31 Okt 2015

2015 National Field Day : Muar Station 9M52JM

Pada 19hb September 2015 yang lalu, rakan-rakan radio amatur dari daerah Muar (+ Ledang) telah berjaya melaksanakan aktiviti Field Day dengan usahasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Muar dibawah Unit Komunikasi bersama dengan Mualed (Muar Ledang Amateur Radio Group) di bawah penganjuran MARL iaitu Malaysia Amateur Radio League.


Callsign : 9M52MM
Stesen Master : 9M2ESM
Stesen Manager : 9W2VWC dan 9W2JMW
Lokasi : Taman Rekreasi Tanjung Emas, Muar, Johor

Menyingkap kembali pada era tahun 80an, Arwah Dato Tan 9M2DW beberapa kali telah menjalankan aktiviti Field Day ini dibantu oleh 9M2DA dan 9M2WJ yang mana pada ketika itu masih lagi SWL. Kini giliran kami menyambung batu asas yang telah dibina. Saya percaya keseluruhan ham yang ada di Muar jika dicari salur galur guru kepada guru-guru radio amatur, maka akan bertemu puncanya dari 9M2DW. Callsign melalui prefix 9M52 ini merupakan callsign khas sempena menyambut sambutan Hari Malaysia ke 52 dan callsign penuh yang diberikan ialah 9M52JM. Matlamat aktiviti yang kami jalankan ialah, 
  1. Memasang set peralatan HF dan VHF melalui sistem janaan generator dan bateri.
  2. Mempelajari cara komunikasi di HF terutama di 40m.
  3. Menjalankan acara komunikasi 2m net di 9M4RMR
  4. Menguji set peralatan komunikasi BSMM-CM Unit Komunikasi.
  5. Berkumpul dan berkongsi ilmu berkaitan dengan radio amatur sesama peminat radio amatur.
Secara keseluruhan program yang dirancang telah mencapai matlamat iaitu bermula dari jam 3.00 petang dan tamat pada 1.00 pagi. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada BBSM-CM kerana memberikan sokongan padu kepada program ini terutama kepada Dato Hj Muhammad (Pengerusi BBSM-CM) atas kehadiran, wakil Mualed iaitu saudara Ijan 9W2BYX (juga merangkap pengurus JASRA daerah Muar), pihak MARL diwakili 9W2JOH atas pemberian callsign, Pak Kamal 9M2FX dan seluruh rakan2 ham dari Muar/Ledang yang hadir juga kepada sahabat dari kawasan berjiranan yang turut hadir dan rakan-rakan SWL.

Berikut ada senarai rakan ham yang hadir: 9M2FX, 9M2ESM, 9W2VWC, 9W2JMW, 9W2IYN, 9W2ZWC, 9W2EYR, 9W2TJY, 9W6ACT, 9W2LMC, 9W2BGY, 9W2FYX, 9W2BYX, 9W2POB, 9W2WXX, 9W2HJL, 9W2KHH, 9W2JJX dan 9W2PEF. Termasuk tetamu-tetamu kita yang hadir memeriahkan program iaitu 9W2EJT, 9W2ZEF, 9W2VPZ, 9W2USM, 9W2ESU 9W2MHW dan 9W2JCG.

Rajah diatas adalah senarai stesen Field Day yang turut serta dalam aktiviti ini yang berjalan secara serentak di seluruh negara.


Pemasangan antena HF dan VHF

Pemasangan peralatan radio amatur.

9M2FX tandatangan borang callsign untuk rakan yang baru lulus.

Kunjungan rakan-rakan Selangor (asal Muar).

9W2FXY mengoperasikan HF.

Kehadiran 9W2EJT dilokasi.

9W2VWC membuat sesi penerangan pada orang awam.

9W2VWC membuat penerangan peralatan radio amatur pada orang awam.


**Gambar ihsan dari Saudara Raja Muhammad Syafiq (SWL) dari BBSM-CM

Muar Station 9M4PMC/9M4CMR in World Jota/Joti 2015



Pada 16, 17 dan 18 Oktober 2015 yang lalu, telah berlangsungnya World Jota/Joti 2015 yang berjalan serentak diseluruh dunia. Di Muar Johor, Persatuan Pengakap Daerah Muar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Muar bersama ahli-ahli radio amatur daerah Muar berjaya menganjurkan World Jota/Joti 2015 bertempat di Sek. Ren. Parit Bakar Tengah Muar Johor. Seramai 226 orang pelajar dari pasukan pengakap dan 25 orang pelajar dari pasukan badan berunifom lain telah menyertai perkhemahan ini dengan jayanya.

Program Director : 9M2DA
Stesen Master : 9M2ESM
Stesen Manager : 9W2ZZS


Pemasangan Antenna oleh Crew Radio Amatur Pasukan Kelana Komunikasi Negeri Johor.


Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Johor mencuba peralatan radio menghubungi stesen JOTA di Sungai Besar Selangor dibantu oleh 9M2DA.


Peserta program telah dapat menghubungi beberapa stesen JOTA di luar dan dalam negara. Para petugas yang yang terdiri daripada ahli-ahli HAM yang juga kumpulan Kelana Komunikasi Negeri Johor telah membantu dalam menjalankan dan melancarkan aktiviti ini diketuai oleh 9W2JMW.


Aktiviti CQ JOTI telah didaftar di web www.jotajoti.info, dan kami memperoleh Jampuz JID 3MY35Q. JID (Jamboree ID) akan digunakan semasa aktiviti CQ JOTI untuk bertukar-tukar ID dan mengesahkan bahawa komunikasi telah dilakukan dengan jayanya. Aktiviti diketuai oleh 9W2ZZS.


Perserta-perserta perkemahan telah berpeluang mengenali sebahagian huruf semaphore dimana semua kumpulan bergilir mempelajari tentang semaphore sepanjang 3 hari perkemahan jota ini berlangsung. Semua perserta diajar menerima dan memberi isyarat semaphore ini diketuai oleh 9W2FXY.


Gambar menunjukkan para pelajar bertanyakan soalan tentang peralatan radio komunikasi dan fungsi-fungsinya. Setelah pelajar selesai berhubung di udara menggunakan radio, tandatangan diberikan di kad mereka sebagai tanda mereka telah menyempurnakan tugasan aktiviti di Stesen Simplex dimana aktiviti diketuai oleh 9W2VWC. 


Peserta juga didedahkan dengan penggunaan morse keyer dan osilator serta banner berkaitan penggunaan sewaktu kecemasan. Peserta juga telah disediakan dengan alatan ringkas untuk menjalankan aktiviti di stesen ini. Aktiviti diakhiri dengan kuiz menjawab kod morse yang diwajibkan kepada setiap peserta diketuai oleh 9M2ESM.


Peserta telah didedahkan tentang kod phonetic dengan sepenuhnya dan cara sebutan yang betul. Setiap peserta telah diminta untuk membuat ejaan nama masing-masing dengan menggunakan Alphabet Code ini dan pada permulaan digalakkan mengeja nama penuh dan kemudiannya di eja pula dalam bentuk nama yang ringkas. Aktiviti diketuai oleh 9W2OBL.


Aktiviti Fox Hunting diadakan pada sebelah malam disertai 10 kumpulan yang terdiri daripada pelajar darjah 6 dan pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini diselaraskan oleh Pengarah Program iaitu En Den b Atan (9M2DA) dengan bantuan semua Ahli HAM yang mengambil bahagian  Program berjalan lancar dan peserta melahirkan rasa puas hati apabila dapat menyelesaikan tugasan dengan cara mencari dan memenuhi kad aktiviti fox Hunt tersebut.


Aktiviti ini dijalankan dengan bantuan ahli pengakap yang mempunyai sijil CPR bagi menunjuk cara asas menjalankan bantuan kecemasan bantuan pernafasan mulut ke mulut. Model yang digunakan adalah peserta sendiri. Tunjuk cara dijalankan dengan diawasi oleh krew HAM yang sentiasa memantau aktiviti ini dari masa ke semasa.


Sebanyak 11 unit antenna Yagi telah dapat disiapkan dan penggunaan antena tersebut telah dipraktikkan lagi dengan jayanya apabila aktiviti Fox Hunting telah menggunakan antena-antena tersebut. Peserta berasa amat puas hati kerana hasil usaha mempelajari untuk membuat dan kemudiannya hasil tersebut digunakan terus menunjukkan bahawa bukanlah satu kerugian untuk mengenali gelombang radio dan antena tetapi ia amat merupakan satu pengalaman yang paling berharga dan tidak dapat dibeli dari mana-mana ilmu dan pengalaman ini. Aktiviti diketuai oleh 9W2ZOB.


Peserta telah diberi tunjuk ajar untuk membentuk wogel menggunakan tali serta digunakan untuk diri sendiri. Pelatih yang memberi tunjuk ajar adalah rakan ham yang baru (SWAL) En Fadhil b Abdullah. Sesi ini diiringi dengan riuh rendah peerta apabila berjaya menjalinkan tali membentuk wogel berkenaan. 


Di antara hampir 300 peserta dan urusetia serta guru-guru yang menyertai Perkhemahan World JOTA/JOTI 2015.

Ucapan terima kasih kepada semua rakan ham yang membantu teribat menjayakan aktiviti ini seperti 9W2MIE, 9W2GCJ, 9W2HJL, 9W2BYX, 9W2PEF, 9W2JJX, 9W2LMC, 9W2DAF, 9W6ACJ, 9W2EYR dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan iaitu 9W2MOA, 9W2MOO, 9W2MKZ, 9W2JBU, 9W2KHH dan 9W2ZWC.

MDXC di 9M4PMC World Jota/Joti 2015

30 Okt 2015

9M4SG - Last Use for Contest Call

Pada minggu lepas iaitu 24 dan 25hb Oktober 2015, telah berlangsungnya CQWW SSB 2015 anjuran ahli-ahli dari WWROF atau World Wide Radio Operator Foundation di mana ahli-ahlinya terdiri daripada ham di seluruh dunia. Manakala dalam contest ini sponser utama ialah dari pada CQ Magazine dan hadiah berbentuk plaque kepada juara-juara utama di sumbang oleh banyak persatuan radio amatur diseluruh dunia. CQWW SSB merupakan antara radio contest yang paling popular dan dapat sambutan yang sering meningkat setiap tahun.

Pada kesempatan ini juga, 9M4SG telah mengambil bahagian diketuai oleh 9M2MDX dan dibantu oleh 9M2YOT, 9M2ESM, 9W2BHB, 9W2JMW dan 9W2NKL bertempat di base 9M2MDX iaitu di Alor Gajah Melaka. Tahniah kepada semua terutama 9M2MDX. Kambing bakar itu malam memang terbaik. Kategori Multi Op dengan Single Transmitter di pilih. Saya sendiri hanya dapat membantu 9M4SG dalam tempoh kurang lebih 12 jam sahaja. Peralatan utama yang digunakan ialah FT450D bersama antena HB9CV dan antena 40m long wire.



Rajah di atas adalah senarai peserta CQWW SSB 2015 dari kem Malaysia. Harapannya Malaysia dapat membawa plaque dari Ara Boys 9M2M. Kita punya old timer 9M6YBG nampaknya hanya hadir sebagai checklog iaitu pertama kali seumpamanya saya dapat lihat dalam radio contest dari kem Malaysia.

Rajah di atas menunjukkan, pada contest kali ini contest log boleh disemak dan hantar secara online melalui web CQWW itu sendiri melalui page online check log atau cabrillo log check. Ianya sangat membantu dan amat digalakkan penggunaannya.


Rajah menunjukkan 9M2YOT sedang menjalankan contest menggunakan 9M4SG yang mungkin merupakan contest terakhir untuk 9M4SG di mana beliau merupakan callsign manager untuk callsign ini. Terbaik boh.


Saksikan siaran rakaman berita dari TV1 bagi contest stesen 9M2M yang disiar pada petang 25hb Okt 2015. Tahniah buat Ara Boys 9M2M.

27 Okt 2015

AH4

AH4 merupakan automatik tuner keluaran ICOM yang beroperasi untuk semua frekuensi HF serta 50 MHz dalam radio amatur. Tahniah bagi siapa yang telah memiliki barang ini.


Berdasarkan pada rajah di atas yang diambil daripada manual AH4, satu kabel sepanjang melebihi 7 meter atau 23 kaki perlu diikat pada AH4 untuk membolehkannya ianya digunakan pada frekuensi dari 3.5 hingga 54 MHz. Manakala kuasa maksimum yang boleh digunakan pada AH4 ialah 120 Watt sahaja. Anda juga boleh menggunakan panjang tertentu untuk beropearasi pada frekuensi tertentu menggunakan rumus di atas tetapi rugi sebab anda boleh gunakannya pada keseluruhan band dengan menggunakan kepanjangan kabel yang disarankan iaitu melebihi 7 meter atau 23 kaki.




 Rajah di atas menunjukan bagaimana kedudukan antena dan penggunaan AH4 di base station mahupun dalam keadaan mobile. Jangan lupa untuk GROUND antena anda.


Rajah di atas menunjukkan di mana cadangan cara GROUND AH4 dan jangan lupa balut connector anda mennggunakan rubber tape pada AH4. Kalau kita tengok review kat eham.net rata-rata bagi rating 5/5 dan pelbagai antena dia boleh tune, kuasa pemancaran sahaja 120 watt yang membatasi model ini. Sekian. Khas buat rakan ku zul 9W2MWZ.

Video 1 : Menggunakan kabel sepanjang 42 meter.

Video 2 : Menggunakan kabel sepanjang 15 meter pada ketinggian 4 meter dari tanah.