My Slide Pages

16 Jun 2018

Iftar with 9M2FX

Tarikh : 7 Jun 2018
Masa : 6.00 petang - 10.30 malam
Lokasi : Base 9M2FX

Pada 7 Jun yang lalu, rakan-rakan radio amatur Muar bersama rakan ham dari Melaka berkesempatan untuk hadir bersama-sama berbuka puasa di rumah Pak Kamal 9M2FX. Seramai 10 orang rakan ham yang hadir iaitu saya, 9M2DA, 9W2FRP, 9W2SFF, 9W2VWC, 9W2CWC, 9W2DAF, 9W2MOY, 9W2FXY dan 9W2KFU. Pelbagai juadah berbuka disediakan dan menu utama berbuka ialah nasi ayam hainan special yang dibawa oleh kak ramlah 9W2MOA yang ditempah oleh Pak Kamal sendiri. Sebelum berbuka kami sempat mengadakan tahlil ringkas bagi untuk kedua-dua orang tua Pak Kamal iaitu Arwah Dato Tan bin Hussein 9M2DW dan isterinya Allahyarhamah Salmiah binti Abdullah. Dari jauh saya dapat lihat betapa sayu Pak Kamal pada tahlil yang diadakan. Selesai berbuka kami berjemaah bersama yang diimamkan oleh 9W2SFF. Dalam jam 10.30 malam semuanya bersurai. Terima kasih pada semua yang hadir terutama buat bang Omar 9W2MOY yang membantu persiapan tempat serta mengemas. Insyallah tahun depan kita buat lagi. 73 de 9M2ESM

Hadirin yang hadir pada jam 6.00 petang.

Sesi tahlil ringkas diketuai oleh 9W2SFF.

 
Solat maghrib berjemaah bersama di rumah 9M2FX.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.