My Slide Pages

7 Jan 2012

New Chapter of 2012

Tahun 2012 merupakan tahun di mana ramai meramalkan ianya merupakan tahun kemuncak bagi kitaran solar matahari dalam keadaan maksimum. Setakat hari ni SSN dan SFI ke semuanya di atas 100. Rasanya dah banyak stesen berjaya dihubungi di 10m sama ada local mahupun dx. Sudah tiba masanya kena berubah angin ke frekuensi-frekuensi yang lain. Pada 30hb Dis. 2011 yang lepas merupakan detik perubahan kepada kelengkapan antena baru, dengan bantuan Ejat 9W2EJT dan Aimil 9M2AUR serta team Uncle Chua, antena C3S berjaya dinaikan menggunakan skylift. So la ni ada 7 antena atas bumbung skang .. 9 ele. Dualband 10m/6m, G5RV jr, Half Slopper 80m, C3S, Maltronic Vertical HF, Dualband 2m/70cm, 4 stack 2m Folded Dipole.

Satu hari suntuk bertungkus lumus dalam misi kali ini, sebelah pagi menguji SWR antena dengan bantuan 9M2ZAK secara telefon dan belah petang menaikannya.

Mereka berdua merupakan ahli dalam pemasangan antena ini. Dia punya ketua dia ialah Uncle Chua (tanpa topi). Ayah kepada Uncle Chua ini merupakan individu yang pernah ditugaskan untuk memasang antena di rumah Dr Lee 9M2GA (di Tanjung Emas Muar), Almarhum Tunku Rahman 9M2TR dan juga Allahyarham Dato' Tan 9M2DW.

Ini brader otai yang aku upah untuk operate skylift, beliau memang sabar menunggu. Merenung jauh nampak.. mana tak-nya ... beliau masih menunggu claim insuran lebih dari 2 juta akibat kemalangan ditimpa kren dulu hihi.

Ini adalah hasil rekabentuk sangkar menggunakan stainless steel bersama bearing, agak lama nak siapkan.. ditambah musim hujan bulan 11 dan 12 tahun lepas. Mungkin rakan2 lain boleh jadikan sebagai contoh hihi.

Ini takder kaitan dengan aktiviti naikan antena .. ini ialah kenangan hasil qso di 6m bersama 9M2RDX pada 3 Nov. 2011. Lepas ini aku akan jadi penunggu di sana hihi. Terima kasih atas kesudian membaca blog ini. Jumpa lagi de 9M2ESM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.