih-lebih lagi sekarang ni hampir setiap malam band membuka ke Eropah. Lihatlah kejayaan DX cikgu sabhi di blog www.9w2mso.blogspot.com. Sekalung tahniah kepada beliau. Banyak DXCC yang beliau perolehi belum lagi saya capai :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.