Lokasi : Perpustakaan Negeri Melaka, Bukit Baru Melaka
Anjuran : Agensi Angkasa Negara & Kerajaan Negeri Melaka
Pada 4 dan 5 April tempoh hari, saya berkesempatan untuk membantu mendiri gerai atau booth pameran bagi aktiviti komunikasi satelit dalam radio amatur di Perpustakaan Negeri Melaka melalui saluran persatuan MARTS dan kumpulan AMSAT.MY. Ianya bermula apabila Pakdin 9M2DA mendapatkan bantuan saya bagi tujuan berkenaan, juga mendapatkan bantuan rakan-rakan lain setempat yang sudi secara sukarelawan dalam aktiviti ini. Dengan bantuan dari rakan AMSAT.MY iaitu 9W2VRD + 9W2BXN serta setiausaha MARTS iaitu 9M2PRO dan urusetia dari Angkasa Malaysia iaitu Hamka 9W2HVT dan Fairul perancangan aktiviti telah dapat dilakukan. Setelah berbincang dengan 9M2DA serta rakan-rakan lain iaitu 9W2USM, 9W2JOH dan 9W2FRP yang telah berhasrat untuk membantu, beberapa persediaan telah dapat dikenalpasti.
Sepanjang 2 (DUA) hari pameran, bermula seawal jam 7.30 pagi team pameran telah sampai ke lokasi dan telah membuat persiapan seperti yang dirancang. Pengisian pameran dibahagikan kepada beberapa tugas utama oleh PIC berikut yang diketuai oleh 9M2DA iaitu:
- Edaran brochure berkaitan dan video serta penerangan oleh 9M2ESM.
- Demonsrtasi dan penerangan berkaitan dengan komunikasi satelit dalam radio amatur oleh 9M2DA dan 9W2JOH.
- Demonstrasi penggunaan SDR radio oleh 9W2FRP dan 9W2USM.
Team kami dibantu oleh beberapa rakan radio amatur lain yang hadir bagi pemasangan peralatan dan penutupan booth pameran iaitu 9W2USM, 9W2NWE, 9W2VKS, 9W2VBC, 9M2CCC, 9W2VPZ, 9W2MWZ, 9W2LHO, 9W2ZKU dan YF5VTH.
Bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang ramai tetamu yang hadir ke booth pameran kami yang kebanyakkannya terdiri daripada pegawai dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran, pelajar dan guru sekolah serta orang awam yang membawa anak-anak mereka ke tapak pameran sempena Minggu Sains Negara peringkat negeri Melaka. Di antara mereka, ramai yang ingin mengetahui tentang apakah itu radio amatur dan perkara atau manfaat yang kita perolehi apabila menjalankan aktiviti ini. Terdapat juga orang awam yang bertanyakan cara mendapatkan callsign termasuk dari rakan-rakan agensi RELA yang menjaga lalu-lintas. Bagi pengunjung daripada kalangan pelajar sekolah pula terutama dari sekolah rendah mereka lebih memerlukan penerangan asas tentang sains radio berkaitan dengan frekuensi dan kefungsian satelit. Antara lain ramai rakan radio amatur sekitar Melaka juga hadir memberi sokongan disamping mempelajari berkaitan dengan komunikasi satelit dalam radio amatur antaranya 9W2DUO, 9W2NUZ, 9M2AWL, 9W2YPK, 9W2NVR, 9W2ZKU, 9W2VCY, 9W2AHZ dan beberapa rakan ham radio lagi yang saya lupa callsignya.
Minggu Sains Negara peringkat Negeri Melaka dirasmikan oleh YB Dato Wira Dr Abu Bakar Md Diah iaitu Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi dengan ucapan yang penuh motivasi berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi yang turut dihadiri oleh ramai VIP lain. Pada kesempatan selama dua hari pameran ini juga, saya sempat melawat dan mendapatkan pelbagai maklumat dari booth pameran lain di antaranya dari ANGKASA Malaysia, SIRIM, MET Malaysia dan dari pelbagai agensi lain termasuk sekolah-sekolah yang ada menghasilkan produk inovasi mereka. Dari ANGKASA Malaysia, pelbagai maklumat penting yang dapat dipelajari tentang satelit atau microsat, antaranya ialah usahasama UiTM dengan ANGKASA Malaysia bersama beberapa agensi luar yang akan melancarkan sebuah microsat pada beberapa bulan akan datang melalui bantuan biro agensi angkasa dari negara Jepun. Dengan harapan Malaysia akan mempunyai sebuah microsat radio amatur mereka sendiri.
Untuk aktiviti pameran akan datang, beberapa penambahbaikan perjalanan aktiviti boleh dilakukan termasuklah, i- menghasilkan satu model microsat yang mempunyai keupayaan crossband VHF/UHF, jangka suhu, elevation meter dll bagi tujuan demonstrasi, ii- menyediakan buku pelawat bagi tetamu yang hadir, iii- menghasilkan peralatan demo yang berkaitan dengan sains radio dan satelit seperti kesan doppler dll. Terima kasih lagi sekali kepada AMSAT-MY atas sokongan dan penyediaan bunting + banner, MARTS dan semua rakan yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Terima kasih khas buat 9M2JOH dan rakan beliau 9M2CCC dan YF5VTH yang datang dari jauh untuk menjayakan program, semangat ham radio yang terbaik ditunjukkan. Semoga usaha kalian diberkati. 73 de 9M2ESM.
Sesi perbincangan aktiviti bersama rakan radio amatur Muar termasuk perbincangan awal pameran komunikasi satelit dalam radio amatur bersama 9M2DA.
Persiapan peralatan komunikasi satelit menggunakan rotator Yaesu G-5500.
Perbincangan dan minum petang bersama rakan dari Angkasa Malaysia sehari sebelum program bagi tinjauan lokasi.
Banner yang disediakan oleh AMSAT.MY. Terima kasih AMSAT.MY
Jadual perjalanan aktiviti sepanjang 2 hari program.
Pelajar dari Sek Menengah Tinggi St David Bukit Baru Melaka yang hadir ke booth kami.
9M2DA memberikan penerangan berkaitan komunikasi satelit dalam radio amatur.
Bergambar bersama rakan radio amatur sekitar Melaka yang hadir memberi sokongan. Terima kasih diucapkan. Turut bersama Abg Chong 9M2AWL.
9M2CCC dan YF5VTH membuat persiapan antena pada G-5500.
Dari kiri 9W2VBC, 9M2DA, 9M2CCC dan 9W2USM. Terima kasih Pakmus 9W2USM antara orang kuat kita dalam pameran ini.
Gambar bersama rakan radio yang hadir dalam pameran ini termasuk 9W2DUO iaitu Tn Hj Abu Bakar yang juga Pengarah Pelajaran Negeri Melaka.
Bergambar bersama geng ANGKASA Malaysia. Turut ada bersama 9W2HVT Hamka.
Cikgu Zahri dan Cikgu Zaidi yang hadir bersama anak-anak murid beliau ke tapak pameran.
9W2JOH membuat sesi penerangan kepada pelajar sekolah.
Antara rakan ham yang hadir termasuk Eva 9W2NUZ yang baru memperolehi callsign tapi menunjukkan sokongan yang hebat. Terima kasih Eva.
Perisian penjejakan satelit yang digunakan oleh 9W2JOH.
Sesi penerangan kepada pelajar sekolah oleh 9M2ESM.
Model Cubesat dari ANGKASA Malaysia.
Kehadiran YB Dato Wira Dr Abu Bakar Md Diah ke booth-booth pameran.
Sesi bergambar setelah tamat aktiviti yang dijalankan. Terima kasih semua.
Video berkaitan dengan komunikasi radio amatur dengan ISS yang banyak menarik minat pelajar.
Video persiapan aktiviti pameran yang dirakam oleh 9W2USM. Tq Pakmus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.