My Slide Pages

4 Mei 2012

Summarize Report of April

Seperti dalam rekod log yang lepas, bulan april antara bulan yang bagus dalam aktiviti DX terutama di 10m. Mungkin waktu perubahan musim yang baik bagi sesetangah negara di luar sana. Dalam bulan April juga dapat lihat banyak aktiviti DX pedition yang dijalankan termasuk dari 9m0l.

Tidak banyak eyeball pada bulan ni, cuma sempat ke Kuantan berjumpa dengan beberapa rakan ham di sana terutama 9w2www yang mengenalinya di 10m. Seronok juga dapat jalan-jalan ke Kuantan dan sempat masuk sebentar di repeater Peramah. Ternyata orang pahang memang peramah.

Bergambar di rumah Azam 9W2WWW bersama Shaz 9W2SZW

Bergambar bersama 9M2TOT dan 9W2SZW

Dalam bulan April juga, adalah titik permulaan dalam penerokaan di band 17m. Ternyata WARC band yang pernah dikhaskan untuk mode cw merupakan antara band yang senyap berbanding band-band yang lain. Dalam tempoh sebulan lebih dari seribu contact berjaya dilakukan. Cuma band 12m sahaja belum menemui rentaknya. 10m pula cukup rancak dan 6m kurang memberansangkan.

Bulan April juga merekodkan jumlah surat yang sampai dengan kuantiti yang banyak iaitu 14 keping maksimum dalam satu hari. Tak kurang juga ramai stesen dx yang memberi sumbangan dalam bentuk setem.

Selain daripada itu 11m meter juga tidak kurang hebatnya. Rakan kita Cikgu Arie berjaya membuat activation callsign khas di 11m dan berjaya dengan 500 contact. 11m antara band yang santai terutama bila dapat menghubungi rakan dari seberang iaitu Bruno. Bruno ni bukan calang-calang orangnya, beliau pernah menggunakan callsign YB8YB.

Antara rakaman qso bersama Bruno.

Antara stesen yang tidak dijangka dapat dihubungi di 17m

Sehingga kini antara feel yang menarik bagi saya dalam hobi radio amatur ini ialah apabila dapat berkomunikasi dengan dunia luar. Itu yang tidak terdapat dalam mana-mana hobi yang lain. De 9M2ESM

3 Mei 2012

New DXCC on 3 Band

Rasanya macam dah lama tak update blog. Apabila melihat kejayaan rakan-rakan di 10m dapat berhubung dengan stesen dari Yeman, hati dah tak keruan. Tuner yang rosak telah cuba dibaiki dengan menggunakan 100pF sebagai pengganti kepada komponen yang rosak.. tuner masih boleh berfungsi tapi tak 100% perfect, itulah kelebihan Comet CAT-300.

Dengan bantuan 9M2LMF yang mempunyai tuner yang sama aku dapat detect code bagi komponen berkenaan iaitu 6D KCK. Menurut rakan ham dari jepun KCK adalah code bagi syarikat Maruwa. Mudah-mudahan ianya dapat dicari pengganti komponen berkenaan.

100pF nampaknya masih tak dapat menghidupkan tuner kembali 100% pulih. Linear baru masih belum dicuba lagi. Memang nak kena tunggu kapasitor yang asal. Jadi, menggunakan tuner yang sakit dapat juga tambah 3 dxcc baru bagi band 15m - dari Dodecanese, 17m - Ogasawara dan 10m iaitu dari Yeman. Hasrat untuk 5Band WAC sikit lagi nak tercapai tinggal stesen belah SA sahaja di 12m band. Dalam waktu yang sama masih mengejar untuk 5Band DXCC. DXCC keseluruhan masih belum kira lagi. Sayang banyak DXCC yang agak rare yang berjaya sewaktu menggunakan 9W dahulu aku tak ambil kira. De 9M2ESM

21 Apr 2012

9M2ESM Personal Achievement Award

Tahun 2012 merupakan di antara tahun dimana 10m band merupakan band pilihan DX bagi seluruh stesen radio amutur di dunia. Atas kesempatan itu, saya ingin mewujudkan satu award khas bagi semua pemegang lesen 9W's di Malaysia yang sanggup terima cabaran untuk bekerja dengan 6 buah stesen di setiap setiap benua termasuk stesen wajib dari asia iaitu 9M2ESM :). Ke semua stesen perlulah dihubungi di jalur 10m SSB dengan kuasa pemancaran 50W. Ke semua stesen yang telah dihubungi perlulah dibuktikan dengan dalam bentuk sama ada video, audio, kad qsl, eqsl kad, poskad atau email.

Hantarkan permohoman anda dalam bentuk log dan maklumat peribadi ke email syam1981@yahoo.com. Award ini sah pada tahun 2012 bermula dari tarikh hari ini iaitu 21 April 2012 sehingga 31 Disember 2012. Hadiah award ialah sijil khas disamping antena G5RV Jr buatan USA serta hadiah misteri. Matlamat dan tujuan adalah untuk memeriahkan lagi band 10m dengan kehadiran stesen dari 9W (Malaysia) sambil beramal :) Selamat Ber-DX. De 9M2ESM

9 Apr 2012

Finally i got VK0TH

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya berhubung dengan stesen dari kawasan antartika iaitu VK0TH terutama di band 10m. VK0 merupakan DXCC bagi bagi pulau Macquarie Island yang terletak berdekatan dengan Australia. Sebenarnya sudah lama menunggu propagasi membuka ke kawasan berkenaan sejak menggunakan 9W2 lagi.

Eqsl yang diperolehi daripada stesen VK0TH iaitu Mr Trevor hasil komunikasi di 10m pada 7 April 2012 (Sabtu) jam 10.47 pagi waktu Malaysia dengan report 56 yang diberikan kepada saya.

Video yang dirakam selepas berjaya menghubungi stesen VK0TH

Menurut laman web rasmi kerajaan Australia dan wikipedia, Pulau Macquarie merupakan sebuah pulau yang dimiliki oleh kerajaan Australia juga merupakan kawasan World Heritage Site dibawah UNESCO yang mempunyai populasi 20-40 orang. Ianya mula dijumpai secara tidak sengaja oleh Frederick Hasselborough pada 1810 lalu diletakkan dibawah jajahan Britain dan berada dibawah pentadbiran Tasmania pada 1890 yang melaksanakan industri minyak berasaskan penguin. Cuaca di pulau ini pernah mencatatkan suhu serandah -9.4 celcius dan setinggi 13.4 celcius purata sepanjang tahun.

Gambar VK0TH dari qrz.com

Antara cerita yang unik berkaitan dengan Pulau Macquarie

Peta menunjukkan lokasi Pulau Macquarie yang boleh dirujuk disini. Dengan berjayanya menghubungi stesen ini, maka hasrat untuk memohon beberapa award termasuk Worked All VK Call Areas. De 9M2ESM