My Slide Pages

10 Dis 2012

M'sia Field Day 2012 + Mini Iota Dx-pedition AS-097 Pulau Besar, Melaka


Pada 1 dan 2hb Disember 2012 yang lalu, kami telah berjaya mengaktifkan Iota AS-097 Pulau Besar + Malaysia Field Day 2012 yang dilangsungkan secara serentak diseluruh Malaysia. Alhamdulillah boleh saya katakan xpdc ini berjaya dalam kaca mata saya.

Anggota dalam xpdc ini ialah 9M2YOT, 9M2AUR, 9W2GSG, 9W2FNN dan 9W2TLR. Juga Sumbangan dari 9W2EJT. Semuanya hebat-hebat belaka. Ianya umpama impian menjadi kenyataan apabila terkenangkan angan-angan saya dan Aimil sewaktu mendirikan stesen di Seafearer Melaka dan ditemani oleh 9W2TGT (silent key) beberapa tahun yang lalu.

Pada awalnya saya dan 9W2EJT telah merancang melalui fb dan tanpa disangka Aimil menalifon dan ingin juga mendirikan stesen field day. Saya berterima kasih kepada Yot dan Aimil (selaku Project Manager) serta team beliau atas semangat yang diberikan. Saya dapat tahu xpdc ini juga dapat bantuan daripada Meracc terutama dalam mendapatkan lokasi stesen di Pulau Besar, Melaka. Terima kasih untuk Meracc. Terima kasih juga pada 9M2YRS dan 9M2BAL melalui MARL atas penganjuran Field Day 2012.

Tapi kenapa Pulau Besar? (Kalau ditanya kepada saya). Pada pandangan saya seorang kaki DX, bagi saya pengalaman yang berlainan yang tidak dapat cari apabila berkerja dengan DX. Dalam permainan komunikasi melalui radio amatur, terdapat beberapa lokasi khas yang juga menjadi tumpuan pengejar DX selain daripada DXCC iaitu Iota, Sota dan Lighthouse, dll. Terdapat juga kaki DX gemar menjejaki callsign-callsign khas, prefix unik, JOTA dan pelbagai lagi. Mungkin ianya mempelbagaikan permainan hobi ini. Saya rasakan mungkin belum ada lagi stesen tempatan yang pernah mendirikan komunikasi HF di pulau ini.

Jadi mengapa lokasi AS-097 dipilih sedikit sebanyak menjawab. Selain daripada itu, ianya memperkenalkan pulau (tarikan pelancongan) berkenaan diseluruh dunia dengan kemampuan berkomunikasi walaupun terletak jauh dari daratan. Ianya juga mencabar diri dalam mempersiapkan kelengkapan sebelum aktiviti juga sepanjang aktiviti berkenaan sehingga tamat aktiviti yang dirancang.

Seiringan dengan AS-097 iaitu nombor bagi Iota bagi pulau-pulau dibahagian Selat Melaka yang dipunyai oleh negeri Johor dan Melaka, pulau lain yang juga dilebal sebahagian daripada AS-097 ialah Pulau Pisang, Pulau Kukup dan Pulau Sauh. Info mengenai Iota boleh lihat di http://www.rsgbiota.org. Pulau Besar bagi saya salah satu destinasi menarik, nak tau lebih lanjut kena lah datang sendiri :)

Antena yang digunakan:
- 2 elemen yagi-uda 15m
- 3 elemen yagi-uda 10m
- G5RV jr.
- 9 elemen yagi-uda 2m.
- Long wire 40m dipole.

Transceivers:
- 2 unit ICom 718
- 1 unit Yeasu FT897

Secara umum, keseluruhan band DX agak sukar dihubungi kecuali di 15m pada siang hari. 40m band cukup baik untuk komunikasi local sepanjang pengaktifan ditambah cuaca yang tidak menentu di sesetangah tempat. Ahli xpdc mempelajari khidmat ICT semasa DX dan mengendali pile-up serta net di 40m. Selain mengambil pengalaman mendirikan stesen disana, rakan 9M sempat mengajar merongga ICom 718 untuk meningkatkan keupayaannya disamping berehat dan santai di Pulau Besar, Melaka. Banyak kenangan di sana, yang tak sempat ditulis walaupun hanya 24jam operasi. De 9M2ESM.


Gambar jeti sewaktu meninggalkan Pulau Besar Melaka. (Sumber 9W2GSG)


Gambar anggota AS-097 pada 1-2 Dis 2012. (Sumber 9M2YOT)

1 ulasan:

  1. Terbaek la semua....smoga lebih ramai penyertaan pd masa akan dtg...tahniah pd semua yg menjayakn...lpas ni blh buat lg...x pyh tggu field day je...kite wat DX ing smbil dgn BBQ...blh bg pluang pd 9w2 utk QSO lebih dr 10mtr band...73 jupe lg...ta..ta...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.