My Slide Pages

9 Apr 2013

I'm no longer produces achivement award for 10m




Salam hormat dari saya, untuk makluman semua pengujung, pada tahun-tahun yang lalu saya pernah membuat sijil award bagi mereka yang berjaya berkerja di 10m berdasarkan beberapa syarat. Pada ketika ini, ingin umumkan bahawa award berkenaan akan saya tamatkan. Yahoo! Jika ada sebarang permohonan maka saya tidak dapat proses. Sekalung penghargaan kepada bang Arie 9W2VVH kerana menjadi penerima tunggal award ini. Tujuan saya hanyalah ingin memeriahkan hobi ini, jika ada yang rasakan saya keterlaluan saya mohon maaf.

Gambar 9W2VVH menerima award daripada saya bersama saguhati G5RV jr.

Mesej saya jelas bahawa, kita perlukan pendorong untuk lebih bersemangat dan enjoy dalam hobi ini terutama yang berkerja DX di 10m. Terutama sijil-sijil award dari persatuan-persatuan radio amatur di Malaysia. Bukannya tinggi kos menghasilkan sehelai award ini berbanding nilai sentimental yang diterima oleh pemohonnya. Ada juga sesetengah persatuan DX luar sana kenakan sejumlah bayaran lagi bagi meningkatkan sumbangan dana persatuan mereka. Ya... saya sebut DX 10m, kenapa DX? sebab band berkenaan secara umumnya membolehkan kita berkerja dengan stesen DX. Terdapat ramai (stesen baru) yang beranggapan bahawa dengan memiliki set 10m, maka mereka dapat berkerja dengan rakan-rakan mereka yang berlainan negeri. Tanggapan berkenaan adalah melesit ditambah jika ingin mewujudkan 10m net. Memang benar propagasi kadang-kadang membuka untuk berhubung antara negeri-negeri dan wilayah berlainan tapi keadaan ini berlaku hanya sekejap. Kalau anda penunggu setia 10m, insha-allah tidak mustahil anda dapat berkomunikasi, tetapi adakah rakan anda di negeri-negeri lain tahu band sedang membuka? Ini juga merupakan cabaran di 10m. Tidak seperti yang berlaku di 10-10 International di US yang mengadakan 10m net dengan kerap kerana pengguna 10m yang ramai di US. Untuk berkerja DX di 10m, bagi pemegang lesen 9W ianya tidaklah sukar jika band membuka kerana hampir kebanyakkan stesen DX diluar sana berkuasa tinggi selain mempunyai kelengkapan HF yang hebat. Maka jangan disebabkan PEP 50W juga dijadikan alasan untuk menanggap sukar berkerja di 10m. 


Sijil award ini bukanlah terlalu penting untuk kenaikan pangkat tapi sekadar penghargaan bagi individu yang passion dalam hobi DX ini. Ianya bagi tatapan generasi seterusnya. Untuk yang tidak memahami, sijil award ini bukanlah permainan baru dalam dunia radio amatur. Ianya sudah sekian lama diwujudkan. Pak Eshee 9M2FK antara orang lama yang gemar memburu sijil award ini dahulu. Untuk yang tidak tahu beliau adalah di antara ahli bagi DIG (Diplom Interessen Gruppe) antara award yang sukar diperolehi inikan pula menjadi ahli dalam DIG. Boleh dibilang stesen asia yang menjadi ahli berkenaan. (lihat ini). Bagi saya radio amatur award merupakan salah satu kepuasan bagi saya dalam hobi ini, tapi tidak bagi semua penggiat radio amatur. Saya mengharapkan WAMA akan diteruskan oleh MARTS. Jika anda ingin memburu radio award ini anda hanya perlukan google dan search kerana hampir setiap persatuan aktif di setiap negara ada awardnya tersendiri.

10 Dis 2012

M'sia Field Day 2012 + Mini Iota Dx-pedition AS-097 Pulau Besar, Melaka


Pada 1 dan 2hb Disember 2012 yang lalu, kami telah berjaya mengaktifkan Iota AS-097 Pulau Besar + Malaysia Field Day 2012 yang dilangsungkan secara serentak diseluruh Malaysia. Alhamdulillah boleh saya katakan xpdc ini berjaya dalam kaca mata saya.

Anggota dalam xpdc ini ialah 9M2YOT, 9M2AUR, 9W2GSG, 9W2FNN dan 9W2TLR. Juga Sumbangan dari 9W2EJT. Semuanya hebat-hebat belaka. Ianya umpama impian menjadi kenyataan apabila terkenangkan angan-angan saya dan Aimil sewaktu mendirikan stesen di Seafearer Melaka dan ditemani oleh 9W2TGT (silent key) beberapa tahun yang lalu.

Pada awalnya saya dan 9W2EJT telah merancang melalui fb dan tanpa disangka Aimil menalifon dan ingin juga mendirikan stesen field day. Saya berterima kasih kepada Yot dan Aimil (selaku Project Manager) serta team beliau atas semangat yang diberikan. Saya dapat tahu xpdc ini juga dapat bantuan daripada Meracc terutama dalam mendapatkan lokasi stesen di Pulau Besar, Melaka. Terima kasih untuk Meracc. Terima kasih juga pada 9M2YRS dan 9M2BAL melalui MARL atas penganjuran Field Day 2012.

Tapi kenapa Pulau Besar? (Kalau ditanya kepada saya). Pada pandangan saya seorang kaki DX, bagi saya pengalaman yang berlainan yang tidak dapat cari apabila berkerja dengan DX. Dalam permainan komunikasi melalui radio amatur, terdapat beberapa lokasi khas yang juga menjadi tumpuan pengejar DX selain daripada DXCC iaitu Iota, Sota dan Lighthouse, dll. Terdapat juga kaki DX gemar menjejaki callsign-callsign khas, prefix unik, JOTA dan pelbagai lagi. Mungkin ianya mempelbagaikan permainan hobi ini. Saya rasakan mungkin belum ada lagi stesen tempatan yang pernah mendirikan komunikasi HF di pulau ini.

Jadi mengapa lokasi AS-097 dipilih sedikit sebanyak menjawab. Selain daripada itu, ianya memperkenalkan pulau (tarikan pelancongan) berkenaan diseluruh dunia dengan kemampuan berkomunikasi walaupun terletak jauh dari daratan. Ianya juga mencabar diri dalam mempersiapkan kelengkapan sebelum aktiviti juga sepanjang aktiviti berkenaan sehingga tamat aktiviti yang dirancang.

Seiringan dengan AS-097 iaitu nombor bagi Iota bagi pulau-pulau dibahagian Selat Melaka yang dipunyai oleh negeri Johor dan Melaka, pulau lain yang juga dilebal sebahagian daripada AS-097 ialah Pulau Pisang, Pulau Kukup dan Pulau Sauh. Info mengenai Iota boleh lihat di http://www.rsgbiota.org. Pulau Besar bagi saya salah satu destinasi menarik, nak tau lebih lanjut kena lah datang sendiri :)

Antena yang digunakan:
- 2 elemen yagi-uda 15m
- 3 elemen yagi-uda 10m
- G5RV jr.
- 9 elemen yagi-uda 2m.
- Long wire 40m dipole.

Transceivers:
- 2 unit ICom 718
- 1 unit Yeasu FT897

Secara umum, keseluruhan band DX agak sukar dihubungi kecuali di 15m pada siang hari. 40m band cukup baik untuk komunikasi local sepanjang pengaktifan ditambah cuaca yang tidak menentu di sesetangah tempat. Ahli xpdc mempelajari khidmat ICT semasa DX dan mengendali pile-up serta net di 40m. Selain mengambil pengalaman mendirikan stesen disana, rakan 9M sempat mengajar merongga ICom 718 untuk meningkatkan keupayaannya disamping berehat dan santai di Pulau Besar, Melaka. Banyak kenangan di sana, yang tak sempat ditulis walaupun hanya 24jam operasi. De 9M2ESM.


Gambar jeti sewaktu meninggalkan Pulau Besar Melaka. (Sumber 9W2GSG)


Gambar anggota AS-097 pada 1-2 Dis 2012. (Sumber 9M2YOT)

9M2/SP5APW (AS-073) May 1-7, 2013

Blog for 9M2/SP5APW (AS-073) May 1-7, 2013
http://as-073.blogspot.com/

Tahniah kepada Jacek kerana berjaya memperolehi callsign Malaysia untuk berkerja di AS-073 Pulau Perhentian. Jacek akan datang bersama keluarga untuk bercuti dan bercadangan untuk aktifkan stesen radio amatur di sana nanti. Saya pernah berhubung dengan beliau di 17m dan 15m, lalu Jacek menghantar email meminta bantuan. Bagi saya kehadiran Jacek bersama keluarga membantu sektor perlancongan negara disamping secara tidak langsung beliau mempromosikan pulau-pulau di Malaysia. Jacek dari Poland dan Poland bukan reciprocal dengan Malaysia, maka usaha untuk mendapatkan callsign memang amat payah di mana ianya melibatkan kedutaan. Jacek telah mengaktifkan banyak stesen iota di Asia Tenggara dan pemilihannya di Malaysia sudah pasti ada sesuatu yang menarik bagi beliau.

Tahniah Jacek 9M2/SP5APW, semoga sukses dengan pengaktifan anda di Pulau Perhentian pada 1-7 Mei 2013.

Huge Incoming QSL Cards From Bureau

Pada bulan bulan-bulan yang lepas saya menerima kad qsl yang paling banyak setakat ini yang memaksa saya untuk mereka kad baru yang lebih kos efektif hehe. Perlu ke saya balas? Ya perlu. Good manner perlu diamalkan. Mereka yang hantar kad ini bukanlah proses yang mudah. Ada antaranya mengharap saya membalasnya dengan ucapan-ucapan seperti 'Tnx For New One", "My 1st 9M2", "pse qsl" dan lain-lain lagi. Sudah pasti mereka juga membelanjakan kos buat kad, kos ahli persatuan dan kos penghantaran ke bureau mereka. Apa terjadi jika tak membalasnya? Terpulang kepada anda tapi bagi saya ianya adalah harapan mereka. 

Saya ada mendengar cerita dari orang lama, dulu ada di antara mereka buang kad-kad ini bila ada terima sebundle kad-kad dari buro, memang tak patut. Tak perlulah cerita panjang tapi bagi saya, ianya bukan soal untuk tunjuk menunjuk ianya adalah normal bagi penggiat aktif DX. Beribu stesen DX diluar lagi hebat dari ni. Kita tak boleh paksa orang minat apa yang kita minat. Saya minat DX atas kehendak saya bukan kehendak orang lain bila melihat cara stesen DX enjoy dengan hobi ini dan bila-bila masa sahaja saya boleh berubah minat. Apepun terima kasih kepada 9M2TPT kerana atas bantuan sampaikan kad-kad ini dan tak lupa juga kepada 9M2CJ atas jasa khidmat beliau.

Kad yang diterima.

Kad yang diterima

Design baru kad qsl.

Bungkusan kad dari ARRL

Info sampingan. Award dari WWDX Contest 2011 (PH) SOSB 10m. New record 9M2. Entah bila saya boleh aktif contest lagi memandangkan ada tugasan penting nak kena fokus. Salam dari saya 9M2ESM.