My Slide Pages

13 Jul 2011

Rancangan The Colony di Channel 8

Alhamdulillah, baru saje tamat tonton rancangan tv iaitu The Colony Musim Satu di Channel 8, rasanya yang tadi tu baru episod 1. Rancangan ni memang cukup menarik dan sebenarnya saya dah tonton ke semua episod tahun lepas hasil download di internet bersama kawan sepejabat dan menyarankan kepada pengunjung blog saya ini untuk menonton rancangan berbentuk science survival ini.

The Colony ini ada Musim 1 dan Musim 2 dan ianya merupakan rancangan berbentuk realiti terbitan Discovery Channel. Rancangan ini berkisarkan tentang ujikaji yang dijalankan ke atas sekumpulan orang yang diletakkan seperti dalam situasi bencana secara sehelai sepinggang tanpa makanan, air bersih, elektrik, kemudahan pengangkutan dan tempat tinggal di mana kumpulan ini perlu survive di tambah dengan gangguan orang asing yang sengaja diuji kepada kumpulan berkenaan dalam memperlihatkan bagaimana mereka survival dalam situasi yang dikenakan.

Dalam Musim satu, sejumlah 10 orang yang terdiri daripada ahli marin biologi, kontraktor binaan, doktor perubatan, jururawat, jurutera komputer, jurutera aeroangkasa, ahli seni pertahanan diri, ahli mekanik, ahli pertukangan dan jurutera mekanikal telah dikumpulkan dan dijalankan ujikaji survival dalam situasi yang cukup serba kekurangan dengan persekitaran seperti dalam keadaan selepas bencana. Beza di antara Musim 1 dan 2 ialah, Musim 1 terdiri daripada orang yang mahir dalam bidang masing-masing manakala Musim 2 terdiri daripada orang awam.

Walaupun kesahihan rancangan yang ditayangkan boleh dipertikaikan, ada perkara positif yang boleh diambil sebagai motivasi. Apa yang menarik dalam rancangan ini (Musim 1), pelbagai teknologi dan inovasi telah dibangunkan secara homebrew menggunakan bahan yang tersedia ada iaitu termasuklah:
- Menjana elektrik menggunakan solar
- Menjana elektrik menggunakan tenaga wap
- Membina kereta solar dan kereta elektrik
- Membuat alat muzik piring hitam
- Alat membasuh baju.
- Sistem penapis air sulingan dan air 'ozone'
- Senjata elektrik untuk mempertahankan diri
- Bilik mandi air panas
- Alat menangkap ikan
- Alatan komunikasi pemancar dan penerima
- dan pelbagai lagi



Kredit diberikan kepada John Cohn nama sebenar dan watak dalam rancangan ini yang membina alat penghantar kod morse dan tahu menggunakan kod morse. Selamat menonton di Channel 8 selama sejam bermula jam 10.00 malam. Sekadar perkongsian minat.
De 9M2ESM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.