My Slide Pages

30 Nov 2011

Unless you have been living under a rock!

Ya, itulah kata2 dalam surat yang dihantar dari ARRL bagi jemputan menyertai ARRL 10m Contest yang akan menjelang minggu hadapan pada 10 Disember 2011. Lihat http://www.arrl.org/10-meter. Sejak bulan oktober lagi, 10m band seakan hampir setiap hari membuka ke USA. Ramai yang tak menyedari bahawa ianya amat amat amat jarang sekali berlaku. Tinggal 10 hari lagi persiapan dan ini mungkin peluang rakan2 yang baru berjinak di 10m untuk cuba qso bersama rakan dari USA.

Contest award yang terkini diperolehi hasil qso hanya satu stesen dari USA di 10m pada tahun lepas.

Surat yang dihantar dari pengurus contest.

Contest award yang diperolehi bagi WWDX SSB Contest 2010 dimana markah yang diperolehi merupakan rekod baru bagi DXCC West Malaysia.

Koleksi award yang diperolehi sewaktu menggunakan callsign 9w2. Target sebelum tahun depan, antara award pilihan ialah WAJA, DXCC dan Totem Award.

Gambar bersama 9m2yot, 9m2aur dan 9m2fx yang datang secara mengejut sewaktu memasang CS3. Semoga pertolongan anda semua mendapat ganjaran yang setimpal disana. Sekadar enjoy the hobby. Don't too serious. De 9M2ESM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.