My Slide Pages

21 Jun 2011

Kad Qsl dari Tahiti Island OC046 French Polynesia


Alhamdulillah. Hari ni sampai beberapa kad qsl ke rumah. Apa yang nak dikongsi disini ialah kad qsl paling dinanti iaitu kad dari pulau French Polynesia hasil berkerja bersama callsign lama di 10m band. Negara ini terletak di bahagian lautan pasifik selatan cukup jauh nun di sana. Terima kasih William FO5JV kerana sudi membalas kad qsl yang dihantar. Memang nasib dapat bekerja dengan beliau. Semasa kami dapat berhubung, beliau mengatakan propagasi membuka dengan baik sekali dan kali terakhir ianya membuka sedemikian pada tahun 1995. Kami berhubung pada jam 11 pagi waktu Malaysia iaitu 11 April di mana solar fluk dan sunspot cukup tinggi. Pada waktu berkenaan beliau dapat berkerja dengan ratusan stesen dari Australia dan Asia dari arah long path (aneh juga). Kalau teliti betul-betul dalam kad beliau diatas, antena beliau... waduhh .. dia punya boom je dah macam tower dan aku kira lebih dari 15 elemen antena yagi beliau, wow memang cukup dahsyat.

Ini ialah helaian belakang kad dari beliau. Pencapaian dapat berkerja dengan beliau adalah satu pencapaian hebat untuk peribadi saya seiring dengan pencapaian dapat menembusi negara kepulauan Caribbean dan Amerika Utara hanya di 10m band. Beliau ialah confirm DXCC yang ke 134 bagi callsign lama.

Gambar FO5JV dan shack. Sumber qrz.com. Setakat sepanjang tahun ini, bulan April merupakan bulan yang mencatatkan perubahan aktiviti solar yang mendadak. Semalam band membuka baik sekejap di 10m. Tahniah buat Cikgu Arie dapat pile-up semalam. Harap dapat berkerja dengan anda nanti mudah-mudahan. De 9M2ESM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.