My Slide Pages

12 Apr 2011

10m Band

Antara kumunikasi radio jarak jauh yang unik ialah radio amatur dan band yang cukup unik ialah 10m. Banyak stesen jauh-jauh kini bukan lagi mustahil di 10m. Saya pernah cerita tentang komunikasi dua hala kepada rakan-rakan lain dan ramai terpinga-pinga dan tidak kurang ada yang perli dengan mengatakan "boleh cakap dengan orang kutub utara tak?". Dah dua kali kena perli macam tu hehehe. Hobi ni mungkin hanya sesuai untuk orang tertentu sahaja. Pada tahun ini sahaja lebih daripada 1200 contact telah saya perolehi termasuk lebih daripada 1500 contact pada tahun lepas dan semuanya hanya di 10m SSB. Band 2m? mungkin ada sendiri tahu senario komunikasi band 2m di Semenanjung Malaysia khususnya.

Apa yang perlu untuk di 10m:
1. Lesen radio amatur kelas A atau kelas B.
2. Radio HF
3. Antena.

Perkara-perkara lain yang perlu ialah:
1. Sebaik-baiknya anda perlu mendaftar callsign (lesen) anda di www.qrz.com ataupun mana web yang seumpama dengannya. Web berkenaan memaparkan tentang maklumat anda seperti koordinat, alamat, email, cara penghantaran kad qsl dan gambar-gambar berkaitan anda. Majoriti stesen dx mempunyai database ini.
2. Seperti menjadi suatu keperluan anda perlu punyai kad qsl. Saya sendiri telah belanja lebih daripada seribu ringgit untuk proses kad qsl ini. Kepada rakan-rakan dx yang ada terima kad qsl hasil qso sebaik-baiknya balaslah kerana hormatilah kos yang perlu dibelanjakan oleh si penghantar kad qsl seperti sampul surat, setem dan kos kad qsl itu sendiri. Jagalah nama baik rakan ham Malaysia.
3. Gunakan SOP yang baik dan berqso dengan budi bahasa. Monitor dahalu frekuensi sebelum melakukan qso. Berikan report qso rakan dx anda. Sila basa DX Code of Conduct.
4. Catatkan semua qso anda di logbook. Mungkin ada kurang praktikkan di band 2m. Tetapi di HF ianya menjadi suatu keperluan.
5. Keperluan tambahan lain ialah bahasa inggeris, jam UTC, peta prefix dan jangka suhu lokasi. Jangan terkejut jika ada stesen jauh seperti Italy dan Jepun yang fasih berbahasa Melayu.
6. Jika ada mendengar stesen contest, sebaik-baiknya anda baca dan faham dengan jelas kaedah dan peraturan radio contest sebelum menjawap panggilan dx anda.
7. Jumpalah rakan-rakan 9m dan 9w yang pengalaman dalam dx di 10m sebelum bergiat dalam HF ini.

Band 10m memang cukup bergantung kepada propagasi. Selamat ber-dx di 10m. Cukup seronok lebih-lebih lagi sekarang ni hampir setiap malam band membuka ke Eropah. Lihatlah kejayaan DX cikgu sabhi di blog www.9w2mso.blogspot.com. Sekalung tahniah kepada beliau. Banyak DXCC yang beliau perolehi belum lagi saya capai :)

6 Apr 2011

Melepasi 1000 contact di 10m SSB 2011

Alhamdulillah, syukur. Semoga artikel saya ini tidak ditamatkan dengan perasaan dan niat negatif. Hingga pada saat ini jam 13.00 UTC atau 9mlm waktu tempatan saya telahpun berjaya melepasi 1000 contact di 10m hanya untuk tahun 2011. Tahun lepas punya tak dapat nak sahkan sebab saya punyai masalah kehilangan catatan log qso 10m untuk bulan November dan Disember. Tiada yang mustahil di band yang unik ini. Semalam merupakan dx yang banyak yang saya dapat iaitu hampir melebihi 150 contact berjaya dilakukan di mana band membuka dua kali iaitu pada belah petang dan sebelum menjelang tengah malam. Stesen ke 1000 saya ialah A41KJ iaitu Mr Siddiq dari Oman.

Sejak beberapa hari ini, ramai stesen dx memperkatakan bahawa 10m kini berada pada pusingannya. Banyak stesen-stesen lama muncul semula selepas 5 hingga 10 tahun tidak ke 10m. Saya dapat lihat banyak stesen asia berjaya tembusi U.S.A pada waktu malam dimana ianya tidak pernah berlaku sepanjangan pemantauan saya di 10m. Saya perhatikan juga jumlah sunspot dan solar flux tidaklah setinggi pada bulan febuari yang lalu tetapi keadaan band cukup memberangsangkan. Cuma masalah qrm merupakan halangan utama dalam bulan ini. Rata-rata banyak stesen dx yang lain mengalami masalah ini. Semalam merupakan hari yang unik juga bagi saya di 10m. Pile-up saya di eropah telah dijawap oleh stesen dari Venezuela dan Martinique (FM5AA). Saya cuba pusing antena menghala ke kepulauan Carabbean tetapi kurang baik penerimaannya. Mungkin saya berkerja untuk Long Path atau sesuatu yang berlaku di lapisan ionosfera di eropah.

Selamat berada di 10m. Tahniah kepada Ijat 9w2ejt kerana menyahut cabaran saya di 10m :)

28 Mac 2011

Antara Contest yang terbaik 2011

Alhamdulillah, selalu mulakan dengan pemikiran positif. Dengan harapan semua pembaca blog disini dapat tamatkan artikel saya ini dengan terbuka dan positif tanpa perasaan dengki. CQ WPX saya telah tamatkan dengan jayanya selama dua hari dengan keletihan. Sebanyak 92 stesen berjaya dihubungi dan beberapa DXCC baru berjaya diperolehi termasuk 2 stesen yang tidak dicatatkan pada log contest 10m SSB.

Amat menarik kali ini dengan keadaan SFi melebihi 100 dan SN mencecah seratus, kesemua 6 benua berjaya ditawan. Ini merupakan radio contest yang ke-3. Buat pertama kali juga dalam contest ini saya dapat mendengar stesen jauh seperti Guadeloupe TO11A, U.S. Virgin Islands WP2Z, Curacao PJ2T serta stesen dari Dodecanese dan Azores dan pada waktu berkenaan juga saya telah berjaya berhubung dengan stesen dari Puerto Rico setelah beliau cuba membetulkan callsign saya selama 5 minit. Komunikasi kami berjaya tapi beliau tidak memberikan saya contest number dan saya letakkannya dalam log biasa saya. Stesen dari USA juga boleh di dengar pada waktu pagi 0.00 UTC pada 26hb begitu juga stesen Surinam pada belah tgh malam dimana kedua-dua stesen berkenaan telahpun berjaya saya tangkap pada sesi DX yang lepas-lepas iaitu W6TK dan PZ5RA.

Setiap kali contest memang tidak mengecewakan saya kerana pada waktu berkenaanlah saya dapat mengumpul dxcc. Saya di antara stesen asia yang punyai jumlah qso yang rendah berbanding ratusan qso yang berjaya dikutip oleh rakan-rakan negara asia lain. Walaupun window dx saya pada kali ni tidak baik untuk ke Jepun dan Australia serta Eropah tetapi laluan membuka ke kepulauan Caribbean pada 26hb yang lalu cukup memberi kepuasan walaupun sekadar mendengar. QRM dari belah Eropah cukup kuat dalam bulan ni dan laluan beam ke Africa yang kurang noise banyak membantu dalam komunikasi stesen DX dari Eropah. Apa yang saya jangkakan, mungkin ada yang markah ditolak sebab banyak nombor contest dikhuatiri salah.. yelah dorang pass nombor pun bukan sikit punya laju then terus bagi 73. Apepun kita lihat pada keputusannya tahun hadapan.

Senarai DXCC yang berjaya dihubungi ialah (*= new dxcc):

Oceania
*Fiji, Hawaii, Australia, New Zealand, East Malaysia, *Timor Leste, Cocos (Keeling) Islands

South America
Brazil, Venezuela

Asia
China, Asiatic Russia, Japan, Taiwan, *Bhutan, Thailand, Cyprus, U.A.E, Saudi Arabia, Cambodia, Kuwait, India

Europe
European Russia, Bulgaria, Crete, Croatia, Italy, Slovenia, Serbia, Germany

Africa
Sudan, South Africa, Cape Verde, Djibouti, Rep. of Congo, Canary Islands, *Madeira Island, Namibia, Tanzania, *Morocco

North America
*Puerto Rico

22 Feb 2011

Another Nice Award

Alhamdulillah, tiada yang mustahil di 10m. Berkat selalu monitor inilah hasilnya. Pagi, awal pagi, petang, siang dan malam memang tidak pernah putus asa. Memang jadi gian (memang betul kata rakan-rakan). Band tutup ke, bising ke, tak de orang ker, memang aku redah. Kadang-kadang berminggu tak dapat apa-apa contact. WAC atau Worked All Continents merupakan award dimana anda perlu berkerja dengan mana-mana 6 stesen di 6 benua iaitu Asia, Oceania, Africa, Europe, South America dan North America untuk memperolehi award ini. Kad QSL perlu dihantar sekali sebagai bukti dalam permohonan dan mereka memang memulangkannya kembali. 13 USD diperlukan untuk award ini. Anda boleh gunakan link ini sebagai rujukan http://www.iaru.org/wac/