My Slide Pages

9 Feb 2012

Award from Thailand

Award yang ditunggu akhirnya sampai. Risau juga sebab takut surat permohonan yang dihantar dihanyutkan banjir besar yang melanda Thailand tak lama dulu. Satu lagi koleksi bagi callsign lama iaitu sewaktu menggunakan 9W2ESM.

Alamat bagi permohonan award ini. Sila rujuk http://www.hs1ngr.net/langsaun_56_dxer_program.htm

Hari yang sama juga sampai beberapa kad qsl tapi yang ni agak special sikit sebab dihantar oleh swl dari Taiwan hasil qso bersama bang Nasir iaitu 9M2ME/P. De 9M2ESM

6 Feb 2012

6 in Asia for CQ WPX

Syukur ke hadrat ilahi, nampaknya kali-2 menerima sijil dari contest cq wpx. Wpx merujuk kepada world prefix, diluar sana banyak prefix aneh di mana terdapat penjejak atau chaser bagi prefix-prefix aneh ni terutama kalau ianya diwujudkan bagi memperingati sesuatu peristiwa dan sebagainya. Siapa kata 9W2 ini kena duduk takat tuu jaa ...

Sejak pertandingan ini diwujudkan puluhan tahun dulu, ada lima individu 9W2 telah menempa nama sebagai peserta. Tahniah kepada mereka semua sumber http://www.cqwpx.com. 9W2DRL adalah individu 9w2 pertama yang membawa flag Malaysia di 10m kini beliau sudah 9M2DRL. Sebut pasal 9M ni, iklan cw exam sudah pun keluar, ayuh kita langkah setapak lagi ke hadapan. Aku teringat pesan orang dulu-dulu, jangan pergi sekolah ingeris nanti anak jadi agama lain - sama lah seperti jangan amik cw ianya hanya untuk orang yg pandai serba serbi juga orang tua. De 9M2ESM