My Slide Pages

28 Mei 2018

9M2ESM Eyeball @ Mei 2018

9M2ESM @ Aktiviti eyeball sekitar bulan Mei 2018

14/5/18 - Sarapan + makan tengah hari bersama 9W2NBX dan 9M2DA selepas urusan bank bagi akaun persatuan.

19/5/18 - Meeting bersama MARS bagi membincangkan ajk dan aktiviti.

14/5/18 Ziarah 9M2FX selepas selesai urusan bank. Semuanya ok2 aja.

22/5/18 Meeting/Eyeball bersama rakan2 Muar bagi membincangkan ajk dan aktiviti.

1/5/2018 awal pagi eyeball bersama rakan2 di nadia tomyam, turut hadir 9W2HBS 

3/5/2018 - Makan tengah hari bersama 9M2DA dan 9M2FX, selepas selesai urusan bank bagi akaun persatuan dan melihat peralatan2 bagi membuat antena.

14 Mei 2018

CSR @ FX Base by MARS

Tarikh : 12/05/2018
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : 9M2FX Base

Pada 12hb Mei tempoh hari Persatuan Radio Amatur Muar telah berkesempatan membuat program CSR bagi membantu membersihkan halaman rumah 9M2FX yang dibantu oleh ahli-ahli persatuan radio amatur dari Muar. Ramai rakan yang terlibat termasuklah bantuan dari segi kewangan, moral dan tenaga kerja. Menjelang puasa dan raya yang bakal tiba, pihak persatuan berbesar hati membantu rakan lama dalam meringankan beban beliau dalam mengemas halaman rumahnya. 9M2FX kini yang berusia lebih dari 80 tahun merupakan salah satu rakan ham Malaysia yang telah lama berkecimpung dalam dunia radio amatur dan mempunyai callsign sejak sebelum kemerdekaan Malaysia lagi dengan callsign VS2FX. Selain beliau terdapat beberapa lagi rakan ham pemegang VS2 yang masih hidup termasuk VS2FO, VS2FI dan VS2GA. Terbaru dengan pemergian VS2FK. Selain itu terdapat seorang bekas VS2 awal yang masih hidup dan menetap di Australia. Terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh semua pihak. Kami berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa-masa mendatang. Terima kasih lagi sekali. de 9M2ESM.












3 Mei 2018

MARS 2nd AGM 2018

Tarikh : 1 Mei 2018
Masa : 9.00 pagi - 2.15 petang
Tempat : Balai Raya Komuniti Sabak Awor, Muar Johor

Pada hari pekerja iaitu 1 Mei 2018 yang lalu, MARS telahpun melaksanakan AGM kali ke-2 yang telah dihadiri seramai 26 orang ahli semasa termasuk beberapa ahli baru. Persatuan yang mula ditubuhkan pada 2016 secara umumnya telah berjaya meningkatkan jumlah keahlian walaupun agak kurang aktif dengan aktiviti radio amatur sepanjang 2017.

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi bagi pendaftaran kehadiran ahli dan mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi. Majlis kemudiannya ditangguh pada jam 12.00 tengah hari dengan ketibaan En. Mohd Radzi Bin Hj Md Amin untuk merasmikan AGM ini seterusnya pentauliahan beliau selaku penaung persatuan. Seterusnya majlis diteruskan dengan pengundian Jawatankuasa baru bagi sesi 2018-2020 dimana lebih 50% ahli dalam Jawatankuasa lama dikekalkan. Ucapan tahniah pada Jawatankuasa baru. Majlis kemudiannya tamat pada jam 1.45 petang dan semua ahli mula bersurai dalam jam 2.15 petang setelah secara bersama untuk sesi mengemas lokasi mensyuarat. Terima kasih pada semua ahli yang hadir dalam AGM kali ini, semoga akan datang lagi ramai yang hadir. 73 dari S/U MARS.


Senarai Jawatankuasa baru untuk sesi 2018-2020

Penaung En Mohd Radzi Bin Hj Md Amin memberi ucapan beliau.

Penyampaian tauliah perlantikan sebagai penaung persatuan oleh 9M2DA dan 9W2LMC.

Gambar sebahagian ahli yang hadir sewaktu AGM

Gambar sebahagian ahli yang hadir sewaktu AGM

Penyampaian khairat kematian sumbangan rakan2 pada 9W2KKH kerana kehilangan ibunda tercinta beliau.

Antara penerima sijil penghargaan atas sumbangan sewaktu aktiviti pameran di MRSM Muar yang lalu.

23 Apr 2018

9M2ESM Eyeball @ April 2018

9M2ESM @ Aktiviti eyeball sekitar bulan April 2018

 27/04/2018
Menziarahi sahabat 9W2EJT bersama 9W2BYL bagi sokongan moral selepas kejadian yang menimpa rumah beliau.


27/04/2018
Sistem antenna rumah 9W2EJT habis jatuh akibat hujan dan angin kuat yang membawa khemah kearah bumbung rumah beliau.

24/04/2018
Eyeball ziarah dan berkenalan dengan Mizal 9W2VMC di Bemban Jasin, turut bersama 9W2USM dan 9W2FRP

22/04/2018
Eyeball di Bukit Katil bersama 9W2USM dan harmonik kepada 9M2ELY. Banyak perkara yang dibincangkan terutama aktiviti mendatang dan MARL.

5/04/2018
Eyeball bersama rakan2 selepas program Minggu Sains Negara Peringkat Melaka 2018 di Kg Duyung Melaka


12/04/2018
Eyeball bagi tandatangan 9M2 untuk Dr Firdaus dan isteri dari Segamat. Turut ada bersama 9M2DA dan 9W2URM.

15/03/2018
Membawa 9M2FX ke Jabatan Pesakit Luar Hospital Sultanah Fatimah bagi membuka jahitan di beliau.

15/03/2018
Eyeball di rumah 9M2FX dan 9W2MOY selepas pulang membawa 9M2FX ke hospital.

7/04/2018
Eyeball di Jalan Khalidi bersama 9M2FX, 9W2DAF dan 9W2FYX selepas membawa Pak Kamal cuci luka beliau di Klinik 1Malaysia dekat Jalan Temenggong Ahmad Muar.

29/03/2018
Eyeball di Warung Hj Salleh bersama 9M2DA, 9W2RDC, 9W2FYX, 9W2JRH, 9W2ZZS, 9W2DAF dan 9W2CPJ bagi membincangkan aktiviti mendatang juga siapkan borang callsign untuk harmonic 9W2RDC iaitu Naim.