My Slide Pages

24 Mei 2011

Additional award for previous callsign

Alhamdulillah, award yang dinanti telah pun tiba siang tadi bagi callsign lama iaitu 9w2esm. ADXA iaitu Asian DX Award di mana untuk memperolehi award ini, sesebuah stesen perlu berkerja dengan 30 entiti dxcc daripada asia. 12 IRC diperlukan tanpa GRC. Maklumat award boleh dicapai di http://www.jarl.or.jp/English/4_Library/A-4-2_Awards/Award_Main.htm

8 Mei 2011

Upgraded to 9M2ESM

My new Apparatus Assignment 9M2ESM

Tempat jatuh lagi dikenang. Alhamdulillah, sehingga saat ini jumlah dxcc yang berjaya dihubungi ialah 159 entiti dengan sejumlah 107 entiti berjaya disahkan melalui kad qsl. Dengan keseluruhan melebihi 4000 station berjaya dihubungi di 10m ssb. Sejumlah iota station juga berjaya dikejar sepanjang pencarian di 10m. Sepanjang tempoh ini saya memang betul-betul struggle di 10m band disebabkan keupayaan 9w2 yang terhad dengan kuasa pemancaran dan frekuensi yang disediakan. Propagasi yang tidak menentu ditambah dengan aktiviti yang kadang-kadang tidak begitu rancak walaupun band membuka menyebabkan saya memang desperate untuk berkerja lebih baik dan cukup bersungguh di 10m. Saya masih lagi menunggu pengesahan beberapa award dan berkemungkinan besar saya akan menyerah callsign lama saya kepada xyl (9w2mls) apabila callsign 9w2esm tamat pada hujung tahun 2012, kebetulan callsign callsign xyl pun akan tamat pada tarikh yang sama. Diharap dengan callsign baru ini saya dapat berkerja dengan semua rakan amatur diseluruh dunia menggunakan hobi ini. Saya seakan mulai sedar bahawa tujuan umum hobi ini adalah untuk berkomunikasi dan ilmu dalam teknikal hanyalah sampingan untuk berada lebih mendalam dalam hobi ini. de 9m2esm.