My Slide Pages

1 Nov 2011

103 DXCC for 2 days in CQWW DX SSB 2011

Ya! 103 DXCC dalam 2 hari, cukup mengejutkan. Hampir 80+ DXCC dalam tempoh sehari sahaja. Semuanya berlaku di 10m SSB sepanjang aktiviti CQWW DX SSB Contest 2011. Sebanyak 34 daripada 40 CQ Zone berjaya diterokai kecuali Zone 5, Zone 40, Zone 34, Zone 8, Zone 12 dan Zone 10.

Banyak aktiviti luar jangkaan berlaku, pada jam 11 malam dapat kedengaran stesen Zone 5 iaitu K3LR di 28.7 MHz. Paling mengejutkan ialah apabila dapat bekerja dengan KH7Y melalui Long Path jam 2 pagi (18UTC - 29 Oct 2011) suatu perkara yang jarang berlaku. Pada waktu yang sama juga dapat dengar beberapa stesen USA dari California. Dua jam sebelum tu, dapat bekerja dengan stesen dari Costa Rica iaitu TI5N dari area Zone 7 jam 16UTC dan kemudian panggilan cq difrekuensi berdekatan berjaya dijawab oleh XE2AU dari arah Long Path. Selain daripada itu pada jam 13UTC (9mlm) pula berjaya bekerja dengan W5PR Long Path dari Texas pada hari yang sama.

Sumber dari qrz.com menunjukkan sejauh 28846.3 km berjaya dihubungi secara LP antara 9M2ESM dan KH7Y.

Ini adalah rakaman yang berjaya dirakam selepas dijawap panggilan cq oleh KH7Y

Kisah yang sama berlaku dalam CQWW SSB tahun lepas iaitu 2010 di mana secara luar jangkaan dapat bekerja dengan YN2AA dan P40W. Boleh baca artikel dari YN2AA di http://lists.contesting.com/_3830/2010-11/msg00448.html.

Antara petikan pengalaman dari YN2AA semasa CQWW DX SSB 2010

Antara kelengkapan yang digunakan CQWW DX SSB 2011 kali ini ialah:
  • Transceiver : ICOM 718 & FT857D
  • Antenna: 9 elemen multiband yagi (Dalbeam) - 10m/6m
  • Power : 100Watts

Sebanyak 6 benua dari 673 QSO's berjaya didapatkan. Berikut adalah pecahan negara yang diperolehi mengikut CQ Zone.

Zone 1
- Alaska

Zone 3
- United States.

Zone 4
- United States, Canada.

Zone 6
- Mexico.

Zone 7
- Costa Rica.

Zone 9
- French Guyana, Venezuela, Colombia.

Zone 10
- Ecuador.

Zone 11
- Brazil.

Zone 13
- Argentina, Uruguay.

Zone 14
- Fed. Rep. of Germany, Spain, Netherlands, Denmark, Norway, France, Sweden, England, Wales, Luxembourg, Belgium, Belaric Is., Northern Ireland, Ireland, Portugal.

Zone 15
- Bosnia-Herzegovina, Serbia, Croatia, Lithuania, Estonia, Italy, Slovak Rep., Poland, Slovenia, Austria, Finland, Czech Rep., Hungary, Malta, San Marino, Latvia, Macedonia, Montenegro.

Zone 16
- Ukraine, Russia (EU), Moldova, Belarus.

Zone 17
- Russia (As), Tajikistan, Kazakhstan.

Zone 18
- Russia (As).

Zone 19
- Russia (As).

Zone 20
- Cyprus, Bulgaria, Romania, Israel, Greece, Crete, Jordan, Turkey.

Zone 21
- UAE, Armenia, Qatar, Bahrain, Saudi Arabia, Kuwait.

Zone 22
- India, Maldives.

Zone 23
- Mongolia.

Zone 24
- China, South Korea, Hong Kong, Taiwan.

Zone 25
- Japan.

Zone 26
- Vietnam.

Zone 27
- Philippines, Guam, Mariana Is.

Zone 28
- West Malaysia, Indonesia, Singapore, East Malaysia.

Zone 29
- Australia.

Zone 30
- Australia.

Zone 31
- Hawaii, Midway Is.

Zone 32
- Rotuma Is., Tonga, New Zealand.

Zone 33
- Canary Is., Madeira Is.

Zone 35
- The Gambia, Nigeria, Cape Verde.

Zone 36
- Dem. Rep. of Congo, Angola, Gabon.

Zone 37
- Tanzania, Djibouti.

Zone 38
- Namibia, South Africa.

Zone 39
- Madagascar, Reunion, Mauritius.

Jumlah keseluruhan mata ialah 4 kali ganda lebih banyak dari tahun lepas untuk SOSB (Single Op Single Band) 10m Low Power semasa menggunakan 9w2esm. Saya tak tahu kalau ada yang komen negatif hasil penat lelah dan pengorbanan masa dan aktiviti bersama keluarga sepanjang pertandingan ini. Tahniah untuk stesen dari Malaysia yang turut serta dalam contest ini seperti 9m2sm, 9m2zak, 9w2vvh, 9m6ybg, 9m2idj, 9w2ts, 9m4cpd, 9w2www, 9w6zam dan lain2 lagi. Bagi rakan-rakan 9w2 yang berusaha untuk mode yang sama ucapan tahniah diberikan kepada anda semua terutama buat 9w2www atas kejayaan dan pencapaian anda. Aku tak dapat ke mode All Band disebabkan tidak mempunyai sistem antena yang baik untuk band yang lain dan tak dapat nak ke High Power kerana tidak mempunyai peralatan yang seadanya. Insyallah tahun hadapan akan ke All Band selepas C3S dinaikan nanti. Mudahan penglibatan kali ini dapat mengalahkan stesen2 dari Asia yang lain. Amin de 9m2esm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.