My Slide Pages

21 Apr 2012

9M2ESM Personal Achievement Award

Tahun 2012 merupakan di antara tahun dimana 10m band merupakan band pilihan DX bagi seluruh stesen radio amutur di dunia. Atas kesempatan itu, saya ingin mewujudkan satu award khas bagi semua pemegang lesen 9W's di Malaysia yang sanggup terima cabaran untuk bekerja dengan 6 buah stesen di setiap setiap benua termasuk stesen wajib dari asia iaitu 9M2ESM :). Ke semua stesen perlulah dihubungi di jalur 10m SSB dengan kuasa pemancaran 50W. Ke semua stesen yang telah dihubungi perlulah dibuktikan dengan dalam bentuk sama ada video, audio, kad qsl, eqsl kad, poskad atau email.

Hantarkan permohoman anda dalam bentuk log dan maklumat peribadi ke email syam1981@yahoo.com. Award ini sah pada tahun 2012 bermula dari tarikh hari ini iaitu 21 April 2012 sehingga 31 Disember 2012. Hadiah award ialah sijil khas disamping antena G5RV Jr buatan USA serta hadiah misteri. Matlamat dan tujuan adalah untuk memeriahkan lagi band 10m dengan kehadiran stesen dari 9W (Malaysia) sambil beramal :) Selamat Ber-DX. De 9M2ESM

9 Apr 2012

Finally i got VK0TH

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya berhubung dengan stesen dari kawasan antartika iaitu VK0TH terutama di band 10m. VK0 merupakan DXCC bagi bagi pulau Macquarie Island yang terletak berdekatan dengan Australia. Sebenarnya sudah lama menunggu propagasi membuka ke kawasan berkenaan sejak menggunakan 9W2 lagi.

Eqsl yang diperolehi daripada stesen VK0TH iaitu Mr Trevor hasil komunikasi di 10m pada 7 April 2012 (Sabtu) jam 10.47 pagi waktu Malaysia dengan report 56 yang diberikan kepada saya.

Video yang dirakam selepas berjaya menghubungi stesen VK0TH

Menurut laman web rasmi kerajaan Australia dan wikipedia, Pulau Macquarie merupakan sebuah pulau yang dimiliki oleh kerajaan Australia juga merupakan kawasan World Heritage Site dibawah UNESCO yang mempunyai populasi 20-40 orang. Ianya mula dijumpai secara tidak sengaja oleh Frederick Hasselborough pada 1810 lalu diletakkan dibawah jajahan Britain dan berada dibawah pentadbiran Tasmania pada 1890 yang melaksanakan industri minyak berasaskan penguin. Cuaca di pulau ini pernah mencatatkan suhu serandah -9.4 celcius dan setinggi 13.4 celcius purata sepanjang tahun.

Gambar VK0TH dari qrz.com

Antara cerita yang unik berkaitan dengan Pulau Macquarie

Peta menunjukkan lokasi Pulau Macquarie yang boleh dirujuk disini. Dengan berjayanya menghubungi stesen ini, maka hasrat untuk memohon beberapa award termasuk Worked All VK Call Areas. De 9M2ESM