My Slide Pages

18 Jul 2017

Zanzibar

Pada peminat hobi komunikasi jarak jauh atau DX'ing dalam radio amatur sudah pasti biasa mendengar phonetic code ini. Eh.. ada ker? Yaa ... ada, tapi ianya bukanlah phonetic code yang rasmi (official). Ianya merupakan phonetic code yang digunakan secara tidak rasmi sebelum WW2 lagi. Gambar Phonetic Code yang rasmi ada dibawah dan cerita tentang Zanzibar akan saya kupas dibawah nanti.




Phonetic and Morse Code Chart by Jaime AA. Sanchez and edited by Richard G. Clegg



Tetapi kenapa perlu phonetic code ini digunakan? Ianya sebenarnya digunakan bagi pengesanan sesuatu abjad dengan tepat sewaktu komunikasi dan ianya cukup bermakna dalam radio amatur semasa komunikasi pada gelombang HF dengan mode SSB/Phone. Dalam mode ini penerimaan isyarat adalah mencabar diiringi bersama dengan noise level yang kadang2 tinggi dan ditambah kekuatan isyarat yang lemah. Fungsi dan peranan phonetic code ini cukup membantu sewaktu komunikasi pada situasi berkenaan. Persoalan: Misalannya jika phonetic code diatas juga tidak dapat didengar oleh stesen yang dihubung, jadi macam mana pula? Mungkin ada yang QSY, option lain ialah datanglah phonetic code yang tidak rasmi ini terdengar dicorong radio antaranya ialah perkataan Zanzibar yang merujuk kepada huruf Z. Sewaktu pertama kali saya mendengar istilah ini saya agak kekok sewaktu di HF. Yalah orang baru ketika itu dan setelah diamati rupanya beliau ingin menyebut huruf 'Z' kerana perkataan Zulu sukar didengar oleh saya. Ada juga yang memanggil CQ di frequency dengan phonetic code rasmi dan diikuti dengan phonetic code yang lain seperti Papa Yellow Seven Zanzibar Zanzibar. Mari kita lihat phonetic-phonetic code yang tak rasmi ini.


Radiotelegraph & Radiotelephone Codes, Prowords and Abbreviations
By John W Alcorn VK2JWA


Ejaan phonetic kod ini secara antarabangsa mula diperkenalkan pada tahun 1927 dan kemudian beberapa kali disemak sehinggalah secara rasminya ditetapkan pada tahun 1951 untuk kegunaan penerbangan awam dan tidak terpakai untuk sebarang komunikasi ketenteraan. Phonetic code rasmi ini juga dikenali dengan nama International Radiotelephony Spelling Alphabet, atau ICAO phonetic alphabet, atau NATO alphabet atau phonetic alphabet, yang kini secara luas digunakan dalam kegunaan radio komunikasi terutama pada radio amatur.

Berbalik kepada Zanzibar, pastinya ramai yang kurang tahu apakah Zanzibar ini. Ianya merupakan wilayah Semi-Autonomi yang terletak di negara Tanzania. Zanzibar merupakah kepulauan yang pernah dijajah oleh British sehingga tahun 1963 dan juga pernah mempunyai pemerintahan kerajaan Beraja dibawah Kesultanan Zanzibar. Wilayah Zanzibar terdiri daripada dua pulau besar iaitu Pulau Pemba dan Pulau Zanzibar yang terletak di Lautan Hindi. Wilayah Zanzibar mempunyai penduduk seramai 1.3 juta (tahun 2012 sumber Wikipedia) dan mempunyai banyak lokasi-lokasi peranginan yang cantik serta kesan peninggalan sejarah dunia yang kini menjadi disenarai sebagai salah satu tapak sejarah dunia (World Heritage Site) di bandar Stone Town.









Wilayah Zanzibar dahulunya mempunyai callsign sendiri sebagai salah satu entiti DXCC dibawah prefix VQ1 dan kini callsign bagi operasi radio amatur disana dibawah kerajaan Negara Tanzania dengan prefix khas 5H1. Untuk pengetrahuan semua Tanzania merupakan DXCC yang sukar diperolehi bagi pengejar diluar sana. Ingin memancar di Zanzibar? Hubungi:

TANZANIA AMATEUR RADIO CLUB (TARC)
Chairperson: Ms Elizabeth Majori 
Secretary: Osmund Kipengele 5H3OKN
+255 715019288
+255 222 736607340
Link borang: Klik disini (sementara masih ada)


Sumber : DX News Zanzibar Unguja Island 5H1XX QSL


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.