1 Nov 2011

My 6m report for October 2011

Bulan 10 atau oktober merupakan antara bulan terbaik bagi aktiviti di 10m dan bulan yang baik untuk mula berjinak di 6m. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat guna menjelajah antara penghujung VHF yang menghampiri band HF ini.

Sebanyak 25 qso's berjaya dilakukan dalam bulan oktober dan sebanyak 8 DXCC berjaya diperolehi pada bulan ini iaitu dari West Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong, Japan, Phillippines, Australia dan Cocos-Keeling Is.

Gambar : Antena yagi 10 elemen (6m) milik JE6AZU, beliau merupakan penghuni tetap 6m di Asia ni dan beliau merupakan stesen pertama aku di 6m :) - Sumber qrz.com

Hampir kebanyakkan stesen yang berjaya dihubungi adalah stesen yang sama. Apa yang menarik yang boleh dikongsi ialah apabila cq dijawab oleh Pak Teo iaitu 9W2OTD yang juga berada dalam daerah yang sama iaitu Muar, patutlah lama tak dengar beliau di 10m.

Berikut adalah senarai stesen di 6m yang berjaya dihubungi:
9W2OTD, BA4SI, BA7IO, BA7LO, BD4CZX, BD7LAP, BG5LU, BI7LNQ, BM3GFU, BM3GJQ, BM4AIK, BU2AV, DU1GM, JA3MHA, JE6AZU, JS6RGQ, VK6KP, VK8AW, VK9CX, VR2XMT.

Jika tidak digunakan dengan sebaiknya mungkin suatu hari nanti diambil atau diguna-pakai untuk aplikasi yang lain. Apapun yang terbaik datang dari sana. De 9m2esm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.