My Slide Pages

31 Dis 2018

9M2ESM Eyeballs @ Disember 2018


26 Dis 2018 - Eyeball bersama 9W2EJT di rumah 9M2AUR dan 9M2ARR sempena kenduri doa selamat Aimil sekeluarga pada 25hb Dis.

13 Dis 2018 - Eyeball rakan-rakan Muar di Nadia Tomyam yang dihadiri 9W2JMW sekeluarga, 9W2TXP, 9W2ZWC, Pakdin, Pak Pudin.

7 Dis 2018

10 Years Memories Radio Hams @ PMM

 
31 Ogos 2008 - Menyertai Fox Hunting di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka anjuran MARC dari Melaka bersama rakan-rakan dari PMM. Ini merupakan program Fox Hunt pertama yang saya sertai. Pada program ini, pertama kali saya bertemu dengan 9M2WT dan 9M2RS.

Dec 2008 - Melawat bilik radio amatur PUO. 


  3 Feb 2009 - Gambar 9W2USM yang membantu bagi persiapan peralatan bagi bilik Radio Amatur JKE, PMM.

 3 Feb 2009 - Aktiviti gotong royong di bilik Radio Amatur JKE, PMM

 23 Feb 2009 - Sesi mesyuarat penubuhan Kelab Radio Amatur JKE di PMM. Sedang memberi ucapan ialah 9W2MKZ.

5 April 2009 - Pelajar PMM menyertai Fox Hunt anjuran Wilayah V17 Kuala Lumpur bertempat di Tasek Titiwangsa. Turut bersama saya ketika itu 9M2DA dan XYL beliau.

 5 April 2009 - Gambar pertandingan bermula.

May 2009 - Membantu para pelajar memasang antena radio amatur di rumah sewa.

 9 Ogos 2009 - Gambar pelajar PMM iaitu Aini, Farahin dan Alif di McD Ayer Keroh berehat selepas menyertai Fox Hunt anjuran MARC di Taman Botanikal Melaka. Di mana mereka ya sekarang. Saya harap mereka semua berjaya.

 9 Ogos 2009 - Gambar kenangan semasa di Fox Hunt MARC 2009 bersama 9M2ARR, 9M2AUR, 9M2WT dan turut dalam gambar ialah pelajar dari UTM.


9 Ogos 2009 - Gambar pelajar bersama 9W2ZGZ berbincang bagi membuat sebuah transmitter. Akhirnya terhasillah DSB 80m trasmitter. Rindu pada 9W2ZGZ.

 Aug 2009 - Saya dan alif bersama beberapa rakan ham dari Muar menyertai program JOTA di UTM Skudai. Dalam gambar menunjukkan 9W2ZOB menunjukkan cara permainan Fox Hunt kepada pelajar.

21 Jan 2010 - Kelab Radio Amatur JKE, PMM mengadakan latihan Fox Hunt yang turut disertai pelajar PMM dan rakan ham dari Melaka.

 30 Jan 2010 - Saya bersama pelajar JKE, PMM yang menyertai UTM ARDF Open 2010.


30 Jan 2010 - Gambar ramai-ramai semasa program UTM ARDF Open 2010.

29 Mac 2010 - Saya, 9M2DA dan 9W2EJT mengadakan kursus membina beacon Fox Hunt dan Handy Finder. Kursus disertai pelajar dari PMM dan rakan-rakan dari ADTEC Taping antaranya 9W2AWA.

29 Mac 2010 - PCB untuk handy finder.

26 Sept 2010 - Saya menyertai Fox Hunt anjuran MARC bertempat di Bandaraya Bersejarah Melaka. Turut bersama join 9M2DA dan Alif (pelajar PMM) . Dalam gambar 9M2LS, 9M2WT (sedang berucap) dan 9M2LC. Ini merupakan program terakhir Fox Hunt dari 9M2WT. Sumber : 9W2YCL.

26 Sept 2010 - Membuat pembayaran pendaftaran Fox Hunt.

 Sesi Jun 2018 - Bengkel Antenna dan Fox Hunt


Aug 2017 - Saya dan Arvind (pelajar PMM) menyertai Program ILLW 9M4CSJ di Rumah Api Bukit Segenting Batu Pahat.

Dis 2017 - RAE Siri 2/2017 di PMM. Calon #001 kini 9W2DUO.


17 Feb 2018 - FCC di PMM


Sesi Jun 2018 - Fox Hunt & Radio Communication dengan bantuan MARS dan BBSM Muar 


Sesi Jun 2018 - Jamuan perpisahan bersama pelajar-pelajar yang lulus RAE Siri 2/2017 

Sesi Jun 2018 - Sesi pertemuan bersama AJK Kelab Radio Amatur Sesi Jun 2018

5 Dis 2018

vmsTRACK-PRO


Pada 22hb November yang lalu saya berkesempatan berborak dengan bekas pelajar Politeknik iaitu Aizat yang telah menamatkan latihan industri di Teraju Tri-Tech Sdn Bhd (TTSB). Beliau menceritakan pengalaman baru beliau dan membuat penerangan akan satu alat yang dipanggil VMS Track-Pro. Ianya merupakan produk buatan Jerman. Ianya juga merupakan alamat bantuan pengesanan jejak bagi semua jenis pengangkutan air yang amat berguna terutama sewaktu kecemasan. Rajah dibawah menunjukkan produk berkenaan yang compact dan pengunaan tenaga yang minimum. Menurut pelajar berkenaan, kos anggaran agak berpatutan yang didatangkan bersama aplikasi smartphone dan juga boleh diakses secara dalam talian. Antara fungsi web dan apps ialah memberi paparan lokasi pengguna-pengguna peralatan ini disamping boleh berinteraksi secara atas talian dengan pemantauan pusat kawalan. Menurut pelajar berkenaan alat ini semakin popular dan digunakan meluas oleh nelayan dan beberapa agensi perairan.

  


Rajah di atas menunjukkan cara komunikasi yang dijalankan oleh alat berkenaan yang mengunakan medium VHF base dan LEO satelit.


 Aplikasi andriod yang berkaitan dengan penggunaan alat vms TRACK-PRO.


Sumber :
https://www.easyais.com/en/products/object-tracking/vmstrack-pro-cs/
https://ttsb.my

Kelas Persediaan RAE oleh MARS

Tarikh : 3 Disember 2018
Lokasi : Base 9M2DA
Masa : 9.00 malam - 12.00 tengah malam

Pada 3hb tempoh hari, Persatuan Radio Amatur Muar, Johor telah berkesempatan mengadakan kelas persediaan RAE yang bertempat di base 9M2DA. Kelas ini dipimpin oleh 9M2DA dan dibantu oleh saya sendiri. Kelas diadakan secara FOC tanpa bayaran. Seramai 3 orang calon RAE dari Muar telah hadir iaitu harmonic ZWC, harmonic IYN dan Abg Kamarudin. Aktiviti pada malam berkenaan turut dihadiri oleh 9W2ZWC, 9W2CWC, 9W2IYN, 9W2POB, 9W2CPJ, 9W2JRH dan 9W2FYX. Semoga ketiga-tiga calon RAE lulus dan memperolehi callsign nanti.