My Slide Pages

16 Jun 2018

9M2ESM Eyeball @ Jun 2018

9M2ESM @ Aktiviti eyeball sekitar bulan Jun 2018

19 Jun. Keluarga 9W2FRP hadir beraya kerumah.

19 Jun. Eyeball raya Muar, gambar diatas ialah 9M2DA, 9M2FX, 9M2WJ dan 9W2WJ

19 Jun. Rakan-rakan yang hadir dalam eyeball raya Muar.

18 Jun. Beraya di rumah 9W2BYX di JB. Selain itu pada 19hb ke rumah 9M2DA dan 21hb ke rumah 9W2USM, 9W2FRP dan 9W2SFF.

2 Jun - Program agihan bubur lampur anjuran JASRA Melaka. Tq JASRA

Iftar with 9M2FX

Tarikh : 7 Jun 2018
Masa : 6.00 petang - 10.30 malam
Lokasi : Base 9M2FX

Pada 7 Jun yang lalu, rakan-rakan radio amatur Muar bersama rakan ham dari Melaka berkesempatan untuk hadir bersama-sama berbuka puasa di rumah Pak Kamal 9M2FX. Seramai 10 orang rakan ham yang hadir iaitu saya, 9M2DA, 9W2FRP, 9W2SFF, 9W2VWC, 9W2CWC, 9W2DAF, 9W2MOY, 9W2FXY dan 9W2KFU. Pelbagai juadah berbuka disediakan dan menu utama berbuka ialah nasi ayam hainan special yang dibawa oleh kak ramlah 9W2MOA yang ditempah oleh Pak Kamal sendiri. Sebelum berbuka kami sempat mengadakan tahlil ringkas bagi untuk kedua-dua orang tua Pak Kamal iaitu Arwah Dato Tan bin Hussein 9M2DW dan isterinya Allahyarhamah Salmiah binti Abdullah. Dari jauh saya dapat lihat betapa sayu Pak Kamal pada tahlil yang diadakan. Selesai berbuka kami berjemaah bersama yang diimamkan oleh 9W2SFF. Dalam jam 10.30 malam semuanya bersurai. Terima kasih pada semua yang hadir terutama buat bang Omar 9W2MOY yang membantu persiapan tempat serta mengemas. Insyallah tahun depan kita buat lagi. 73 de 9M2ESM

Hadirin yang hadir pada jam 6.00 petang.

Sesi tahlil ringkas diketuai oleh 9W2SFF.

 
Solat maghrib berjemaah bersama di rumah 9M2FX.

My #VS2 Vintage QSL Collection - VS2DB


Koleksi VS2 QSL milik 9M2ESM

Kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi salah satu koleksi VS2 qsl saya iaitu VS2DB atau VS2 Double Brandy. Gambar beliau boleh dilihat dalam rajah gambar diatas. Beliau bernama Stewart A Faulkner dilahirkan pada 1913 merupakan seorang pegawai kerajaan bagi pengurusan hasil di Malaya dan Singapura dari British yang pernah berkhidmat sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Mula memperolehi callsign antara tahun 1951 ke 1952 dan pernah berkhdimat di Income Tax Department di Pulau Pinang pada 1952 dan kemudiannya di Inland Revenue Department di Ipoh Perak pada 1953 dan seterusnya di Kuala Lumpur pada tahun 1954. Beliau kemudiannya menggunakan 9M2DB pada tahun 1958 selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kali terakhir callsign 9M2DB dicatatkan adalah pada tahun 1961 di Johor Bahru. 

Beliau kemudiannya berhijrah ke England selepas tamat berkhidmat di sekian lamanya di Tanah Melayu dan menjadi Ketua Eksekutif bagi Bank Kleinwort Benson. Dalam Guernsey Press pada 15 Aug 2005 kisah beliau dicatatkan berkaitan dengan pengalaman beliau sewaktu menjadi tahanan askar Jepun setelah 60 tahun peristiwa itu berlaku sewaktu menjadi ketua agensi perakaunan di Singapura. Diceritakan pada majlis VJ Day atau Victoryover Japan Day, beliau yang berusia 92 tahun merupakan salah seorang tahanan perang di antara 3000 orang yang ditahan. Semasa dalam tahanan beliau bergerak secara senyap bersama tahanan lain dan secara risiko dalam membantu menyalurkan berita perihal peperangan diluar bersama kem-kem tahanan yang lain melalui maklumat kod rahsia yang diterima beliau. Ikuti kisah beliau di sini.


Duit Jepun 100 Dollar dengan cop VJ War Souvenir antara duit lama yang tinggi harganya.

Setelah perang dunia ke-2 tamat, orang awam sedar akan kepentingan radio amatur termasuk beliau yang memperolehi callsign VS2DB. Berdasarkan qsl kad di atas pada 1955, beliau menggunakan Arnine Dipole dengan kuasa penghantaran antara 50 ke 60 watt dengan alat yang dipanggil sebagai 829 Push-Push double modulated bersama sepasang 897. Apa yang menarik, berdasarkan beberapa rujukan signal report dalam rujukan log yang dikaitkan dengan VS2DB atau 9M2DB iaitu beliau ialah penggemar mode SSB (phone) berbanding CW dan juga SWL tegar. Dalam qsl kad beliau ada tertulis di mana Malaya sebagai The Land of The Little Wooden Shoes.


Malaysia wooden shoes / clog atau di panggil sebagai terompah di Malaysia. Saiz kaki penduduk Malaya yang kecil yang mungkin dirujuk sebagai little wooden shoes oleh orang Eropah.

Berdasarkan dari blog Pak Aziz 9M2AU (rujuk sini) dari MARTS Newsletter Dec 1988, VS2DB merupakan salah seorang founder bagi persatuan MARTS bersama-sama VS2DV, VS2DQ dan VS2BS dimana tidak dicatatkan tarikh yang jelas yang mana mereka berkumpul di rumah VS2DV bagi membincangkan penubuhan persatuan radio amatur yang mempunyai hala-tuju yang sama dengan RSGB. Perkaitan yang saya boleh dapatkan ialah dari web MARTS, ianya ditubuhkan pada 1952 dan tahun VS2DB mempunyai callsign ialah pada yang sama iaitu 1952. S. A. Faulkner juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha MARTS yang mana dalam akbar Singapore Standard melaporkan pada 31 Julai 1957, persatuan MARTS ada menganjurkan pameran radio amatur sempena 'Exhibition Hobbies' bertempat di Victoria Memorial Hall Singapura.



Berdasarkan nukilan Pak Jamal 9M2JX (rujuk sini) bawah tajuk "MARTS : Yesterday and Tomorrow" ada tercatat dimana 9M2DB ada menceritakan dimana di antara persatuan radio amatur yang terawal di Malaysia ialah Kelab Radio Selangor yang diwujudkan pada 1947 atas usaha tanpa jemu dan penat oleh Jim Macintosh (VS2AA), Law Joo Ghin (VS2AO), N.L.Narayan (VS2CN) serta dua SWL iaitu Au-Yong Siew Thong dan Rodgers Rowe.


Daripada ebay dan rujukan lain untuk kad qsl 9M2DB (1961) menunjukkan beliau pernah berkhidmat di Johor Bahru dan mempunyai DXCC.

Gambar Stewart A. Faulkner diambil dari Majalah Practical Wireless edisi Sept 2001.

Gambar lain yang diambil dari salah satu qsl kad beliau.